Sudah tiga hari Haikal tidak pulang ke rumah. Lebam di lengan dan tubuh masih jelas, setelah barang dapur di lihat habis, segera Syifa Amira capai kunci kereta dan wallet dari atas meja.
Pintu pagar di buka, lalu kereta di undur keluar, dan menutup kembali pagar rumah.
'Hai awak, ermm...dah sembuh?,' Tanya seorang lelaki yang memegang seekor arnab putih yang berada di depan rumah jiran Syifa Amira. Kelakar, itu yang boleh diungkapkan, dengan berkain pelikat dan berbaju t'shirt pink, boleh pula dia belai-belai arnab putih tu. Syifa Amira tersenyum. Hanya mengangguk dan masuk ke kereta semula.
Pasaraya yang baru di buka di kawasan berdekatan menjadi pilihan Syifa kali ni, setelah kereta di parkir, dia mula menolak troli ke dalam ruangan bahan makanan basah. Masih terasa sakit lagi lengannya.
'Ah! sakit lagi rupanya, berat pula rasa beras ni, 10 kg mak kau, takkan nak ambil yang 5 kg, nanti membebel pula katak hijau tu, hmm....malas betul nak fikir pasal dia, tapi aku sangat cintakan dia,' Syifa menarik nafas panjang. Beras 10 kg yang cuba di angkat sedikit tu telah mengakibatkan lengannya terasa sangat sakit. Yang mampu dia buat hanyalah memandang beras itu.
'Biar saya tolong angkat,' Tiba-tiba membulat mata Syifa memandang seorang lelaki yang tiba-tiba berada di sebelah kirinya, hampir buat dia terkejut.
'A..awak?,' Terpegun seketika, kacak macam kacukan, tegap dan hmm...bergaya. Eishhh...apalah aku ni. Hati Syifa berdetik.
'Ye, saya...saya Lut Mifzal, kawan kepada jiran awak, Raihan,' Lut mengangkat beras 10 kg itu ke dalam troli Syifa Amira.
'Oh! kawan Raihan, anak Mak Cik Aminah, ermm.. terima kasih tolong saya,' Syifa menolak troli ke depan. Lut mengikutinya dari belakang.
'Syifa...Syifa Amira...,' Lut memanggil. Syifa menoleh.
'Yer Lut?,' Syifa kehairanan. Macam mana dia tahu nama Syifa. Mungkin Raihan.
'Sa..saya minta maaf sebab hari tu, saya tak sengaja masuk kawasan rumah awak untuk cari rabbit saya,' Bersungguh Lut meminta maaf.
'Oh! lupakan jerlah, tak mengapa, dah takhdir untuk awak saksikan semua tu, saya tak nak ingat lagi,' Syifa mengukir senyuman, berlalu pergi. Sempat juga Syifa menoleh ke belakang melihatnya.
'Tak sangka pula nak jumpa dia dekat sini, tadi dengan kain pelikat dan arnab bagai, hurmm.... cepat juga dia drive,' Detik hati Syifa.
Usai membayar semua barang di kaunter. Syifa Amira keluar dari pasaraya dan menuju ke arah kereta. Bonet kereta di buka, semua barang telah dimasukkan ke dalam bonet kecuali beras.
'Tumpang lalu,' Tiba-tiba Lut dengan trolinya berada di tepi Syifa. Beras di angkatnya dan memasukkannya ke dalam bonet kereta. Kosong troli.
'Terima kasih Lut, susahkan awak jer lagi,' Senyum Syifa.
'Sama-sama, semua ni kerja lelaki, apa salahnya saya tolong, lagipun berat ni, tak sesuai awak angkat, tengok tangan awak tu, nampak lebam..' Lut memandang Syifa. Syifa hanya tersenyum.
Lut membuka bonet keretanya di sebelah kereta Syifa.
'Wow! Honda City baru, nampak muda lagi, ni mesti businessman ni, kan..,' Syifa hilangkan kesunyian seketika.
'Taklah, ni kereta Raihan, dia pinjamkan saya tadi, saya ni kerja kat hotel jer,' Lut mengakhiri barang terakhir dari trolinya.
'Ye ke, sorry, dah rezeki awak kerja dekat hotel, dulu saya pun kerja hotel, ermm..rindu pula bila dengar hotel-hotel ni, eh! tak perasan pula saya ni kereta Raihan, ni model baru ni kan,'Syifa memerhati kereta ditepinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
DIA KEPUNYAAN TENGKU
RandomMimpi tak pernah lupus namun sentiasa memberi seribu pengertian. Syifa Amira didera oleh suaminya. Kesabarannya hampir meragut nyawanya... Cinta sejati itu hadir dikala hatinya dalam kesedihan... Dia hadir sejak dahulu, namun dia hilang. Dan kini di...