'Awak...., awak!,' Keras suara Syifa Amira.
'Yer, kenapa awak?,'
'Sakitlah... tak nak lepas ke? nanti melekat sepanjang hidup baru tahu,' Tajam anak mata Syifa memandang Lut Mifzal.
'Oh! maaf yer awak, saya terlupa lah, kesian pula awak, eh! awak kata apa? boleh ulang, melekat? apa tu?,' Lut melepaskan pergelangan tangan kiri Syifa Amira.
'Ermm...tak... tak ada apa-apa,' Syifa duduk di kerusi.
'Ermm... awak nak minum apa-apa tak?, saya nak ke kaunter kafe,'
'Kopi o panas satu,' Senyum Syifa.
'Ok, tunggu yer,'
Beberapa minit kemudian, Lut Mifzal kembali dengan dua cawan kopi o panas. Dia duduk di kerusi sambil menghirup kopi.
Kafe 24 jam di hospital swasta tersebut masih lagi ramai pelanggannya, mungkin saja ramai kaum keluarga dan sahabat yang di rawat di situ.
'Wanginya kopi ni,'Syifa menghirupnya perlahan. Kemudian, dia memandang wajah Lut Mifzal yang duduk berhadapan dengannya dengan kusyuk.
'Kenapa awak pandang saya macam tu?, kusyuknya,' Tanya Lut Mifzal sambil tersenyum.
'Lebih baik awak ceritakan kepada saya,'
'Cerita apa awak?,' Dahi Lut berkerut kehairanan dan terus menghirup kopi.
'Pasal nenek tadi tu, siapa dia? dan kenapa awak tak balas masa dia tegur awak tadi?,'
'Kalau pasal dia, malaslah saya,' Lut mengetap bibirnya. Dengan tidak di duga, Syifa bangun dari kerusi.
'Jom, hantar saya balik,'
'Eh! cepatnya awak nak balik, tunggu lah kejap,'
'Tak pe lah, nak bersembang dengan awak pun awak tak nak, saya tanya pun, awak malas nak jawab, lebih baik saya balik,' Senyum Syifa.
'Awak, duduklah dulu, malulah saya, tengok tu orang pandang,'
'Ok, saya duduk,' Syifa duduk dan memeluk tubuhnya dan memandang ke arah lain.
'Awak....hmm...ok lah, pandang lah saya, takkanlah saya nak bercerita dengan anak patung yang comel dan merajuk macam ni,' Senyum Lut. Syifa memandang Lut dan tersenyum.
'Cepatlah, saya menanti ni,'
'Ermm....,' Lut Mifzal berat untuk menceritakannya, hatinya telah lama terluka. Ah! tak mungkin untuk aku ceritakan kepada kau Syifa Amira. Perkara tu amat menyakitkan hati aku. Maafkan aku Syifa.
'Assalamu'alaikum, Lut? yes! Lut Mifzal kan, and you pula, mesti Syifa Amira,' Seseorang lelaki lengkap dengan pakaian doktor menyapa mereka.
'Ya Allah, Dr. Farhan kan?,' Lut bersalaman dengan Dr. Farhan.
'Ingat pun awak dekat saya, hahaha, boleh saya duduk?,' Tanya Dr. Farhan.
'Boleh doktor, silakan,'
'Syifa? awak tak ingat saya ke?,' Senyum Dr.Farhan.
'Ermm...saya tak berapa ingatlah doktor,' Syifa tersenyum sipu.
'Syifa, Dr. Farhan lah yang merawat awak masa awak pengsan dulu tu...ermm...yang saya bawa awak dengan Kak Yasmina tu,' Lut Mifzal berhati-hati dalam mengingatkan Syifa Amira kerana kelukaan masa lalu akan terimbas kembali.
'Oh! baru saya teringat, masa tu awak belum sedar lagi, saya terpaksa 'off duty' sebab isteri saya kemalangan, ermm...masa tu Dr. Zalina yang ambil kes awak, dia yang pantau awak kan,'

YOU ARE READING
DIA KEPUNYAAN TENGKU
DiversosMimpi tak pernah lupus namun sentiasa memberi seribu pengertian. Syifa Amira didera oleh suaminya. Kesabarannya hampir meragut nyawanya... Cinta sejati itu hadir dikala hatinya dalam kesedihan... Dia hadir sejak dahulu, namun dia hilang. Dan kini di...