Setelah beberapa hari mereka telah berCouple , seems like bahagia betul nampak . Si Nazreen Nael selalu tunggu Asy Shuhada keluar dari kelas for nak jalan sama sama . Hati Shu berbunga bunga gamaknya . Maklumlah gadis itu memang dah lama meminati Nazreen . Sedang mereka berborak berdua sambil menuju ke parking , ada saja mata memandang . Terutamanya Aireen Natrah , manusia yang sukakan Nazreen sejak dulu lagi . Asy Shuhada tahu yang Aireen tidak menyukai sesiapa sahaja yang merapati Nazreen . Tetapi mengapa Asy Shuhada perlu takut sedangkan dia sendiri merupakan 'Firaun Sekolah' a.k.a senior Form5 . Sempat juga gadis 'sengkek' itu menjelingnya . Kau fikir aku kesah ke ? Kutuknya Shu dalam hatinya . Geram sungguh !
Baru dia sedar , parking sekolah sudah banjir !! Habis basah kasut Asy Shuhada dan Nazreen serta kawan kawannya yang lain . Bertakung habis . Sementara menunggu budak budak lain balik , mereka sempat 'berdating' untuk lepaskan rindu kononnya .
Asy Shuhada yang perangainya serupa 'hantu" nak kacau si Nazreen . Dia pun sepak air sampai air tu terkena muka Naz . Gelak besar dia !
"Apani sayang ? Habis muka biy" merungut Nazreen .
"HAHAHAHAHA u re so cute elelelelele" Shu cuba menahan gelak besarnya tadi dengan memuji boyfienyaa . Nazreen bingkas bangun untuk membalas dendam sambil mengejar Asy Shuhada sehingga ke penghujung parking . Kawan kawan mereka mula menganjing . "Huyoooo pasangan sweet berhindustan woo ingat beshe beshe ke ?"
Shu dan Naz menghiraukan kata kata mereka dan terus bermain air dalam acara "membalas dendam percikan air" .
Mereka berdua leka berasmara dana sehinggakan waktu semakin lewat . Sudah pukul 4.30 ! Mana tidaknya . Mereka keluar kelas pukul 2.30 p.m . Lambat balik tanpa sebab yang munasabah .
Mereka pun menghidupkan enjin moto dan balik sama sama seperti biasa . Baju dan seluar basah itu normal lah . Hujan lebat ni (acah kena hujan padahal main air) . Tak lekang senyuman Asy Shuhada dari sekolah sampai perjalanan balik . Baginya , senyuman Naz sangat menggoda dengan menampakkan gigi arnabnya yang menawan itu .
"I love you sayang . Balik ni mandi terus dan solat okey ?" Pesan Nazreen walaupun sedang bawak moto .
"Love you too . Okey . Biy pun sama . Jangan lupa . Nnti demam susah pulak" Asy Shuhada berpesan macam dia sudah sah menjadi milik Naz . Hahaha berangan . Mereka pun bertukar arah untuk pulang ke rumah masing masing . Hati Nazreen Nael berbunga bunga seperti 'Mat Bunga' . Takpernah dia merasakan kebahagiannya bersama gf nya .
YOU ARE READING
Kita Stay Forever
KurzgeschichtenNazreen Nael a.k.a Naz si "Ego Tinggi Melangit" ialah junior di sekolah dan bekas teman lelaki Asy Shuhada setelah mereka berdua berpisah kerana satu kes yang sangat besar membuatkan mereka tertekan namun kembali bersatu kerana Shu menyesali perbuat...