'Dilla,' Panggil Syifa sambil menoleh ke arah Adilla di belakangnya.
'Yer, kenapa?,' Adilla tidak berpaling kerana kusyuk dengan kerjanya.
'Toleh lah ke belakang ni,' Pinta Syifa.
'Yer..yer! ada ape wahai Cik Syifa Amira?,' Adilla menoleh ke belakang.
'Aku nak balik awal lah hari ni, nak ke bank kejap, agak kau kan, Encik Lut benarkan tak?,' Teduh wajah Syifa.
'Oh! itu semestinya, dia akan benarkan kau pulang awal, tunjuk jer muka kesian kau tu, mesti cair lah bos kita tu,' Tersengih Adilla.
'Betul ni, hmm.... ok! aku pergi sekarang juga,' Syifa bangun dan membetulkan pakaiannya.
'Sekarang? wah! laju betul kau, hmm... good luck?,' Adilla tersenyum.
'Tuk!,'
'Tuk!,'
'Tuk!,'
Pintu bilik Lut Mifzal di ketuk oleh Syifa Amira dari luar.
'Ya, masuk,' Tenang nada suara Lut Mifzal.
'Bos,'
'Yes! oh! Cik Syifa , duduklah,' Senyum Lut.
'Terima kasih bos,'
'Sama-sama,' Lut Mifzal mengangkat keningnya.
'Ermm...bos, boleh tak saya nak balik awal hari ni, saya nak ke bank,' Penuh harapan wajah Syifa Amira.
'Hmm...boleh,'
'Terima kasih bos!, terima kasih sangat, saya minta diri dulu yer,' Syifa senyum dan bingkas bangun dari kerusi.
'Tapi bersyarat,' Lembut suara Lut Mifzal sambil mengukir senyuman memandang Syifa Amira.
'Syarat?,' Syifa mengembungkan pipinya.
'Esok cuti kan, ermm.... malam ni tolong temankan saya ke satu tempat, tapi, awak perlu pakai baju kurung, boleh?,'
'Malam ni? baju kurung? alamak! aku dah berjanji dengan anak-anak kesayangan aku tu, nak makan malam dengan mereka, tentu mereka kecewa dengan aku, kalau aku tak pergi, alah.. Lut ni, malam esokkan ada, heishh...,' Gerutu hati Syifa.
'Awak?,' Lut memandang Syifa.
'Ermm...boleh bos, tapi...,'
'Kenapa tapi?,'
'Sebelum kita pergi makan, ermm.. boleh tak kita singgah dulu kat satu tempat?,'
'Hmm...boleh awak, tapi awak perlu temankan saya malam ni, saya ambil awak lepas maghrib,'
'Terima kasih bos, ni saya sayang sangat dekat bos ni, saya keluar dulu bos,' Syifa mengenyit mata kanannya dengan tersenyum sambil membuka pintu.
'Saya pun sayangkan awak,' Perlahan suara Lut Mifzal. Terhenti langkah Syifa Amira, lalu berpusing semula ke arah meja Lut. Berdebar jantung Lut memandang Syifa, dia sangat berharap agar Syifa tidak mendengarinya.
'Bos!,' Syifa bercekak pinggang.
'Yer...yer awak, a..ada...apa Cik Syifa?,' Merah wajah Lut Mifzal sambil menelan liur.
'Itu kan....,' Syifa menunjukkan ke arah poket baju kemeja Lut Mifzal. Lut Mifzal segera memandang ke arah poket bajunya.
'Pen...pen saya tu? betullah tu, bos... pen kesayangan saya tu, dah tiga hari saya cari,' Syifa menghulurkan tangannya.
'Ermm...oh! sa..saya jumpa dalam fail, manalah saya tahu ini pen awak,' Lut Mifzal mengambil pen polo berwarna perak dan menghulurkan kepala Syifa.
'Kejap saya nak pastikannya,' Syifa membuka tudung pen, dan tertera huruf 'S dan L' di tepi sebelum hujung mata pen.
'Tan..tanda aper tu awak?,'
'Alhamdulillah, ada pun, ni... 'S dan L',' Senyum Syifa sambil menunjukkannya kepada Lut.
'S dan L?,' Berkerut dahi Lut Mifzal.
'S tu Syifa dan L tu, hihi, LION,' Tersengih Syifa.
'Hah? lion?, kenapa lion?,' Hampir mahu saja Lut Mifzal ketawa.
'Dulu kan bos pernah beritahu saya, bos bekerja seperti singa, singa kuat, supaya tidak di tindas oleh orang lain, jadi, saya pun nak jadi macam singa...grrr........ok, thanks bos sebab jumpa pen kesayangan saya ni, saya keluar dulu bos,' Senyum Syifa dan melangkah keluar dari bilik Lut sambil memeluk pen kesayangannya. Lut tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
'Tapi kenapa perlu tulis semua tu pada pen, pen? hmm....semuanya sama jerlah... Syifa-Syifa, tapi, macam pernah aku tengok jer pen tu,' Bisik hati Lut dan termenung seketika.
'Ini, adalah pen yang pernah kau berikan pada aku dulu, waktu tu, lagi lima minit aku akan menduduki peperiksaan kenaikan pangkat aku sebagai PA yang aku sandang sekarang ni, tiba-tiba pen aku jatuh ke tingkat bawah semasa aku menyelongkar beg untuk dapatkan i/c, itulah kali terakhir aku meletakkan beg di atas pagar balkoni berbatu tu, serik! nasib baik Lut ada temankan aku, dia lah yang berikan pen ni dekat aku, dengan berkata, 'jadilah kuat seperti singa, semoga awak berjaya, Cik Syifa Amira,' hmm.... Hotel Carlesia ni, bukan calang-calang hotel dekat Malaysia, nak naik pangkat perlu melepasi peperiksaan dulu, barulah adil, bukan memilih kasih, hmm...nampak rajin jer, terus naikkan pangkat, kita sebenarnya tak tahu, samada orang yang naik pangkat tu betul-betul berusaha atau ada yang menjadi suruhanjaya pilihan hati, aku suka hotel ni, adil! muah!,' Detik hati Syifa sambil duduk di kerusinya sambil mengukir senyuman.
'Seronok pula aku tengok reaksi dia , tadi tu, huh! nasib baik dia tak dengar apa aku kata, adakah dia akan tolak aku? atau terima aku ni?, hmm.... kencang pula degup jantung aku ni, ah! lebih baik aku habiskan kerja ni cepat, malam ni nak dinner dengan dia di tempat yang special tu, yeahh... ' Senyum Lut sambil membuka satu fail di atas mejanya.
'Klik!,' Satu mesej tertera di iphone milik Syifa Amira. Dia melihatnya.
'Ya Allah,'
'Kenapa Syifa?,' Berkerut dahi Adilla melihat reaksi Syifa yang sedang menekup wajahnya dengan tangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/126284533-288-k233813.jpg)
YOU ARE READING
DIA KEPUNYAAN TENGKU
De TodoMimpi tak pernah lupus namun sentiasa memberi seribu pengertian. Syifa Amira didera oleh suaminya. Kesabarannya hampir meragut nyawanya... Cinta sejati itu hadir dikala hatinya dalam kesedihan... Dia hadir sejak dahulu, namun dia hilang. Dan kini di...