BaB 1

15.1K 224 28
                                    

Tahun 2002.

Suasana dalam dewan makan asrama itu sangat bising dengan kesemua pelajar form 4 mengisi setiap genap ruang. Mata Zura melilau mencari seseorang. Ah, there she is.

Hujung dewan, terlihat beberapa pengawas perempuan sedang berborak lepas tu tergelak manja. Lama juga Zura perhatikan gerak geri si pengawas popular itu.

"Nasib kita dapat sama kelas weh. Kalo tak..mau pishang aku dalam kelas for the next two years. Haha" Bahu Zura ditepuk tepuk tanda gembira.

"Tak yah haha sgt boleh? Result pmr(tahun 2001) kita cukup2 mkn je. Amek kau. Kelas sastera kita weh. Mampus aku." Eda tersengih memandang kawan baiknya.

"Oklah tu. Kau pun nak jadi penulis kan?" Gurau Eda sambil mengangkat kening.
"Tak kelakar weh. Panas nak mati dewan ni. " Marah Zura tiba2.
Matanya masih memandang Erra yang kehulu hilir buat buat sibuk.

"Kau Usha Erra lagi? Serius ah? "
Eda menggeleng. Kesian melihat cinta Zura yang hanya bertepuk sebelah tangan. Kinda. Sebetulnya Zura belum pernah meluahkan apa apa pun kepada Erra. Berkawan pun tidak. Nak luah perasaan pekebende.

"Mende cantik. Mesti la nak tengok. Human nature.Kau apa tau." Tersembur air dari mulut Eda mendengar kata kata Zura tadi.

"Apa kau  merepek ni setan?"
Zura menggeleng malas. Malas melayan Eda nengarut. Tiba tiba datang seorang pelajar dan duduk berhadapan mereka. Abang De. De for short. De ni perempuan. Saja nganjing panggil dia abg. Sebab cita cita dia nak jadi jantan sejati. Haha. 

"My bros!" De mengangkat tangan mahu high five. Mereka berdua buat tak tahu. " Kau lambat do. Nak high five lagi? Aku high five ngan kerusi ni. "
Dari tadi lagi Zura ni macam nak marah aje gayanya. Dahi De berkerut.

"Pe masalah kau do? Abah aku bangun lambat td. Kereta block lori abah aku plak . Panas je.  Permulaan y tak bagus. So,kita sekelas ke cane?"
"Sekelas weh. Trio terhebat." Mendengarkan kata kata Eda tadi,Zura menghala nafas.

Setelah tahu kedudukan kelas masing2 mereka pun melangkah ke blok menempatkan kelas masing2. Mereka berjalan beriringan macam biasa.

"Jap,kau nape Zura?" Tanya De tidak puas hati. Muka Zura monyok habis.
"Tak ada apa. Aku cam nyesal. Kelas last sekali weh. Abah aku tau ni abis aku."
"Lek la. Nak buat cane lagi. Mende dah jadi. Nasib tak baik. Tak semestinya kelas last sekali kita xleh score. Kita cuba la k." Pujuk De, memainkan peranan sebagai abang2.
"Dah dah. Pas ni kita ngeteh tempat biasa k."
"Cun tu." Eda sekadar mengangguk tanda setuju.

Apabila sampai ke block yang ditetapkan, mereka melalui kelas paling pandai dulu. Dem. Same old shit. Kelas last hujung sekali. Great.

Mata Zura menangkap batang tubuh Erra yang sedang berbicara bersama kawan kawan. Wajah comel Erra dipandang lama. Dengan spek mata tebalnya.  Ya,Zura has a thing with specky girl. Its like an attraction. Bila senyum alamak ai. Terlihat lesung pipit menambahkan lagi tahap kecomelan. Demmit. Mata mereka bertentang sekejap. Erra tersenyum sedikit.

"Jalan terus bro. Kelas kita hujung sinun."'De mematahkan pandangan Zura kepada Erra tadi. Belakang Zura ditolak perlahan. Sesak kot koridor tu. Masing masing nak masuk kelas masing.

"Kurang sabar kau ni kan?" Eda tergelak sahaja. De mengangkat bahu.
"Ok camni la eh. Aku ada berita baik tuk kau." Ujar De tiba2.
Zura tidak memandang wajah De langsung. Kadang De ni mengarut je.
"Haa..Pe dia?" Mereka mengambil tempat di tengah. Zura memerhati kesemua rakan sekelasnya yang lain. Ada yang dia kenal. Ada yang tak pernah jumpa. Whatever.

