Bab 3

11 0 0
                                    


SEMENTARA menunggu makanan yang dipesan sampai, Shahir menolak sekeping kad berbentuk seperti kad cinta berwarna merah jambu ke arah Fasha.

"Apa ini?" Terkebil-kebil mata Fasha.

"Nota cinta Shahir untuk Fasha. Ambillah," balas Shahir.

Fasha tenung Shahir. Dia tersenyum sinis.

"Saya tak nak," tolak Fasha.

"Terima sajalah. Saya memang nak beri pada awak," pujuk Shahir.

"Tak nak," bentak Fasha lagi.

Tiba-tiba satu suara menyapa mereka.

"Cikgu Shahir?" panggil suara itu.

Shahir dan Fasha pandang si empunya suara itu. Terkedu Shahir bila melihat Wanie bersama muka mencukanya itu. Sudah, tiba-tiba saja Wanie muncul. Tidak kena masa. Shahir segera bangun.

"Awak buat apa kat sini, Wanie?" soal Shahir.

Wanie mencerlung Fasha dengan pandangan cemburu.

"Siapa perempuan di sebelah Cikgu Shahir ini?" Soalan berbalas soalan.

Bulat mata Fasha bila mendengar soalan itu. 'Siapa aku? Kakak tiri kau!' jawab hati Fasha.

Shahir pula sudah tersenyum-senyum. Otaknya sudah terjana satu idea yang mungkin berhasil membuat Wanie berhenti mengganggunya.

"Wanie, kenalkan ni Fasha Danea, bakal tunang saya." Shahir mereka cerita.

"Haa?" Bukan Wanie sahaja yang terkejut bila mendengar pengakuan Shahir, Fasha pun sama.

Wanie pandang muka Fasha.

"Cikgu Shahir tolak cinta Wanie mentah-mentah semata-mata untuk perempuan ini? Apa yang ada pada diri dia, yang tiada pada Wanie? Wanie sudah lakukan macam-macam cara untuk menambat hati Cikgu Shahir. Tapi, Cikgu Shahir langsung tidak mahu beri peluang pada Wanie!" Wanie ungkit segala kebaikan yang pernah dia lakukan pada Shahir dahulu.

Fasha tergamam. Dia mahu menjawab untuk membetulkan keadaan. Namun mulutnya bagaikan digam untuk berbicara.

Shahir tenung muka Wanie.

"Saya rasa saya tak perlu jawab soalan awak. Saya sudah terangkan semuanya semasa awak ambil Raihal di sekolah tadi," sindir Shahir.

"Wanie tetap tidak puas hati! