Hari yang cerah, ibu Kota Scotland, Edinburgh kelihatan tenang dan nyaman. Tengku Emma duduk di kerusi luar sebuah kafe menghadap jalan, matanya tertumpu pada jalan berlorong itu dengan hati yang tidak tenteram dan berbolak balik. Sesekali memandang pejalan kaki yang melintas didepannya. Kopinya masih lagi panas.
'Emma dah buat segala yang ibunda minta, tapi Emma nak ibunda bongkarkan segalanya hari ni,' Tengku Emma memandang Tengku Carlesia dengan rasa hormat.
'Yer Emma, dah tiba masanya, ibunda akan ceritakan hal yang sebenarnya,'
'Sejak bonda dah tak ada, ibunda yang sentiasa ada dengan Emma, terima kasih ibunda sebab jaga Emma dari kecil,' Mata Tengku Emma bergenang duka.
'Ibunda sangat sayangkan bonda kamu, arwah adalah adik ibunda yang sentiasa ceria, berfikiran positif, selalu buat kelakar, tapi bila dia dah tak ada, hidup ibunda sunyi, rindu sangat arwah,' Tengku Carlesia memegang tangan Tunku Emma. Matanya berkaca.
'Bonda...,'Tengku Marliana memegang tangan Tengku Carlesia. Lembut tersenyum penuh keayuannya.
'Menantu bonda ni sentiasa kuat, rindu bonda pada kamu,'
'Bonda, tak rindu dengan Luhaidan ke?,' Tengku Luhaidan mengukir senyuman.
'Bahasa Melayu kamu sentiasa fasih, itu tandanya kamu yang merindui bonda,' Tengku Carlesia ketawa.
'Yer bonda, sentiasa Luhaidan rindukan bonda, keluarga kat sana, nak sangat balik ke Malaysia, dah berpuluh tahun bonda ulang alik ke sini, bonda pun dah berkedut kat sini, kat sini, kat sini,'
'Kamu Luhaidan, tak ganggu bonda tak boleh ke?,' Tengku Carlesia merjerling manja anak bongsunya.
'Bonda, dah tiba masanya Luhaidan balik ke Malaysia, nak merasa hidup dengan anak, keluarga kat sana, boleh tak bonda?,'
'Alhamdulillah, bonda izinkan sebab orang yang nak bunuh anak-anak bonda dah tiada lagi kat dunia ni, bonda syukur sangat, bonda dah tak sanggup berpisah dengan kamu semua, nanti kita ke New York, jumpa Tengku Mirza, dia juga nak balik menetap kat Malaysia,' Tengku Carlesia menyeka airmatanya yang hampir melimpah.
'Luhaidan baru jumpa abang minggu lepas, dia tak sabar nak balik menetap di Malaysia,'
'Assalamu'alaikum,' Kedengaran suara Lut Mifzal memberi salam di belakang Tengku Luhaidan.
'Wa'alaikumussalam,' Tengku Luhaidan menoleh.
'Allah, anak bonda, Tengku Lut Mifzal, akhirnya bonda dapat jumpa kamu,' Tengku Marliana memeluk Lut Mifzal. Air matanya tidak lagi tertahan.
'Lut, Ya Allah anakku..,' Tengku Luhaidan memeluk Lut Mifzal.
'Nenda, mama, siapa mereka, kejap Lut tak faham,'
'Lut, itulah bonda dan ayahanda kamu yang sebenar,' Tengku Carlesia bangun.
'Tapi nenda, Tengku Emmakan mama saya, ayahanda sayakan dah meninggal, terbabit dalam kemalangan di Surabaya,'
'Itu semua hanyalah untuk kaburkan mata dalang yang ingin merampas kedudukan dan harta kerabat kita, mereka nak bunuh anak-anak lelaki nenda, keluarga nenda telah berpakat dan nekad untuk sembunyikan kehidupan anak-anak lelaki nenda, sehingga dalang sebenarnya muncul,'
'Yer Lut, dalang tu adalah Tengku Mursyi seperti yang Lut tahu, akhirnya Tengku Mursyi telah dijatuhi hukuman kerana dadah dan Karman telah meninggal dunia, mama ni sebenarnya adalah sepupu bonda kamu,' Tengku Emma tersenyum.
'Maafkan nenda terpaksa buat semua ni,' Tengku Carlesia memegang tangan Lut Mifzal.
'Nenda, Lut dah faham, Lut bersyukur sangat sebab bonda dan ayahanda masih hidup, Lut rindu, rindu sangat dengan bonda dan ayahanda, sekarang keluarga kita dah bertemu semula, kita semua bersatu, Lut tak nak ingat masa sukar yang dah berlalu tu, Lut gembira hari ni, Lut ada bonda, ada ayahanda, nenda,' Lut Mifzal memeluk Tengku Carlesia, Tengku Marliana dan Tengku Luhaidan. Tetapi satu detik yang bahagia itu hanya sementara.
Pang!
Pang!
Pang!
Tiga das tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang membonceng motorsikal bersama penunggang yang berjaket hitam, wajah mereka tidak kelihatan kerana memakai topi keledar dengan visor gelap. Mereka memecut pergi namun kereta peronda polis yang berdekatan sempat mengejar.
'Ya Allah, awak...awak...Lut! Lut!,' Syifa menggigil, kudratnya seperti hilang, tubuhnya lemah melihat sekujur tubuh yang dicintainya berlumuran darah.
'Sa...yang,'
'Awak! awak! sedar..tolong sedar awak...buka mata awak...tolong jangan tinggalkan saya, anak kita...anak kita awak, tolong... awak.. Lut!...Lut!,' Syifa meriba Lut Mifzal.
'Ki..ta jum..pa di...sa..na... Laila....haillal...lah...,' Mata Lut Mifzal tertutup dalam deraian airmatanya.
'Awak!!... jangan pergi awak!!, tolong...bangun Lut! bangun!,' Syifa memeluk Lut Mifzal.
'Ibunda... Marliana, Luhaidan...Lut Mifzal ,' Tengku Emma menatap sayu empat tubuh yang dicintainya terbaring kaku berlumuran darah dihadapannya. Cinta yang didamba, kerinduan yang baru menerjah dan kesabaran hati itu dibawa bersatu di alam sana.
'Awak...bangun..tolong bangun, jangan buat saya macam ni, awak...'Syifa merapatkan bibirnya ke dahi Lut Mifzal. Airmatanya mencurah pilu.
'Syifa...sabar ya sayang, kamu perlu redha dan kuat demi zuriat kamu, pewaris kerabat Tengku Lut Mifzal,' Tengku Emma menyapa lembut bahu Syifa Amira yang sedang memangku Lut Mifzal.
YOU ARE READING
DIA KEPUNYAAN TENGKU
De TodoMimpi tak pernah lupus namun sentiasa memberi seribu pengertian. Syifa Amira didera oleh suaminya. Kesabarannya hampir meragut nyawanya... Cinta sejati itu hadir dikala hatinya dalam kesedihan... Dia hadir sejak dahulu, namun dia hilang. Dan kini di...