Bab 10

61 4 6
                                    

Bab 10
I warn you...

"Lepas ini kita nak pergi mana,Irina? "Tanya Adrian dengan nada yang teruja sambil berjalan beriringan dengan Irina.

Irina menghela nafas berat. Dia memberhentikan langkahnya secara mendadak sebelum memusingkan badannya menghadap Adrian bersama pandangan yang kosong.

Langkah Adrian turut terhenti. Dia berasa tercengang-cengang. 'Aik? Kenapa berhenti?'desis Adrian.

Irina mendekati Adrian dengan perlahan-lahan.Kedua-dua belah tangannya memeluk buku teks Kimia Tingkatan Empat dan bekas pensel kuat-kuat. Bagaikan melepaskan amarah yang sedari tadi ditahanya kepada buke teks yamg tidak berdosa.

Adrian automatiknya mengundurkan diri apabila terasa seakan-akan ada aura yang membunuh datang daripada Irina.

Irina membuka mulutnya lalu memanggil nama Adrian dengan nada yang perlahan.Cukup untuk didengari oleh Adrian seorang.

"Adrian....."

Dengan serta-merta bulu roma Adrian menegak bak tiang lampu. Peluh jantannya mengalir perlahan-lahan kerana berasa seram sejuk yang amat.

"I-ia??" hanya itu yang mampu Adrian luahkan. Selebihnya simpan di dalam hatinya.Terasa kecut perutnya melihat Irina yang seperti sudah dirasuk oleh 'benda' itu.

"I warn you...please don't ask questions every second when we walk together be honest,It's kind of annoying. Plus,saya tidak suka oraang bertanya soalan yang sama  berulang-ulang kali."

Adrian terkedu.Sungguh, ini kali pertama dia diberikan amaran daripada perempuan selain nenda dan mommy nya.Dia seakan-akan terkena culture shock!

Irina menghela nafas berat.Dia berasa amat yakin yang Adrian akan membencinya setelah melihat diri sebenarnya.

Dia tidak suka berpura-pura untuk  menjadi seseorang yang bukan dirinya.

Dirinya yang sebenar umpama robot yang bernyawa. Mempunyai jatung dan hati, tetapi tidak dapat untuk merasai perasaan yang dinamakan "kasih sayang"

Kerana dirinya bersikap  pasif akan keadaan dan reaksi orang di sekelilingnya,membuatkan Irina agak sukar membiasakan diri sewaktu berbual atau berinteraksi dengan remaja sebayanya.

Ditambah lagi dengan perangai manusia yang suka menilai dan kurang memahami, Irina bertekad untuk membunuh hatinya.

Semua ini bukan pilihan yang mudah namun itu sahaja lah cara untuk menyelamatkan seketul daging didalam dirinya daripada terus terluka.

Dia perlu juga mengambil risiko tersebut dengan memadamkan semua memori suka, duka dirinya sebagai "Irina Dulu".

Ahli keluarganya sahajalah yang memahami keadaan yang sedang Irina alami.

Mereka cuba memberikan dirinya ruang dan masa untuk kembali kepada dirinya yang asal.

Irina yang sudah tenggelam dalam lamunannya tersentak apabila terdengar suara orang yang ketawa bersebelahan dengannya.

Irina memandang ke arah Adrian yang sedang sakan mengelakkan dirinya dengan pandangan tajam.

'Memang sahlah Adrian ni sewel. Ataupun sudah putus urat sarafnya... Tiba-tiba saja gelak macam Joker dalam cerita Batman, apahal? ' getus hatinya.

Bersambung....

Dia MilikkuWhere stories live. Discover now