Part 1 : Hari Pertama Sekolah

14 2 0
                                    

Azan subuh yang berkumandang membuatkan Asy Shuhada terbangun dari tidurnya . Dia cepat cepat menuju ke arah bilik mandi . Nak solat lagi , berus gigi lagi , mandi lagi , bersiap lagi dan bla bla bla . Membebel dia sorang sorang . Mana tidaknya , hari ini hari pertama sekolahnya di usia Tingkatan 5 ni . Calon SPM . Dah besar dah pun . Itulah kata kata orang tua yang kononnya tengok dia dari kecil . Sinis betul !
Selepas Shu selesai solat , dia segera bersiap untuk ke sekolah dan niatnya "Aku pergi sekolah nak belajar . Bukannya bercinta . Please shu . Wake up . Jangan ingat jantan itu . Eyy benci"
Jantan yang dimaksudkan shu ialah Irfan Haziq , bekas teman lelakinya yang dia sanjung akhirnya putus macam tu aje . Bagi dia , biarlah lelaki itu mati saja . Geram dia . Fikirannya melayang mengingatkan lelaki tersebut . "Dia sudah bahagia hmm" getus hatinya sambil menunggang motosikal ke sekolah . Tidak sampai 5 minit , Asy Shuhada dah sampai ke sekolah . Rumahnya dekat saja dengan sekolah . Jalan kaki pun sampai ! Dia memandang sekeliling sekolah . Budak budak junior Form 1 baru masuk semuanya hipster . Bila teringat balik , Asy Shuhada dulunya bukan segak seperti budak sekarang . Zaman sudah berubah makin trending . Mulanya dia akan terjah kawan kawannya yang lama tak jumpa di perhimpunan pagi . Sedang pengetua berucap mengatakan bahawa "Selamat kembali ke sekolah semua . Alhamdulillah syukur semuanya sihat belaka dan segak . Bagi menyusun kelas kelas ...." Mata Shu sudah melilau . Entah apa lah dia cari .

"Kau cari sapa beb ? Adik kau ?" Pah mencelah . Kawan karibnya dari tingkatan 2 lagi . Susah senang selalu bersama .

"Emmm tak lahh , cari jodoh HAHAHAHA" Shu berjenaka . Tidak tahulah itu jenaka atau serius sebab pendirian dia apabila bercinta ialah tidak mengenal usia . Yang penting adalah hati . Tapi buat masa sekarang , dia perlu ketenangan jiwa untuk melupakan Irfan Haziq . Tapi macam mana ? Fikirnya sendiri . Perlu kah dia mencari orang lain untuk mengubati lukanya ? Hmm ..
"Nanti lah aku fikir . Bulan depan ke " Asy Shuhada tidak menyangka suaranya kuat itu telah didengari oleh kawannya sehinggakan mereka mengganggapnya gila kerana bercakap seorang diri .

"Kau dah kenapa beb ? Macam orang tak betul lagi "

"Sis sasau"
Mereka gelak secara berjemaah . Gelak gelak juga tetap sedih di dalam hati . Dia mengeluh .

Kita Stay Forever Where stories live. Discover now