Kedengaran bunyi motor 125Zr Khai memasuki garaj. Kedatangannya membuatkan Miss A'syah dan para pelajar berhenti daripada melakukan kerja masing-masing. Semua mata ketika itu tertumpu ke arahnya.
'Apehal diaorang ni. Macam tak pernah tengok manusia je?' bisik hati Khai
Baru dia tahu selama ni, kelas tambahan diadakan di dewan. Mati-mati dia ingat ianya diadakan di kelas. Inilah padahnya apabila tak pernah nak datang langsung. Gundah dalam hati didiamkan. Dia berjalan menuju ke dewan sambil memasukkan kunci motorsikalnya ke dalam kocek seluar.
"Mimpi apa kau ni Khai datang tuisyen? Terserempak dengan Dajjal dalam mimpi?" sindir Miss A'isyah.
Soalan yang diajukan kepadanya itu tidak dijawab. Dibiarkan saja soalan itu berlalu dibawa angin. Baru dia perasan yang tempat duduk sudah hampir penuh, yang tinggal cuma satu tempat sahaja. Itupun bersebelahan dengan Nafisah.
"Duduk je lah kat situ. Cikgu sediakan tempat duduk untuk orang yang selalu datang je. Mana lah cikgu tahu yang kamu nak datang. Nak belajar, duduk. Tak nak belajar, kamu boleh balik. Jangan buat bising dekat sini. " perli guru muda itu.
"Duduklah dekat sini, Khai. Saya tak kisah pun. Sabar eh? Anggap je kata-kata cikgu tu sebagai cabaran untuk awak." nasihat Nafisah, lembut.
"Sibuk lah kau. Diam sudah." balas Khai acuh tak acuh. Dia tiada pilihan lain melainkan terpaksa juga dia duduk bersebelahan dengan Siti Nafisah.
Pembelajaran diteruskan. Semua pelajar menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada yang diajar. Tetapi tidak bagi Khai, dia langsung tidak faham apa yang diajarkan. Memang betul-betul tidak faham.
Khai mengangkat tangannya dan berdiri.
"Cikgu, cikgu boleh perlahan sikit tak? Saya tak dapat tangkap semua yang cikgu ajar. Cikgu kena ingat, bukan semua pelajar jenis yang cepat tangkap. Ada yang lambat nak faham apa yang diajar macam saya ni.""Selama ni saya mengajar okay je semua faham. Kenapa awak tak faham? Awak seorang je sebenarnya yang jenis lambat dapat apa yang diajar."
"Mana cikgu tahu selama ni semua faham?" soal Khai menduga.
"Yalah. Lepas habis satu topik, cikgu tanya diaorang faham ke tak, semua jawab faham.
"Lepastu cikgu test diaorang balik tak? cikgu suruh diaorang buaf latihan dekat depan ke?"
"Tak pulak. Kenapa?"
"Diaorang cakap diaorang faham sebab diaorang tahu, kalau diaorang cakap tak faham, cikgu akan marah cikgu macam cikgu marah saya sekarang ni. Cikgu kena ingat jadi pendidik nak bagi anak murid faham, bukan nak habiskan silibus pembelajaran je. "
Merah padam muka cikgu. Sia bergerak menuju Khai.
"awak jangan kurang ajar sangat dengan saya eh?"
"Saya bagitahu apa yang sebenarnya. Tolonglah bantu kami. Kami tak faham, cikgu tolong fahamkan kami. Kami nak SPM. Itu masa depan kami. Cikgu takpalah, ajar ke tak ajar, tiap-tiap bulan gaji masuk."
Pang!!!
Pipi Khai ditampar. Pijar rasanya. Terjatuh dia dari kerusi. Sungguh, dia tidak faham. Dia beritahu apa yang sepatutnya guru itu tahu, tapi dia pula yang ditampar. Ada sesuatu cecair yang mengalir di tepi bibirnya.
Darah. Bibirnya pecah.
