Sebaik sahaja sampai di rumah, Naida terus meluru ke sofa. Letih nya tak terkira. Dahlah panas terik!!! Nasib baik aku tak pengsan.
Muka Naida merah bak udang kena bakar dek jalan kaki ke rumah sebab kereta rosak. Huhu malangnya nasib aku.Cynthia terkejut bukan kepalang bila melihat keadaan sahabatnya itu.
" Weyh Ida, kau ok tak ni? Parah sangat dah aku tengok kau ni. Muka merah macam udang kena bakar. Baju kau pun jempuk . Kau mandi peluh ke? Kejap ek aku ambikkan kau air. " ujar Cynthia lalu bergegas ke dapur.
Naida tidak mampu untuk menjawab apatah lagi bergerak akibat terlalu kepenatan. Gilaaaaaa penat nyeeeeeeeeeee. Ni semua sebab mamat tu argh!!
************
Sebaik sahaja Cynthia keluar dari dapur untuk menghulurkan air, belum sempat Cynthia menghulurkan air, Naida telahpun merampas segelas air sejuk daripada tangan Cynthia. Namun, segelas air tidak cukup untuk Naida. Maka Naida meminta Cynthia untuk mengambil segelen botol berisi air sejuk.Cynthia bukan main lagi terkejut bila melihat sahabatnya Naida meneguk segelen air secara rakus. HABIS segelen air diminum Naida.
" Arghh legaa nyaaa minum air sejuk ni. Terima kasih Thia. Nasib baik kau ada. " ujar Naida.
" kau ni kenapa sebenarnya Ida? Teruk sangat dah kau ni. Teguk segelen air. Gilalahhh. Muka kau pun aku tengok macam tak berdaya je. Cuba kau cerita kat aku " Cynthia mencuba nasib.
Naida menceritakan semuanya dari A smpai Z dalam keadaan macam orang mabuk sebab keletihan. Seusai Naida habis bercerita...
" hensem tak mamat tu? " soal Cynthia dengan terujanya.
" puihhhhh!! Hensem tu memang la hensem. Tapi dia la yang langgar kereta aku sampai rosakk teruk. Sebab dia la aku jalan kaki sampai ke rumah. Entah kat mana tempat tadi pun aku lupa. Tapi yang pasti, JAUH GILA BEBBBB!! Rasa macam nak tercabut lutut aku ni " bentak Naida dengan perasaan tak puas hati dengan Danial.
" nasib kau lah. HAHAHAHA. Ada tak dia puji kau? " soal Cynthia.
" puji apa pulak ni Thia? Aku tak cantik pun. " gumam Naida dengan nada yang perlahan sambil menguap.
" eleh yelah tu. Eh aku nak tanya kau sesuatu ni. " ujar Cynthia.
Eh kenapa senyap ni? Ida ni dah tidur ke?
" Ya Allah Idaaaaaaaa!! Bangun sekarang!! Kau dah solat belum? Kalau belum, pergi solat. Mandi pun belum ni eiiii busuk nye kauuuuuuu!! Gi mandi sekarang!! " arah Cynthia sambil memapah Naida yang keletihan dan sambil menutup hidung. Macam orang mabuk pun ada lagaknya Naida ni. Parah...
*****************
Keesokkan harinya, Naida terpaksa berbaring di atas katil selama sehari suntuk akibat masih keletihan.
" hmm, agak agak, abang Reez tengah buat apa ek sekarang ni? Baik aku call. " ujar Naida.
Tapi panggilan Naida tidak berjawab. Naida pelik sebab tak pernah Fareez tidak menjawab panggilannya.
Cynthia di belakang pintu sudah berubah riak muka nya. Namun riak muka Cynthia dapat dikesan oleh Naida. Ingin sahaja Naida bertanya.
" takpelah. Nanti aku tanya dia. Sebab aku sekarang ni tengah musykil. Hmmm " gumam Naida.
Sakit di badan Naida masih mencucuk cucuk. Eleh bukannya buat jungle trekking pun. Baru jalan kaki dah sengal sengal badan.
Dan tidak semena mena, fikiran Naida bertukar ke kejadian semalam bila dia bertemu dengan mamat sengal tu. Seperti Danial, Naida tersenyum sendiri tapi cepat cepat Naida berubah riak.
" Hisy, yang kau ni tersengih sengih macam kerang busuk napa pulak Ida? Isy takkan la aku gila kotttttt . Eiii tapi muka mamat tu macam putera idaman aku yang dalam mimpi tu la. Heishhh. Taknak arrrr. Geli aku hahahaha. " ujar Naida.
***************
" weyh Dan, semalam aku dengar kau mengigau sebut " minah tinggi lampai " sape tu? Ceciter la ngan aku. " rayu Lokman.
" yeke? Alamak!! Parah dah aku ni!!!!! Takkan la aku suka kat minah tu kot eii memang taklah. Not my taste. Dahlah garang!! Kalah singa weyh Man!!. " ujar Danial.
" Alamak! Tak jadilah kalau macam tu. Mati aku kalau minah tu dibuat bini. Silap silap hari bulan minah tu jadi bini aku lepastu aku jadi kuli dia. Eii seram lah Dan!! " luah Lokman.
" ambek kau haaaa. Boleh ar tu kau jadikan bini. Pewitttt !! " gurau Danial.
" Gila lah kau ni. Dahlah! Aku nak mandi. Nak ikut? Jomlah😚😂😂 " gurau Lokman. Takda niat pun sebenarnya. Gurau je heeheheh.
" betul kau ajak aku mandi ni Man? " soal Danial dengan pandangan miang yang diberikan kepada Lokman.
Meremang bulu roma Lokman melihat pandangan Danial. Dengan cepat Lokman masuk ke bilik air.
" Ambik kau Man. Kau nak sangat kan haaaa. Aku main main jelahhh!! Aku bukan gay la bongok! Aku lelaki sejati!! " laung Danial dari ruang tamu.
* author nak minta maaf kalau cerita kat bab ni ada mengarut.
Author takde idea senanya huhuhuhuuuuuu. Sekali lagi author mintak maaf ek. :)
YOU ARE READING
Mr. Bidadara Cinta
RandomBIDADARA CINTA.. lelaki yang membawa magis di hati yang telah remuk. Kedatangan lelaki itu yang kononnya ingin menyadi " penyelamat ", menimbulkan banyak masalah yang tak disengajakan. Rasa cintanya masih pada Fareez Hazqil. Disebabkan rasa itu, N...