Chap 3

3.5K 160 11
                                    

Mellisa cuba melelapkan mata. Namun matanya masih segar kerana hal tadi. Dia masih teringat tubuh Ayden yang menindih tubuhnya. Aroma tubuh badan Ayden masih dapat dia hidu. Lelaki itu berbau harum. Kulit tubuhnya juga sangat licin.

Mellisa rasa kesal kerana tidak sempat melihat wajah Ayden dengan lebih jelas tadi. Wajah Ayden masih samar-samar dalam ingatannya. Tetapi haruman tubuh badan Ayden dia tidak lupa.  Mellisa cuba sedaya upaya mengimbas wajah Ayden tetap gagal. Dia mencuba sehingga dia terlena.

Pagi itu awal pagi dia terjaga. Apabila dia menyedari Marta tidak berada di sebelahnya. Mellisa merasa segan jika bangun lewat. Dia bangun dan mengemas katil Marta. Kemudian dia terus keluar dari bilik Marta.

Marta dan beberapa orang maid berada di dapur. Mellisa menyapa mereka dan terus naik ke atas menuju ke bilik Kyla. Sempat dia melihat jam di dinding baru pukul 6.30 pagi. Dia melangkah kaki menaiki tangga.

Masuk sahaja kedalam bilik Kyla dia mula terasa sejuk. Cepat-cepat dia naik atas katil dan masuk dalam selimut. Kyla masih terlena dengan sangat nyenyak.

“Tahannya ko tidur sejuk-sejuk..saya sampai sakit badan..” Mellisa bercakap sendirian.

“Biasakan diri bah..” Kyla tiba-tiba bersuara menyebabkan Mellisa terkejut.

“Ko bangun sudah?!” Mellisa.

“Baru bangun...saya pura-pura tidur bila ko masuk tadi..” Kyla ketawa melihat reaksi wajah Mellisa.

“Ish ko ni..” Mellisa.

“Ko pigi mana?” Kyla.

“Nda tahan saya sejuk betul bilik ko...” Mellisa.

“Jadi ko tidur mana?” Kyla. Mellisa pun menceritakan pada Kyla tentang kejadian lewat malam semalam.

Kyla ketawa terbahak-bahak sehingga keluar air matanya. Rasa lucu mendengar cerita Mellisa yang di tindih oleh Ayden.

“Ketawalah...” Mellisa duduk peluk bantal. Rasa malu bila teringat kejadian semalam.

“Jadi abang saya ada marah ko kah?” Kyla. Mellisa geleng kepala.

“Mula-mula saja dia tinggi suara mungkin sebab terkejut..” Mellisa. Kyla ketawa lagi.

Tidak sangka pertemuan pertama Ayden dan Mellisa akan jadi seperti itu. Sejak kemarin lagi Kyla mahu kenalkan Mellisa dan Ayden tetapi Ayden langsung tidak keluar dari bilik. Dia mahu Ayden kenal dengan semua sahabat baiknya. Dia tahu Ayden rasa sunyi sejak kematian Cloe.

“Abang ko tu garang jugakah?” Mellisa.

“Urmm...saya nda perna tengok dia garang..tapi saya rasa dia mungkin garang...” Kyla.

“Maksud ko,dia nda perna marah ko?” Mellisa.

“Marah saya? Nda perna pun...” Kyla

“Walaupun sekali?” Mellisa.

“Ya. Nda perna...daddy sama mommy pun nda perna marah saya...tapi itu bukan lesen saya untuk buat yang tidak tentu. My parents and my big brither percayakan saya. Jadi saya akan jaga kepercayaan diorang. Lagipun teda sebab saya mo melawan..” Kyla.

“Bahagianya life ko Kyla...” Mellisa.

“Kenapa? Ko nda hidup bahagia?” Kyla mengerutkan dahinya. Mellisa tunduk. Belum perna lagi dia membuka kisahnya kepada sesiapa. Walaupun Kyla sahabat baiknya,dia tidak perna menceritakan apa-apa pada Kyla.

Kyla bangun dan duduk. Dia menarik wajah Mellisa melihat kearahnya. Dari pandangan Mellisa yang sayu dan kelopak matanya mulai berair Kyla tahu pasti Mellisa sembunyikan sesuatu.

RED BUTTERFLY SEASON 5Where stories live. Discover now