Diari [part2]

420 30 16
                                    

"Takde kerja ke tulis benda-benda macam ni? " fikir Khai. Dia terus menyelak helaian demi helaian buku tersebut, sehinggalah matanya tertangkap pada satu tajuk yang menarik minatnya untuk membaca dengan lebih teliti.

"Target aku, Bidadari Syurga."

Antara satu nikmat di dalam Syurga, adalah bidadarinya.

Bidadari Syurga itu dibuat daripada kasturi, ambar, kafuur, kapur putih dan juga za'faran. Nur wajah bidadari Syurga ini adalah daripada nur Allah SWT.

Jika dia zahir di tempat yang gelap, maka semua tempat itu akan terang kerana cahayanya.

Jika dia terzahir di hadapan matahari, maka cahaya matahari akan menjadi malap kerana cahaya bidadari ini lebih terang lagi.

Jika selendangnya jatuh di atas dunia ini, maka seluruh bumi ini akan menjadi harum kerana selendangnya.

Jika setitik air liurnya terjatuh dalam satu lautan, maka satu lautan itu akan menjadi manis.

Jika suaranya terdengar kepada seorang yang telah meninggal, sudah tentu mayat pun akan bangun kembali untuk menyahut seruan bidadari tadi. Kata Allah, "Kami menciptakan mereka dengan serta merta."

Bidadari Syurga ini sama umur dengan kita. Tidak ada sebarang kekotoran pada badannya. Tidak ada haid, tidak ada nifas. Tidak akan memberontak pada kamu. Akan setia, dan mencintai kamu sepenuh hatinya.

Jika lelaki-lelaki yang dicalonkan menjadi suami mereka di Syurga nanti, ketika lelaki itu di dunianya, isterinya menderhakainya, maka bidadari Syurga tersebut akan berkata,

"Hei isteri, berhati-hati dengan suami aku. Dia akan bersama-sama aku selama-lamanya di dalam syurga Allah SWT kelak.

Isteri lelaki itu belum tentu bersama suaminya di syurga, tetapi suaminya dah confirm syurga dan bersama-sama bidadari tersebut.

Hebat bidadari Syurga?

***
Ketahuilah

Muslimah solehah itu lebih hebat berganda-gandanya daripada bidadari Syurga. Dan bidadari Syurga cemburukan para muslimah-muslimah yang solehah.

Muslimah solehah masuk Syurga? Maka dia akan menjadi ketua bidadari di Syurga untuk suaminya.

Tunggu apa lagi?

Kejarlah!

Khai membaca penuh minat.

"Bidadari Syurga? Layak ke aku dapat? Nama pun bidadari syurga, mestilah kena masuk Syurga dulu. Aku ni, ada harapan ke?"

***
"Sebab Syurga bukan percuma, sebab tu kena usaha."

Kata-kata Abang Surau tiba-tiba mengetuk kotak mindanya.

"Ni salah satu usaha nak masuk syurga ke?" soal khai sendiri. Lama kemudian, diatur langkahnya menuju ke dewan dengan tujuan ingin memulangkan semula buku Nafisah.

Setibanya di dewan, dia berjalan terus menuju ke meja Nafisah . Miss A'isyah melihat pergerakan Khai dari meja hadapan. Dia memilih untuk mendiamkan diri. Takut-takut tak dapat dikawal amarahnya lagi-lagi kalau Khai buka mulut.

Wajah Nafisah berseri-seri melihat Khai yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Tak kekal lama, wajahnya tiba-tiba berubah setelah melihat buku berwarna merah hati yanv dipegang oleh Khai di tangan kanannya. Belum sempat Khai sampai, Nafiaah bingkas bangun. Dia berlari ke arah Khai lalu merampas buku tersebut.

"Khai! Mana awak dapat buku ni? Sampai hati awak curi diari saya!" kata Nafisah dengan suara yang bergetar. Harapnya Khai belum baca isi yanh terdapat dalam diari tersebut. Kalaulah Khai dah baca... Mahu dia tukar sekolah kerana malu.

"Weh pompuan. Kau yang buang benda ni tengah jalan. Ni sepatutnya kau pergi ambil air sembahyang buat sujud syukur sebab aku sudi pulangkan balik. Ni tak, siap fitnah aku curi lagi. Senang sangat buat fitnah dekat dunia, berpeluh nanti nak cari orang yang kau fitnah dekat akhirat. Merangkak." tutur Khai, lancar.

"Diari ni berharga tahu bagi saya?" ucap Nafisah, perlahan. Matanya berair.

Melihatkan situasi yang agak tegang antara Khai dan Nafisah, Miss A'isyah bingkas bangun daripada tempat duduknya dan mendekati mereka berdua.

"Kamu ni nak apa lagi Khai? Tak habis-habis nak buat masalah. Ni dah kenapa kamu buat dia menangis?" tuduh Miss A'isyah melulu.

Semua pelajar ketika itu melihat keadaan yang tegang itu dengan mulut yang terkunci. Hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing.

Khai menjeling gurunya, tajam. Ketika itu,Miss A'isyah dapat melihat dengan jelaa bibir Khai yang pecah. Marahnya yang tadi menggelegak, tiba-tiba terpadam. Rasa bersalah dalam hatinya mula timbul.

'Bibir dia pecah sebab aku tampar tadi ke?' fikirnya sendiri. Terlalu tinggi egonya untuk menuturkan kata maaf. Terlalu lemah hatinya untuk menghancurkan kerasnya ego yang dibina oleh syaitan itu. Lama dia berdiam. Sedar tak sedar,  Khai sudah hilang daripada pandangan matanya.

"Mana Khai?" soal Miss A'isyah kepada Nafisah.

"Dah balik..." jawab Nafisah perlahan.

"Nafisah saya nak tanya kamu satu soalan boleh?"

"Err apa cikgu?"

"Kamu tahu tak alamat rumah Khai?"

___________

Nah author update khas untuk korang yang sudi membaca....
Thanks ya😊

Kerna Syurga Bukan PercumaWhere stories live. Discover now