Diari

398 35 7
                                    

Selesai solat Dhuha, Khai melipat sejadah yang digunakan dan meletakkannya kembali ke tempat asal. Khai rasa lain. Rasa sedikit tenang berbanding sebelumnya. Waktu dia solat, dia dapat melupakan sementara hal-hal dunianya.

Hatinya rasa sebak, tidak tahu kenapa. Sedar tak sedar, sudah bertahun lamanya dia tidak sujudkan kepalanya menghambakan diri kepada Allah Taala. Baru dia perasan yang dia sebenarnya adalah hamba yang derhaka.

Apa Tuhan bakal mengampunkannya? Apa masih punya peluang buat hamba yang hina sepertinya, diterima Syurga?

Tanda tanya.

"Weh, kenapa aku ada masalah... Kenapa ayah aku jahat? Kenapa aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin? Kenapa aku selalu dipulau orang? Kenapa... Kenapa hidup aku penuh dengan dugaan? Apa aku bukan insan yang disayangi Tuhan?" rungut Khai, lebih kepada meluahkan apa yang terbeban dan tersimpan di dalam hatinya.

"Sebab kau bukan dalam Syurga." ringkas jawapan Abang Surau sambil tersenyum. Khai bertambah bingung.

"Kau memang suka cakap tergantung, eh? Direct boleh tak? Aku sepak kang." kata Khai, serious. Dia terasa seolah-olah dipermainkam.

"Kau cuba fikir balik apa yang aq cakap. Berhenti merungut dan mula bergerak. Gerakkan hati dan minda kau. Buka mata luas-luas. Sebab Syurga bukan percuma, sebab tu kena usaha."

Khai tunduk. Lama dia fikirkan ayat yang dikatakan oleh Abang Surau sebentar tadi. Akhirnya, kepalanya sakit kerana memerah otak untuk berfikir.

"Dah la. Kalau kau tak nak cakap sudah
Aku duduk Neraka pun takpe." bentak Khai, kira-kira sudah ingin bangun dan beredar.

Perasaan serba salah terbit di hati Abang Surau. Mungkin dia terlalu berkeras denga  Khai. Dia perlu faham situasi Khai. Mungkin mudah baginya berkata-kata kerana dia tidak memakai kasut duri yanh dipakai Khai. Mungkin sebab itu dia tidak merasakan kesakitan yang ditanggung remaja berumur 17 tahun ini.

"Khai aku minta maaf. Okay okay. Meh sini aku cerita." pujuk Abang Surau, lantas menarik tangan Khai yang sudah berkira-kira untuk bangun.

"Takpelah. Kau ahli Syurga. Tak perlu nak dekat dengan ahli Neraka macam aku ni. Aku blah dulu." kata Khai merentap tangannya bagi melepaskan pegangan oleh Abang Surau lalu pergi.

Bayang Khai hilang setelah pintu surau itu tertutup rapat.

Satu keluhan panjang keluar daripada mulut Abang Surau. Ya, memang salah dia. Situasi macam inilah yang kebanyakannya terjadi sekarang. Ramai yang kononnya bercita-cita nak menarik orang lebih dekat dengan agama, tetapi hakikatnya membuatkan mereka lebih jauh. Manusia lebih suka menghukum tanpa terlebih dahulu memahami. Manusia petah berkata kerana bukan mereka yang mengalami.

Pendakwah, muhasabahlah diri!

***

"Mentang lah aku ni bukan orang baik, dia nak test-test perli-perli aku macam ni. Ingat bagus sangat!" bebel Khai seorang diri sambil berjalan menuju ke dewan. Jam menunjukkan angka 12.20 tengahari. Dah nak habis dah class tambahannya.

Haih.. apa yang dia dapat hari ni? Tamparan jepun Miss A'isyah dengan perlian pedas daripada Abang Surau. Hampir putus asa dibuatnya. Niat asalnya nak belajar, mati begitu sahaja. Khai tiba-tiba menghentikan langkahnya setelah merasakan kakinya terpijak sesuatu.

"Eh buku sapa yang aku pijak ni.?" soal Khai hairan. Sebuah buku log tebal berwarna merah yang dibalut dengan plastik. Kemas dan cantik, dan pastinya seorang perempuan.

"S.I.T.I. N.A.F.I.S.A.H." Khai mengeja satu-satu.

"Lah buku Nafisah? Nak bagi balik... or biar je?" Khai diam. Berfikir. Dalam pada itu, tangannya menyelak satu per satu muka surat dalam buku tersebut.

"ceh, childish betul! Kalau perempuan tu perempuan jugak." bebel Khai sendiri. Lama dia membaca isi buku tersebut, satu pun tiada yang menarik. Yang ada hanyalah kisah hidup Nafisah ni dari umur 9 tahun sehingga sekarang.

-------------------

walaupun xde org nk baca saya publish juga... anggap macam ada orang baca 😊😘😘

Kerna Syurga Bukan PercumaWhere stories live. Discover now