Chap 10

2K 150 3
                                    

RED BUTTERFLY SEASON 5
Part 10

Danny mengerutkan dahinya. Sudah dua hari dia tidak dapat tidur dengan lena. Christian masih berehat,Top juga masih dalam keadaan yang tidak stabil.  Nasib baik ada Berly dan Becka bersamanya.

“Heart? Are you ok?” Becka datang memeluk Danny dari belakang. Danny tersenyum.

“Just tired..” Danny.

“Why dont you take a nap..” Becka mencium lengan Danny yang tuff.

“I just cant..bila-bila masa saja Roman bawa geng Yakuza tu datang sini serang kita..” Danny. Becka mengeluh. Dia juga sangat risaukan keadaan mereka semua.

“Sampai bila kita mahu sembunyi? Kenapa kita tidak buat apa-apa tindakan?” Becka.

“Kita mesti tunggu Christian dulu..” Danny. Becka menutup matanya. Dia mahu menenangkan hatinya dan cuba melupakan masalah mereka untuk seketika.

“Love...?” Danny memanggil lembut.

“Yes?” Becka menjawab manja.

“Tonight......” Danny tersenyum. Becka faham maksud Danny. Tanpa berkata apa dia terus menarik Danny naik keatas katil.

Sementara itu Berly masih berada di bilik bawah tanah sendirian. Dia masih memikirkan tentang rasa curiganya. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang pelik dengan keadaan sekarang.

“Kenapa Roman masih belum datang sini? Dia tahu Christian dan Top berada di sini..apa yang dia tunggu lagi?” Berly bertanya sendiri.

Hal itu sangat merunsingkan Berly. Mengapa Roman masih belum mengambil apa-apa tindakan lagi sedangkan mereka semua tahu sifat Roman.

Berly menguap. Dia perlukan rehat supaya otaknya dapat berfikir dengan baik. Dia menutup lampu dan penghawa dingin. Perlahan dia melangkah naik ke atas.

Sampai sahaja di pejabat Christian,Berly terus menutup pintu bilik bawah tanah. Dia terus keluar dari ruangan pejabat itu. Keadaan di koridor sangat gelap. Berly terus mengunci pintu pejabat Christian.

Ketika melalui kawasan ruang tamu Berly seperti rasa pergerakkannya di perhatikan lagi. Berly melihat sekeliling yang gelap. Hanya cahaya dari dapur dan luar menembusi ruang itu.

Langkah Berly terhenti. Dia tahu ada seseorang di belakangnya. Berly menoleh perlahan. Memang benar ada seseorang di belakangnya. Dalam keadaan samar-samar dia tidak dapat melihat dengan jelas wajah orang itu.

“Siapa kau?!” Berly. Kedengaran suara lelaki ketawa. Berly terdiam.

“Kimberly Gold..!” Kata lelaki itu.

“Toba?!” Berly dapat mendengar dengan jelas suara Toba.

Toba tersenyum. Sudah lebih dari tiga tahun mereka tidak berjumpa. Toba tidak perna melupakan apatah lagi melepaskan Berly yang menyebabkan Kelly hidup menderita.

“Kau masih bijak seperti dulu!” Toba ketawa.

“Well...ko masih hidup rupanya.” Berly tersengih.

“Kau terlalu memandang rendah sama aku Berly..” Toba mencebik. Tidak senang di perkecilkan oleh wanita itu.

“Kenapa ko tiba-tiba muncul di rumah aku ni? Apa lagi ko mau?” Berly.

“Ko jangan berlagak Berly. Aku tahu sekarang kamu ada masalah besar sama Roman Wong. Aku datang sebagai amaran!” Toba

“Amaran? Apa maksud ko?” Berly.

“Kelly ada bersama Roman sekarang ni.” Nada suara Toba jadi perlahan tiba-tiba. Suaranya seakan menyembunyikan kesedihan.

Berly mengerutkan dahinya.

RED BUTTERFLY SEASON 5Where stories live. Discover now