One

724 27 0
                                    

 Esok, 28/10/2017, kursus khas untuk CEO-CEO muda bakal berlangsung selama tiga hari di Eagle Island. Oleh itu, hari ini, seawal jam 8 pagi lagi, Taeil sudah bersiap-sedia untuk bertolak ke Eagle Island bersama pengawal peribadinya, Jueun. Sementara menunggu kehadiran Jueun, Taeil yang merupakan anak tunggal berbual sebentar dengan papa dan mamanya. "Jaga Jueun elok-elok. Kalau Mama dan Papa tak sibuk, bolehlah kami teman Taeil" pesan mama Taeil. "Jangan risaulah Mama. Tahulah dia jaga dirinya sendiri. Taeil pun dia boleh jaga apatah lagi dirinya sendiri" kata Taeil. "Kami tahu Jueun pengawal peribadi Taeil tapi dia tetap seorang wanita yang perlu Taeil lindungi. lebih-lebih lagi pada waktu dia tak bertugas. Dia cuma jadi pengawal peribadi Taeil waktu siang je. Waktu malam tak. Ingat tu" pesan Papanya pula. "Ya Papa. Taeil ingat semua tu"

 "Taeil jugak akan jaga maruah dia sama macam Taeil jaga maruah diri Taeil dan maruah diri keluarga kita. Itu janji Taeil pada Papa dan Mama" ujar Taeil. Papa Taeil menepuk bahu Taeil tanda dia bersetuju dengan kata-kata anaknya. Tidak lama kemudian, Jueun berlari masuk ke kawasan laman rumah sambil mengheret bagasinya. Dia kelihatan kelam-kabut. Belum sempat Jueun diberi ruang untuk bernafas, Taeil terus menyoalnya. "Kenapa lambat?" "Saya dah siap awal tapi teksi pulak sampai lambat. Maafkan saya Tuan" jawab Jueun dalam keadaan tercungap-cungap. "Masukkan bagasi dalam kereta cepat. Kita dah lambat" arah Taeil. "Saya kena duduk depan ke belakang?" tanya Jueun. "Duduk depan. Saya bukan driver awak" sindir Taeil. "Jangan ambil hati ye Jueun. Perangai Taeil memang begitu" kata Mama Taeil kepada Jueun. "It's okay Aunty. Saya tak kecik hati atau terasa pun" ujar Jueun.

 Usai bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada Papa dan Mamanya, Taeil dan Jueun memulakan perjalanan. Perjalanan dari Seoul ke Eagle Island mengambil masa selama 3 jam. Memandangkan Jueun masih tidak mempunyai lesen memandu, Taeil seoranglah yang perlu memandu selama 3 jam. Keadaan menjadi agak janggal bagi Taeil dan Jueun memandangkan mereka tidak tahu untuk bercakap mengenai apa. Walaupun mereka sudah berkenalan selama 2 minggu, perasaan kekok masih ada dalam diri masing-masing. Jueun sibuk membelek telefon bimbitnya. Taeil pula fokus memandu. 30 minit kemudian, barulah Taeil bersuara. "Maaf pasal tadi Jueun. Saya tak berniat nak sindir awak. Saya tak tahu apa yang saya fikirkan masa tu" "It's okay Tuan Taeil. Saya tak ambil hati pun. Dah memang salah saya sebab sampai lambat" kata Jueun. "Awak dah bersedia untuk mula bertugas esok?" tanya Taeil.

 "Mestilah dah sedia. Saya dah tak sabar-sabar nak pakai baju yang Tuan bagi semalam. Semalam saya dah cuba dan memang sesuailah baju tu dengan saya" jawab Jueun teruja. "Awak pakai baju apa-apa pun tetap nampak cantik" puji Taeil tiba-tiba. Muka Jueun bertukar merah. Jueun terpandang cermin sisi, agak lama. Tidak lama kemudian, dia toleh ke belakang untuk memeriksa sesuatu. "Kenapa ni Jueun?" Jueun tidak menjawab pertanyaan Taeil sebaliknya dia hanya tersenyum sahaja. 2 jam kemudian, Taeil berhenti di kawasan rehat dan rawat kerana dia terasa penat dan lapar. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk berehat sebentar sambil menikmati sarapan pagi. Mereka mengambil keputusan untuk berkelah sahaja berhampiran kereta memandangkan Jueun sudah membawa nasi goreng sebagai bekalan. "Nahh, ini nasi goreng untuk Tuan. Saya tahu Tuan suka nasi goreng jadi saya buatkan nasi goreng untuk Tuan"

One More Time [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now