Bab 3
Kemunculan hero baru!
Laluan koridor yang kini sunyi sepi menambahkan lagi kejanggalan antara Irina dan Adrian. Masing-masing memilih untuk mendiamkan diri.
Adrian menggaru-garu kepalanya. Bukan, bukan sebab gatal...eh, tolong sikit ye? Dia pakai syampo berjenama tau? Mana boleh ada kelemumur.Dia sebenarnya berasa buntu, janggal dan pelik. Yup, pelik. Mana tidaknya, sejak dari tadi lagi gadis yang baru dikenalinya sebentar tadi tidak mengeluarkan suara.Aik, bisu dah ke?
"Urmm, Encik Adrian... kita dah sampai."
Adrian membuat muka. "oh,come on lah Rina! Do I look like an old man to you? Sanggup awak panggil saya Encik?buang perkataan encik. Just Adrian. Bukan ke kita ni sebaya?" terbang sudah gaya 'cool' nya yang sedaya upaya dia tunjukkan. Kini dia amatlah pasti dirinya kelihatan seperti nenek tua yang sangatlah busybody.
Irina menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba menenangkan diri dan fikirannya daripada menghentak kepala si Adrian dengan buku setebal kamus Oxford yang berada dalam dakapannya.
"Baiklah, Adrian. Kita sudah sampai kat bilik guru.I've show you the way to teacher's room,now can I leave?saya ada hal penting yang perlu diuruskan"
Tanpa menunggu balasan daripada Adrian, Irina segera melangkah pergi meninggalkan Adrian yang kini keseorangan dihadapan pintu bilik guru dalan keadaan kebingungan.
"Hah,Irina!Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya memang nak jumpa kamu.Didn't Fridaus already remind you to come and see me? "secara tiba-tiba seorang jejaka dalam lingkungan 20-an datang menghampiri Irina.
Adrian yang masih berdiri bak tugu negara di hadapan bilik guru melihat Irina bersama-sama jejaka misteri dari kejauhan dengan perasaan yang bercampur baur.
seakan-akan sesuatu perasaan aneh yang bergelodak didalam hatinya pabila mata hazelnutnya melihat 'kemesraan' jejaka misteri itu bersama Irinanya.
Eh, jap... Irinanya?!
Bersambung.....
*******
Omg, persaingan baru ke??Hero baru?
Atau.... Something else?
Hahahah!! Banyaknya persoalan. Namun satu pun tiada jawapan. Hehehehehe, sebenarnya aku tipu. Makin korang baca makin banyaklah persoalan dan misteri yang bakal korang rungkai sendiri! Aku tak nak tolong~
*bisik*
Just bagi korang hint je. Korang kan cerdik.
YOU ARE READING
Dia Milikku
Teen FictionDia Irina Balqis, seorang gadis yang sering digelar "gadis Robot "kerana dirinya selalu menunjukkan muka serius dan tegas sepanjang masa Hal ini menyebabkan dirinya sering kali di sisihkan oleh rata-rata pelajar Einstein Private School. namun diriny...