Pintu surau di hempas kuat. Kakinya dihayun laju menuju ke arah suis kipas. Darahnya panas menggelegak. Mukanya merah padam menahan malu yang teramat sangat. Banyangkan, dia dimalukan di hadapan orang ramai oleh seorang pengawas perempuan yang baru berusia 15 tahun.
"I just can't.... Fuh. She's only fifteen!"
Dendam. Terbit perasaan dendam yang tebal dalam hatinya.
"Tak guna punya pengawas. kau tunggulah nasib kau. Sebelum ni, sorang pun tak berani nak tegur aku hisap rokok. Ni kau siap tangkap aq lagi, depan semua orang pulak tu."
Panjang bebelan yang keluar dari mulut Khai. Dia melabuhkan punggungnya di dalam surau. Perlahan-lahan, dia membaringkan badannya. Matanya tepat memandang kipas yang sedang laju berpusing.
"Tension betul lah hidup ni. Sekarang kes aku kantoi merokok dah sampai dekat pengetahuan P.K Hem. Kalua dah sampai dekat pengetahuan Cikgu Suzana ni, confirm mak aku kena panggil."
Matanya dipejamkan, cuba mencari ketenangan. Tidak sampai dua minit, dia terlelap kerana terlalu penat. Tiba-tiba...
"Bro, tak baik tau halakan kaki ke arah kiblat macam tu. Nak tidur, tidur lah. Kaki jangan diarahkan ke arah kiblat. Tak sopan."
Lenanya terganggu dek suara yang tenang itu. Siapakah? Setahu dia, surau di sekolahnya ini memang jarang ada orang. Kalau ada pun geng-geng senior je datang, tu pun dengan tujuan nak merokok.
Matanya dibuka perlahan. Khai duduk bersila sambil mengesat matanya. Cuba mencari siapakah gerangan empunya suara yang tenang itu. Dia nampak kelibat seorang pemuda awal 20-an sedang menyusun Al-Quran pada rak-rak di surau tersebut. Mukanya nampak tenang, terlalu tenang seolah-olah ada cahaya yang memancar dari wajahnya.
Khai mengesat kembali matanya, cuba memastikan apakah dia sedang bermimpi ataupun kenyataan. Andai dia sedang bermimpi ketika ini, dia mahu terus bermimpi. Suka betul dia melihat wajah lelaki itu. Andai ini kenyataan, dia ingin tahu siapakah gerangan lelaki tersebut.
"Errr.... Kau siapa?"
Lelaki itu mengukir senyuman. Tanpa menjawab soalan Khai, lelaki itu bertanya,
"Aku tengok kau macam ada masalah je, tak rasa nak share?" soal lelaki itu, lembut.
"Perlu ke kau tahu masalah aku?"
"Kalau nak cerita, aku boleh dengar. Mana tahu sedikit sebanyak dapat tolong kau. Takkan aku nak biarkan saudara aku serabut sorang-sorang."
"Saudara? Heh, sejak bila aku ada abang? Abang aku dah meninggal." suara Khai tiba-tiba perlahan apabila teringatkan tentanh abangnya.
Dengan senyuman yang masih tersisa di bibirnya, lelaki itu membacakan makna daripada surat cinta Allah.
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamj beroleh rahmat."
"Kau reka eh?"
"Tak la. Ni Allah sebut. Surah al Hujurat ayat ke-10. See? Allah dah kata orang-orang yang beriman itu bersaudara. So kau ni saudara aku."
"Tu orang yang beriman, bukan aku"
"Okay aku nak tanya. Kau pernah tengok orang pergi masjid?"
"Pernah"
"Kau rasa mereka tu baik or jahat?"
"Baiklah. Mana ada orang jahat pergi masjid. Semua yang pergi masjid tu orang-orang yang baik dan beriman."
"So apa beza masjid dengan surau? Kau pun datang surau kan? Mana ada orang jahat yang datang surau." jawab lelaki itu sambi tersenyum manis.
Khai terdiam. Cuba menghadam kata-kata lelaki itu.
"Bro, pendapat ahli sunnah wal Jamaah tentang iman. Iman ni menaik dan menurun. Menaik bila melakukan ibadat dan turun apabila melakukan maksiat. So now, feel free to share your problem with me?"
Tiba-tiba, kepala Khai rasa dicengkam. Semua masalahnya datang serentak. tadinya dia dapat lupakan semua masalahnya. Sekarang semuanya bertandang kembali. Sakit kepala yang teramat sangat dirasakan olehnya. Mukanya berkerut. Masalah di sekolah, masalah di rumah, masalah disiplinnya. Semua datang serentak. Beg sandangnya dicapai. Kunci motornya diambil. Khai bangun menuju ke pintu surau tanpa menjawab soalan lelaki tersebut.
"Bro!" panggil lelaki itu meninggikan sedikit suaranya. "Aku nak bagi tau ni. Kau nak tahu tak? Kau takkan ada masalah bila kau berada dalam Syurga."
Langkah Khai terhenti. Berhenti. Dia menoleh le belakang melihat lelaki tersebut yang sedang tersenyum manis sambil melipat sejadah yang berselerak. Diam, Khai melangkah keluar daripada surau.
***
Malam tu, kata-kata lelaki misteri tadi mengetuk kotak fikirannya.' Apa yang dimaksudkan dengan aku takkan ada masalah bila masuk Syurga?' Lama difikirkannya.
Akhirnya, dia tertidur dibuai mimpi.
__________
yeay akhirnya dpt pon publish chapter 1
ni pon guna hotspot kakak heheh...
best tak? klu best vote dan comment best tau 😊😊

YOU ARE READING
Kerna Syurga Bukan Percuma
Novela Juvenilsaya minta maaf kalau ade tersilap taip ke ape ke. maklumlah newbies kan... ni merupakan ff saya yang pertama