Aku terjaga ketika pukul 12 tengah hari.Rumahku runtuh.Aku keluar dari timbunan batu tadi yang tidak menghimpitku.Aku masih hidup.
Keadaan sunyi dan penuh kemusnahan.Ibu bapa ku hilang.Tapi aku jumpa nota di pokok berdekatan.
'Hanif,mak dan ayah dipindahkan ke kawasan selamat di sebuah kampung hutan.Jika kamu masih hidup,carilah kami.Atau berjuanglah jika kamu mahu.Mak dan Ayah redha jika kamu sudah pergi ataupun kamu tidak sempat datang kesini.'
Surat itu ku lipat dan kusimpankan di dalam poket ku.
"Aku diberi pilihan,berjuang demi negara atau mencari ibu bapaku..."
Aku memilih untuk mencari Aisyah dahulu.Wanita yang ku anggap seperti adik ku sendiri tapi kami adalah rakan baik.Walaupun Aisyah tidak suka ku,tapi dia manusia yang banyak jasa kepadaku dan aku tahu dia mungkin dalam kesusahan.Aku perlu tolongnya walaupun dia benci aku.
Aku bangun dan ambil senapang rampasan ku semalam.Aku mengambil jaket askar dan topeng askar yang aku bunuh semalam.Aku membawa bekalan di dalam beg.Sekarang aku perlu bergerak ke rumah Aisyah.
Aku berjalan dan berjalan ke rumahnya.Sunyi sepi dan banyak kereta tersadai.Aku sangat kesunyian.Banyak rumah yang musnah.Pokok pokok pula ada kesan peluru.Aku pula berjalan di jalan luas ini memakai jaket kebal.Tapi aku buang topeng kerana takut disyaki musuh.Aku berjalan.
Penat,letih dan lelah serta keringat di dahi ku.Aku melihat rumah Aisyah juga sunyi.Apabila sampai di pintu kulihat wanita yang ku sayangi itu sedang menangis di dalam rumahnya.
Perjalanan untuk ke Kampung hutan adalah juga bertembung dengan rumah Aisyah."Aisyah..."
Aisyah melihatku kerana terkejut dan dia kembali menangis seperti tidak hiraukan aku.
"Aisyah..."
Aku memanggil lagi.Dia tiba tiba menjerkah.
"APA??!"
Aku terdiam..kaku...adakah kerana dia membenciku?
Aku berjalan keluar dan duduk sebentar letih.Matahari menyinari wajahku.Rasa macam hendak aja aku tidur dan menerima takdir.Tapi aku tidak mahu membunuh diri.
Walau bagaimanapun sedihnya aku,aku tidak akan putus asa dengan cinta aku kerana rahmat Allah itu luas.Aku berzikir di jalan yang panas itu kerana tiada bumbung yang boleh ku berlindung melainkan bumbung rumah Aisyah yang dia telah memarahi ku.
"Hanif..."
Aisyah melihatku dengan wajah sayu.
"Ada apa..."
Aku terus memejam mata di jalan panas itu.
"Minta maaf..."
Aku bangun dan kata bahawa dia tidak bersalah.Aku tahu dia sedih kerana kehilangan sesuatu,tapi aku tidak mahu dia sedih lagi.
"Hanif,aku takut....aku takut terbunuh..."
Aku berkata.
"Jangan risau...aku ada di sini..."
Dia berkata.
"Maaf Hanif..aku memang tidak sayang kau..walaupun kau sentiasa maafkan aku..."
Aku mengangguk dan berkata padanya untuk ke Kampung Hutan.
Aisyah bersetuju mengikutku dan mungkun ibu bapanya juga di kampung yang selamat itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/126713065-288-k892278.jpg)
YOU ARE READING
Fight For Freedom
Ficción GeneralDiapdatasi daripada mimpi saya sendiri.Sebuah perang yang meletus telah merosakkan sebuah negara.Kisah ini adalah kisah Aku yang terselamat daripada kejadian Bom di kampungnya dan ingin membalas dendam serta ingin mencari cinta lamanya dahulu kerana...