"Terima kasih wahai pendidik." perli Khai tersenyum sinis kepada Miss A'isyah sambil cuba untuk bangun dari lantai sebelum beredar dari dewan tersebut.
Fikirannya bercelaru. Hatinya jadi tidak menentu. Niat dia nak cari ilmu, tapi yang dia dapat hanyalah kesakitan. Kakinya menapak menuju ke surau. Kasutnya dibuka, dia masuk ke tempat mengambil wuduk. Bibir yang berdarah dibasuh, mukanya dibilas dengan air.
"Fuh. Segar rasa."
"Lagi segar kalau kau berwuduk. Hati tengah membara kan? Padam api syaitan tu dengan wudhuk."
Tersentak Khai. Lelaki haritu rupanya. Apa yang dia buat cuti-cuti macam ni kat sekolah?
"Kau ni dah tak reti bagi salam ke ape? Nasib baik aku takde darah tinggi. Kalau tak, dah 'syahid' dah."
"Confirm ke syahid? Kalau syahid, ada peluang nak masuk syurga tu.. Haha. Maaf bro. Assalamu'alaikum?"
Salam itu dibiarkan tidak berjawab. Khai terus mencuci luka di bibirnya. Apa teruk sangat ke diri dia tak boleh bercita-cita nak mati syahid?
Cis.
"Memberi salam itu sunat, menjawab salam pula hukumnya wajib. Kalau kita ni.... "
"Yeye.... Wa'alaikumussalam. Ha, dah kan? Dah, dah.. tak payah ceramah Dhuha kat sini."
Tergelak kecil Abang Surau. Dia nampak kesan luka pada bibir Khai. Namun, dia buat keputusan untuk mendiamkan diri. Mungkin waktu ini bukan waktu yang sesuai bertanyakan soal itu. Takut nanti ianya akan membangkitkan api amarah Khai.
Tiba-tiba muka Khai berubah. Sebut pasal syurga, dia teringatkan satu perkara. Abang Surau perasan perubahan pada muka Khai. Khai seolah-olah mengingati sesuatu.
"Weh jap-jap. Sebenarnya kan, apa maksud kau haritu?"
"Maksud aku yang man satu?" soal Abang Surau cuba mengingati apa yang dimaksudkan Khai.
"Kau cakap kita takkan ada masalah bila masuk syurga. Aku rasa macam nak tahu pulak maksud kau yang sebenarnya. Mana ada tempay dekat dunia ni atau mana-mana sekalipun, yang bebas daripada masalah."
Senyuman manis terukir di bibir Abang Surau. Tak disangka, katanya yang ringkas pada pertemuan kali pertama mereka itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak muda bernama Khai. Abang Surau menarik nafas panjang, lepas.
"Kalau kau nak tahu jom solat Dhuha dulu. Lepas solat aku cerita. Tu pun kalau kau nak la.... "kata Abang Surau sambil menyentengkan lengan baju dan seluarnya untuk mengambil wuduk.
"Eh main ugut-ugut pulak?" bebel Khai perlahan.
"Aku dengar kau cakap apa tu. Hahahahaha. Kalau nak jom. Taknak sudeh!"
Pili air dibuka. Abang surau mula mengambil wuduk. Seperti yang dijangka, Khai turut serta mengambil wuduk bersebelahan dengan Abang Surau.
"Ehhhh.. jap!" teriak Khai.
"Ha dah kenapa?"
"Macam mana nak ambil wuduk? Hehehe... " tanya Khai sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
Abang Surau menepuk dahinya, beristighfar panjang.
Pagi Sabtu yang indah, surau Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok menjadi saksi betapa manisnya ukhwah yang baru terbina antara dua hamba yang dalam usaha menggali redha-Nya.
YOU ARE READING
Kerna Syurga Bukan Percuma
Teen Fictionsaya minta maaf kalau ade tersilap taip ke ape ke. maklumlah newbies kan... ni merupakan ff saya yang pertama