Hari yang dinanti telah tiba . Pertandingan bola jaring peringkat daerah yang diadakan di sekolah Shu . Dia juga merupakan jaguh pemain bola jaring . Penjaring gol 'negeri' lah katakan . Bak kata cikgu cikgu disitu . Squad bola jaring SMK Selinsing telah menyertainyaa sehingga suku akhir . Tetapi kecundang di saat masuk ke final . Kalah mati ! Semasa Asy Shuhada beraksi , dia cuba mengintai ngintai arah parking guru . Dia mencari seseorang .
"Kau cari sapa shu ? Pakwe kau?" Kapten netball mencelah , Ika , member Shu dari sekolah rendah lagi .
"Eh taklah , cari Nazreen , my prince charming , my crush , my....."
"Hoiii angau doe dia ni " Pah mengusik lamunan Shu sampai menepuk belakangnya . "Aduii sakit laa gilaaa" Jerit Shu di telinga Pah membuatkan dia gelak tapi agak letih beraksi tadi ."Aku tepuk belakang kau , just nak tunjuk , jodoh kau tu haaaa datang tengok kau "
"Hah ? Mana mana ?" Bila Shu ternampak Nazreen Nael , dia terus menjerit keseronokan . Tapi tak kuat pun dia jerit untuk cover seronok .
Alhamdulillah , crush aku datang tengok aku wahh happynya aku . Asy Shuhada bermonolog dalam hati sambil menatap crushnya dari jauh . Dia lebih bersemangat bermain bola jaring dalam masa yang kedua setelah berehat 3minit tadi . Namun , semangatnya luntur kerana pasukan sekolahnya tewas . Asy Shuhada berasa sedih sangat sampaikan marah marah dan menangis . Bercampur aduk perasaan tu . Bukannya apa , baginya pengadil berlaku tidak adil terhadap sekolahnya . Dengannya Asy Shuhada yang injured sampai mengalami kecederaan dalaman pada kakinya menyebabkan dia paksa dirinya untuk beraksi pada tahun ini . Namun hasratnya untuk ke final punah . Dia segera ke koridor untuk berehat . Ramai junior memberi semangat dekatnya dan menyuruhnya tabah bahawa ini adat pertandingan . Asy Shuhada menangis sehinggakan dia tidak perasan yang Nazreen Nael ada di hadapannya . Dia pun segera mengelapkan air matanya . Malunya nangis depan crush ."Awak , jangan macam ni ? Awak kuat kan ? Ni adat permainan tau ? Awak nak air apa ? Saya belanja . Mesti awak letih kan ?hmm"
Naz mempelawa . Perlahan aja suaranya ."Saya nak air ..... love you" Sengaja Shu mengusik . Semua orang tahu yang Asy Shuhada ni suka bergurau orangnya . Tak pernah nak serius . Tapi kalini , dia betul betul serius yang dia memang sukakan Nazreen Nael . Tergamam Naz sambil senyum . Dia tidak menyangka sebenarnya tapi dia terus menukar topik dan terus belikan air jagung dekat Asy Shuhada . Asy Shuhada ada bertanyakan kepada Nazreen Nael untuk apa dia datang ke sekolah pada waktu petang ? Nazreen menjawab " Saya datang harini cuma nak tengok awak main bola jaring . Saya datang nak support awak . Salahkah ?" Shu masih teringat jawapan budak tu .
Apabila tamatnyaa permainan bola jaring , mereka berdua pulang ke rumah . Mereka berjalan seiringan . Nampak janggal rasanya . Tapi pada waktu tu , Nazreen menyampaikan hasratnya .
"Awak , sudi tak jadi awek saya?"
Terhenti perjalanan Asy Shuhada ke parking . Betul ke ni ? Ke aku yang mimpi ? Biar betul ? Crush aku suka aku ke ? Dia kan anggap aku Kakak angkat dia ? Mengelabah Asy Shuhada mengeluarkan banyak soalan dalam otaknya .
"SAYA SUDI DENGAN SENANG HATI"
Apabila Asy Shuhada memberi jawapan itu , dia ternampak yang Nazreen Nael tampak begitu ceria dan seronok . Mereka berdua bersembang rancak di parking . Sama sama tidak percaya bahawa berangan yang mereka ciptakan , menjadi kenyataan . Balik je ke rumah , Asy Shuhada masih teringat kejadian itu dan menulis tarikh pada hari itu merupakan tarikh yang penting dan bermakna baginya . Crush tidak Friendzone terhadapnya ! Dia tersengih sendirian hingga dia melupakan masalah yang dihadapinya dan penatnya bermain bola jaring .
YOU ARE READING
Kita Stay Forever
Short StoryNazreen Nael a.k.a Naz si "Ego Tinggi Melangit" ialah junior di sekolah dan bekas teman lelaki Asy Shuhada setelah mereka berdua berpisah kerana satu kes yang sangat besar membuatkan mereka tertekan namun kembali bersatu kerana Shu menyesali perbuat...