"Sorry la aku baru tau mende ni smlm. Jangan kecam aku eh." De mengangkat kedua tangan ke atas.
"Cakap jela gila. Apa dia?"
"Ok,ok." De mendekatkan dirinya kepada Zura.
"Erra kesayangan kau tu..sebenarnya adik angkat kakak aku." Luah De perlahan. Mata Zura membulat. Eda juga sama. Terkejut juga.

"Serius ah? Kau jangan buat hal. Aku tumbuk kau." Hati Zura berdebar2. Kalau betul begitu, mungkin peluang untuk mendekati Erra sedikit cerah.
"Aku nak tipu buatpa. Akak aku jadi tutor dia camtula."

De mungkin tidaklah sepandai kakaknya,pelajar cemerlang PMR di  sekolah. Ramai Cikgu membeza bezakan De dengan kakaknya. Rasa macam tak adil.pulak. Setiap orang kan lain lain kepandaiannya. Tapi ada juga bijaknya De ni. Bijak mencari idea. Haha.

"Jadi apa plan kau Zura? Kalau aku boleh tolong,aku tolong."
Soal De lagi. Zura berfikir lama. Kelas semakin bising.

"Nanti la. Nervous plak aku. Tetiba kelu."
Eda dan De tergelak besar.

"Zura nervous? Weh kau bukan gengster  ke weh?" Eda memerli Zura kaw kaw.

De menepuk bahu Zura kuat. "Tu,tu. Peminat sejati kau. Sama kelas. Haha. Goodluck"

Zura memandang muka sombong tapi cantik,milik Syarifah. Gadis tinggi lampai berunifom kemas itu melambai ke arah Zura. Zura membalas lambaian,perlahan.

"Bestnya sekelas dengan awak. " Syarifah mendekati meja Zura.
Gadis itu  tidak melepaskan peluang dan terus mengambil tempat bersebelahan Zura.  Gembira sungguh wajahnya.
Laluan kecil untuk berjalan memisahkan mereka. Zura tersenyum saja. Eda dan De dah gelak2 kat sebelah.

"Aku nak g toilet jap." Cepat cepat Zura bangun tanpa mengajak Eda mahupun De. Mereka hanya mengangkat bahu.

Mata Zura mencari Erra di dalam kelasnya. Tiada. Sedikit hampa. Langkah Zura laju menuju ke toilet. Alamak ai. Beratur panjang gila. Lawatan ke apa ni. Dari jauh Zura sudah dapat menangkap bentuk tubuh berpakaian serba biru berdiri di koridor sambil membaca sesuatu.
Demmit. Mata mereka bertentang bilamana Erra memandang ke sisi. Zura menelan liur. Lambat lambat Zura mendekati pintu toilet.

" You have to wait. Ramai kat dalam." Tegur Erra lembut. Mata Erra masih pada buku. Mungkin buku tu lagi interesting dari manusia gamaknya. Zura diam sahaja. Nervous.
"Awak Zura kan?" Buku tadi ditutup perlahan. Zura terkesima sebentar.
'Dia tau nama aku?'
"A..haa..Zura. Mana tau nama saya?" Tanya Zura pula. Erra sudah tersenyum comel.

"Erm..Nida,kawan Sy. Dia pernah citer pasal awk. Selalu ponteng. Ada kes gaduh tahun lepas." Lembut sahaja Erra bersuara.

"Oh..ok." Kecewa juga la Zura mendengarkan kata kata Erra tadi. Baru dia sedar yang dia ni teruk jugak di sekolah.

"Tahun ni try la ikut peraturan. Lagi dua tahun je nak habis sekolah." Nasihat Erra macam masuk Pastu keluar balik. Zura dah buat muka menyampah. Budget bagus ke cane ni. Zura berbisik di dalam hati.   Tak tahu la apa yang dirasa. Tercabar kot. Ntah.  Marah sket kot. Tetiba je minah ni bg nasihat camni. Cam Tak sesuai. Zura memandang Erra serius.

"Sukahati saya la. Awak kisah kenapa? Tu buku tu baca sampai lebam." Zura menepis novel English milik Erra itu sehingga terjatuh. Lalu Zura terus masuk ke dalam toilet tanpa menunggu lagi. Erra terdiam situ.

ERRAWhere stories live. Discover now