Seven

260 15 0
                                    

  Taeil yakin lelaki itu adalah Chrono. "Serahkan ClockWish tu cepat!" pinta lelaki yang dipercayai Chrono itu. "Kau siapa?! Kenapa kau nak sangat ClockWish ni?!" tanya Taeil berani. "Aku Chrono dan kau tak perlu tahu apa aku nak buat dengan ClockWish tu. Sekarang serahkan ClockWish tu kepada aku. Jangan buang masa aku" kata Chrono. "Aku takkan serahkan jam poket ni kepada kau! Takkan sesekali!" jerit Taeil sambil memapah Jueun. Dia perlu bawa Jueun ke tempat yang selamat walaupun dia tidak tahu sama ada Jueun masih hidup atau sudah tidak bernyawa lagi. Chrono tidak bercakap banyak. Dia terus menembak Taeil dengan pistol lasernya. Taeil, yang mengendong Jueun di belakang badannya, terus melarikan diri walaupun pergerakannya agak perlahan. Dia perlu selamatkan dirinya dan Jueun daripada Chrono. Dipendekkan cerita, Taeil berjaya membawa Jueun keluar dari gudang lama itu.

 Mereka berdua selamat buat sementara waktu kerana Chrono perlu pulang ke tempatnya untuk membaiki pistol lasernya. Hal ini demikian kerana sebelum Taeil melarikan diri, dia sempat membaling batu besar ke arah pintu laser Chrono. Akibat hentakan yang kuat, pistol laser Chrono rosak teruk. Taeil kini berada di sebuah pelabuhan. Dia membaringkan Jueun sebentar sementara dia menghubungi teksi. Dia perlu pulang ke rumah tepi pantainya dengan segera dan seterusnya memikirkan cara untuk menghalang Chrono daripada mencuri ClockWish. Usai menghubungi teksi dan memaklumkan lokasi semasa, Taeil terus mendapatkan Jueun. Dia meletakkan kepala Jueun pada ribanya. Dia memeriksa jantung dan nadi Jueun. "Dia masih hidup..... Tapi kenapa dia masih tak sedarkan diri?" Taeil hairan. Tidak lama kemudian, Jueun tersedar daripada pengsan yang lama. "Syukurlah awak dah sedar Jueun! Awak tak apa-apa?" Taeil gembira kerana Jueun sudah sedar.

 "Saya....saya ada di mana? Awak pulak siapa?" tanya Jueun dalam keadaan mamai. "Kita ada di pelabuhan dan saya Taeil. Awak tak ingat saya?" tanya Taeil semula. "Pelabuhan? Taeil? Maaf tapi saya tak kenal awak. Nama saya pun saya tak ingat" maklum Jueun. Taeil terperanjat. "Awak jangan main-main Jueun. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bergurau" "Jadi nama saya Jueun? Kalau awak tahu nama saya, maknanya awak kenal saya. Kalau begitu, boleh beritahu segala-galanya tentang saya?" pinta Jueun. Taeil bertambah terkejut. "Takkanlah dia hilang ingatan akibat tembakan laser di kepala tu... Ya nama awak Jueun dan awak betul-betul tak ingat apa-apa?" "Ya, saya betul-betul tak ingat apa-apa. Saya tak tahu nama saya, saya tak tahu kenapa saya berada di sini, saya tak tahu apa hubungan awak dan saya." ujar Jueun.

 "Ini tak bagus. Kalau dia tak ingat apa-apa, macam mana aku nak bagitahu kisah sebenar dan minta dia pulang ke tahun 2117? Kalau aku bagitahu pun, mesti dia ingat aku mereka cerita dan tak betul" Taeil mula gusar. Dia kemudiannya mengeluarkan sebuah jam poket (ClockWish) dan menunjukkannya kepada Jueun. "Awak masih ingat tentang jam poket ni?" tanya Taeil. "Wahh cantiknya jam poket tu. Awak beli di mana?" tanya Jueun semula. Dia sememangnya sudah hilang ingatan. Taeil termenung panjang sebelum bersuara semula. "Awak yang berikan jam poket ni kepada saya dan untuk pengetahuan awak, awak sebenarnya teman wanita saya. Kita datang ke sini, Eagle Island untuk bercuti" Taeil terpaksa berbohong. "Sa...Saya teman wanita awak? B-B-Betul ke ni?" Jueun terperanjat. "Ya Jueun. Awak teman wanita saya. Kalau awak bukan sesiapa, takkanlah saya boleh kenal awak" kata Taeil selamba.  

One More Time [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now