Mak

423 19 0
                                    

Khai terjaga daripada tidurnya yang lena. Dicapai telefonnya di atas meja. Jam pada ketika itu menunjukkan angka 1.45 pagi. Tekaknya terasa haus. Dia keluar daripada biliknya menuju ke dapur untuk membasahkan sedikit tekaknya. Ketika melewati bilik ibunya, tiba-tiba Khai terdengar suara menangis. Mendengarkan suara tangisan yang tidak berhenti, Khai mengetuk pintu bilik ibunya.

"Mak, mak. Mak okey ke?"

Soalan Khai tida dijawab. Hanya suara tangisan yang dia dengar. bimbang akan keselamatan ibunya. Khai merempuh pintu bilik ibunya yang berkunci. Dengan sekali rempuhan, pintu berjaya dibuka. Kelihatan ibunya sedang menangis sambil memegang pipinya. Ada darah yang mengalir pada bibir tuanya. Khai cepat-cepat mendapatkan ibunya.

"Mak... Mak kenapa ni mak?" tanya Khai sambil mengurut lembut tangan ibunya.

Soalannya tidak dijawab.

"Ni mesti kerja ayah kan? kan?! Orang tua ni memang nak mampus. Hidup menyusahkan. Balik malam-malam dengan mabuk arak, pukul anak bini. Baik pergi mati la orang macam ni!" sumpah Khai melepaskan amarahnya. Selalu sangat ibunya jadi mangsa amuka  ayahnya. Kalau ayahnya pulang ke rumah, pasti cuma dengan satu sebab sahaja. Dia mahukan wang untuk membayar hutang judinya.

"Dah la tu Khai. Dia kan ayah kamu"

"Baik tak dak ayah kalau macam ni mak!" bentak Khai. Geram. Hatinya bagaikan kaca yang terhempas ke batu melihat keadaan ibunya. hancur luluh. sebelum ni, dia masih lagi boleh bertahan. Tetapi kali ni, memang sabarnya sudah tiada. Bak kata orang, sudah sampai hadnya.

Khai menghela nafasnya yang panjang. Dia membantu ibunya untuk bangun. "Mak tidurlah. Dah lewat ni."

"Khai jangan marah ayah, tau? Mesti ada sebab ayah buat macam ni. Mungkin dia terdesak nak guna duit, kan? Kita mana tahu."

"Dahla mak. Sekarang mak tidur."

Khai meninggalkan bilik ibunya setelah memastikan yang ibunya sudah tidur.

***

Malam berganti siang. Khai terjaga setelah mendengar kokokan ayam di luar rumahnya. Semenjak masuk ke sekolah menengah, Khai memang jenis yang liat nak bangun subuh. Sebab itu dia boleh dikatakan antara pelajar yang sentiasa datang lewat ke sekolah. Kadang-kadang pukul 8 baru dia datang. Kadang-kadang pukul 9.

Ada satu hari, pukul 10 baru dia datang. Tapi bukan masuk ikut pagar depan la, dia masuk melalui pintu belakang surau sekolahnya. Pakcik guard pun tak berani ni nak tegur. Yalah, adakah patut si Khai ni pancitkan tayar motorsikal si pakcik guard ni kerana menegurnya datang lambat?

Haish itulah Khai.

Hari ni hari Sabtu. Pelajar-pelajar tingkatan 5 sekolah Khai hampir kesemuanya menghadiri tuisyen yang diadakan di sekolah mereka. Namun bagi Khai, itu hanya membuang masa. Minat belajarnya telah hilang beberapa tahun yang lepas.

"Khai awal bangun?" tegur ibunya.

Dia tahu dirinya diperli. Tapi dia langsung tak terasa hati.

"Mak pipi mak dah okey?"

"Dah okay dah ni. Sikit je ni."

"Hm. Baguslah kalau macam tu."

"Khai, kawan-kawan Khai yang lain, semua pergi tuisyen. Khai tak teringin nk pergi ke? SPM Khai lagi 2 bulan je tau. Nanti kalau dah berjaya, boleh ubah hidup kita. Mak teringin sangat nak makan apa tu, alaaa yang robin robin hood tu, ala yang aiskrim tu. Apa nama dia?"

"Baskin robins mak. Amboih mak. Haha. Khai pun tak pernah terfikir nak makan benda tu, ni mak nak makan pulak. Mahal la mak. mana kita mampu."

"Bukan kita tak mampu, tapi kita tak usaha. Khai, ingat pesan mak ni nak,  orang akan hormat kita,  bila kita ada dua perkara ja. "

"Err... Apa mak? "

"Ilmu dengan harta.  Mak bukan suruh kejarkan harta dunia,  mak cuma nak kamu belajar.  Harta akan habis digunakan tapi ilmu itu berkekalan. "

"Hm. Khai faham mak. " kata Khai sambil menuju ke biliknya.

"Orang tegur sikit,  merajuk.  Tegur sikit,  merajuk.  Anak mak ni perempuan ke lelaki? "

"Mana ada Khai merajuk.  Khai masuk bilik nak siap-siap nak pergi tuisyen. "

'Aik? Selalunya kalau nasihat pun macam hujan jatuh ke pasir je,  kenapa harini senang pulak terima nasihat?  Allah dah makbulkan doa aku kot.  Alhamdulillah. ' bisik hati kecilnya.  Dia tersenyum sendiri.

"Tuisyen kamu bukan mula pukul 8 ke?  Sekarang dah pukul 10.30."

"Mak ni dah kenapa senyum sorang-sorang. Khai nak pergi tuisyen pun nak senyum. Hm tuisyen habis pukul 12.30 mak. Sempat lagi." jawab Khai dari dalam bilik.

Makin lebar senyuman di bibir ibunya. Dia tahu anaknya, Khai bukanlah seorang yang pandai. Dia tahu anaknya boleh tahan nakal. Tapi, itulah satu-satunya anaknya. Dia tidak punya siapa lagi di dunia ini melainkan Khai.

"Khai pergi dulu mak." kata Khai setelah keluar dari biliknya. Dia mencapai kunci motor 125Zr milik arwah abangnya.

"Hati-hati bawa motor. Jangan merempit. "

"Baik boss! " laung Khai.

Perlahan-lahan, bayang Khai hilang dari anak mata ibunya.

Kerna Syurga Bukan PercumaWhere stories live. Discover now