Chap 9

2K 160 3
                                    

“Christian sendirian pergi sana?! Kenapa tidak kasih tau saya plan kamu dua ni?” Danny memandang Berly.

“Christian tidak mahu kita semua terlibat. Dia cakap ini hal antara dia dan Roman..” Berly.

“Berly kau pun tahukan bahaya yang bakal dia lalui? Kenapa kau boleh setuju?” Becka.

“Tidak mungkin Christian dapat bawa Top keluar tanpa back up..” April.

April semakin gelisah mendengar berita itu. Dia fikirkan mereka semua akan pergi bersama membantu selamatkan Top. Rupanya Christian sudah membuat perancangan lain.

Berly memandang Danny. Dia cuba membuat eye contact dengan Danny. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak mereka semua berkumpul tadi.

Danny memandang Berly seolah-olah faham dengan renungan wanita itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Danny memandang Becka yang sedang menenangkan April.

“Guys..mari kita pergi bilik bawah tanah..” Danny.

Becka dan April melihat Danny dan Berly. Mereka dapat meneka pasti ada sesuatu. Kemudian mereka mengikut langkah Berly. Berly menekan butang di bawah meja kerja Christian. Kemudian rak buku di belakang tempat duduk Christian bergerak dan terbuka.

Mereka menuruni anak tangga menuju ke bawah tanah. Berly menekan butang di tepi dinding dan pintu  rak buku tadi tertutup semula. Ruang bawah tanah itu sudah di buat sejak tiga tahun lalu.

Christian sengaja membuat ruang itu untuk kecemasan. Ruang itu tidak ada isyarat telefon mahupun internet. Tidak ada alat device yang boleh menembusi ruangan itu.

Mereka tiba di tingkat bawah tanah. Tingkat itu mempunyai ruangan bilik pejabat yang sangat besar dan selesa. Berly menghidupkan lampu dan alat penghawa dingin. Mereka masing-masing mengambil tempat duduk.

“Ok gusy..this our plan..” Berly.

*****

Suasana luar banglo Roman kelihatan sangat sunyi ketika itu. Di dalam banglo pula riuh dengan bunyi muzik dan suara tetamu yang hadir. Roman telah menjemput beberapa orang  penting didalam kumpulan untuk meraihkan kemenangannya.

Walaupun Christian masih belum serahkan apa yang sepatutnya menjadi milik dia, dia sudah berjaya menawan Naga yang paling di geruni itu. Itu adalah pingat terbesarnya sebelum bersara dan menyerahkan empayarnya kepada Tony dan Aries.

Perbincangannya dengan Christian sejak beberapa hari lalu langsung tidak mendatangkan hasil. Christian kini menjadi tahanannya. Taring naga itu semakin tumpul. Puas dia belasah dan menyiksa Christian.

Walaupun Christian masih belum menurunkan sebarang tandatangan,itu bukan perkara besar untuk Roman. Apa yang penting dia sudah menawan naga itu. Dia tahu Jorim tidak akan ada apa-apa kekuatan dan kuasa tanpa Christian.

“Well done Roman! Finaly! That Dragon in your hand..” Seorang sahabat Roman yang dikenali sebagai Goro berbangga dengan kejayaan Roman.

“Im doing this for my right..” Roman ketawa bangga.

Roman memandang dua anak lelakinya. Tony yang sedang duduk di kelilingi gangster dan perempuan. Tony memang seperti dia,kuat dan bersemangat. Sangat sesuai menjadi penggantinya. Aries pula seperti mendiang isterinya,seorang yang pendiam dan tidak suka bergaul.

Sikapnya lebih menyendiri. Aries juga tidak berminat dengan Yakuza mahupun mana-mana kumpulan gansster yang ada. Sikap Aries sangat bertentangan dengan Tony.

Roman tidak peduli tentang Aries. Aries mahu mengikutnya datang ke kampung halaman sudah cukup memadai baginya.

Ketika mereka sedang sibuk berpesta. Christian sedaya upaya cuba membantu Top untuk sedar. Sejak mereka di kurung bersama,Top sangat lemah. Christian tahu adiknya itu sudah di berikan dadah. Dia berharap agar masa cepat berlalu dan mereka akan keluar dari tempat itu dengan selamat.

RED BUTTERFLY SEASON 5Where stories live. Discover now