Kami sampai juga akhirnya di Kampung Hutan.
Aku melihat ibu bapaku berada di dewan kampung itu.Begitu juga ibu bapa Aisyah dan Khayrin.Ramai juga disitu.Kawasan itu dilindungi oleh ramai askar.Kami masuk kesitu dengan kad pengenalan Malaysia kami.
Tempat itu memang selamat.Aku kemudian perlu berjumpa dengan Kapten Ahmad ketua askar.Aku memasuki biliknya dan dia bertanya padaku.
"Hanif...daripada manakah kamu belajar menggunakan senjata?"
Aku menjawab
"Saya belajar sendiri...saya tak tahu dari mana datangnya..."
Kapten Ahmad mengangguk dan memegang bahuku.
"Kamu telah menyelamatkan dua orang.Kamu sungguh berani..malah kamu jugak tidak takut untuk melawan askar negara lain.."
"Saya hanya lakukan apa yang patut,tuan..."
Aku pula bertanya.
"Tuan,apa yang dah jadi pada negara kita?"
Kapten Ahmad duduk.
"Negara kita diserang penjajah yang ingin mengambil negara kita...mereka lawan sehabisnya demi menguasai tanah kita.Mereka adalah organiasi yang tidak diketahui namanya."
"Tuan dah cuba apa apa?"
Kapten Ahmad menggeleng.
"Semuanya gagal...rakyat tak nak bersatu demi negara kita ini..."
"Kita perlu satukan mereka..."
Kapten Ahmad mendekatiku.
"Hanif,jika kamu ada idea..lakukanya..ini bukan tentang negara sahaja..ini adalah tentang Islam...agama kita sekarang...kita perlulah menjaga agama kita dan juga masih ramai muslim diluar sana yang ditangkap."
Aku mengangguk.
"Tuan,saya perlukan sebuah topeng hitam yg hanya mendedahkan mata...kemudian saya perlukan hoodie untuk rahsiakan identiti saya...dan saya perlukan senjata.."
Setelah mendapat kebenaran aku bergegas ke tempat senjata dan ambil barang keperluan.Ketika aku habis memakai baju kalis peluru dan topeng itu aku sedar bahawa Aisyah memerhatikan aku di pintu.
"Hanif? Kau nak pergi mana?"
Aku terkedu..
"Aisyah...aku terpaksa pergi menyelamatkan banduan islam yang ditangkap.."
Aisyah sedih memandang ke bawah...
Aku lalu menyuruh Aisyah ikut ku berjumpa ibu bapaku..
"Mak...hanif nak pergi selamatkan saudara islam kita mak..mereka kesusahan..."
Mak aku mengangguk dan aku memeluknya serta ayahku juga memelukku.
Kemudian aku berpaling pada Aisyah dan berkata.
"Aisyah..aku akan pergi esok hari...apa kata jika kita kahwin hari ni?"
Mak ayah ku tersenyum lebar.Ibu bapa Aisyah juga tersenyum.Aisyah pula mengangguk gembira sambil menitiskan air mata.
Lalu kami disediakan Imam untuk menikahkan aku dengan Aisyah dikhayalak ramai dalam dewan itu.
Aku menjawab dengan lancar dan perkahwinan kami sah.Aisyah menjadi isteriku serta merta dengan mas kahwin RM100 dan Ibu bapa ku gembira.
Aku melakukan demikian kerana aku takut jika aku tidak dapat mengahwini Aisyah jika tidak sempat pulang.
Kami berdua pergi ke sebuah bilik yang diberi khas untuk kami seketika.Aku akan pergi esok hari,jadi aku akan tidur di sini untuk satu malam.
(Keesokkanya...)
Aku sudah memakai baju lengkap untuk pergi bersama askar askar lain juga menaiki helikopter.
Aku mengucup dahi Aisyah setelah dia bersalam dengan aku.Aku menaiki helikopter melihat wajahnya yang menangis.Helikopter bergerak pergi ke tempat yang hendak menurunkan aku sahaja kerana askar lain akan menyerang setelah aku membebaskan semua orang muslim yang ditangkap.
Aku dilepaskan di sebuah hutan yang agak jauh dari kem musuh.Aku terpaksa berjalan kesana kerana.
Bersambung...

YOU ARE READING
Fight For Freedom
General FictionDiapdatasi daripada mimpi saya sendiri.Sebuah perang yang meletus telah merosakkan sebuah negara.Kisah ini adalah kisah Aku yang terselamat daripada kejadian Bom di kampungnya dan ingin membalas dendam serta ingin mencari cinta lamanya dahulu kerana...