👔Tiga👗

4.8K 254 58
                                    

 Oh ya, last aku terserempak dengan dia masa cuti semester lepas. Kat kedai runcit Pak Ali Zam Zam.  Masa tu kan...

Sumpah aku tak berkenan dengan gaya dia yang sakai, sememeh dan tak terurus. Dengan rambut panjang mencecah bahu. Dahlah tak bersikat. Nak je aku cekak rambut tu dan ikat dengan reben besar. Lepastu aku sisip kelip rambut yang bercorak rama-rama ke kumbang ke kelip-kelip ke kat kepala dia. Baru nampak macam orang yang semengah sikit.

Ini tak! Dengan t-shirt tanpa lengan yang bercorak ala-ala Rock-Taik-Kucingnya. Dah tu pakai pulak seluar jean lusuh yang ada kesan koyak dibahagian kedua-dua betis. Nasib baik tak kurus kering macam lidi. Kalau tak, memang aku syak dia ni warga tedpit je. Hilang terus muka jambu dia masa zaman sekolah dulu. Gelap semacam je sekarang. 

Tak sihat ke apa mamat sakai ni? Langsung tak nampak macam budak universiti. Mulalah aku nak tuduh yang Jat menipu. Kata Jat mamat selekeh ni tiap-tiap semester dapat result gempak. Macam tu ke gaya budak dekan? Ish, musykil! Musykil!

Tak ada langsung senyuman yang dilontarkan untuk dia dari aku. Tak ada juga teguran yang dibuat untuk aku dari dia. Kitorang bertembung kat depan pintu masuk kedai. Sempat jugak lawan pandang dalam tiga atau empat saat macam tu. Aku fikir takat tu je la akan ada babak antara aku dan dia kat kedai Pak Ali. Rupanya ada lagi kisah yang tercipta.

Dan kisah itu langsung tak menarik!

Sumpah demi Allah! Aku tak pernah terlintas pun nak menghadap kejadian seperti itu dalam hidup aku. Tak pernah aku berdoa pun berlakunya kejadian itu selama aku bernafas di muka bumi yang serba indah ciptaan Allah ini. Kejadian dimana berlakunya peristiwa berebutkan megi kari khalayak ramai seramai enam orang termasuk Pak Ali.

Itulah tujuan aku pergi kedai hari tu sebenarnya. Mak dengan ayah tak ada kat rumah. Balik kampung selama empat hari. Jat pulak keluar lepak dengan kawan-kawan dia. Kedai makan hujung taman pun tak buka. Aku dah lapar tahap naga. Dah tu masak-memasak bukan kepakaran aku. Tak reti pulak aku nak bawak motor atau kereta.

Sudahnya pilihan yang aku ada berjalan kaki pergi kedai Pak Ali yang jaraknya lebih kurang dua ratus lima puluh meter dari rumah aku. Dalam kepala dah menggambarkan megi kari yang bakal aku masak dengan cara hanya merendam dengan air panas. Lepastu, goreng telur mata letak kat atas. Terliur wei... terliur!

Tapi angan-angan aku hancur bila aku kalah dalam perebutan megi kari sebungkus dengan manusia Seman Setan itu. 

Tahu tak aku dulu yang pegang megi tu dan bawak ke kaunter? 

Aku yang cop dulu! 

Sekejap saja aku tinggal kat situ sebelum aku patah balik pergi belakang ambil air soya kotak. Datang-datang je megi aku dah hilang.

Melilau-lilau aku cari megi macam kucing cari anak last sekali tahu apa aku nampak? Aku nampak megi aku ada dalam bakul barang dia. Kemain mendidih aku masa tu. Aku tahu itu memang megi yang sama aku ambil dekat rak tadi. Memang sebungkus tu je yang tinggal pun. Jadi, aku tak tuduh tanpa usul periksa bukan? Sebab itu memang megi aku!

Dan lepastu berlakulah peristiwa dimana telah buatkan aku malu sampai ke hari ini. Mananya tak malu kalau dah satu taman ni dah gelarkan aku dengan panggilan 'Intan Singa anak Liha'. Tapi aku tak boleh nak salahkan mereka yang bawa mulut pasal hal itu. Hal dimana pada hari itu, hanya disebabkan sebungkus megi aku telah berkelakuan diluar jangkaan. 

Bila dah aku guna cara baik minta balik megi aku tapi dia buat macam aku bercakap dengan angin, jadi tanpa berfikir dua kali aku terus mencekak rambut dia dan kepala dia dipusing laju macam bilah kipas angin siling yang dipasang pada kelajuan paling maksimum.

Dan lepas tu, bengkak dahsyat telinga aku kena dengar Cik Liha membebel. Hmmm...

*****

*To Be Continued

#Hanya kerana sebungkus megi kari. Seriuslah!? Tsk!

 Seriuslah!? Tsk!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[COMPLETED] Dah Nama Pun Jodoh Where stories live. Discover now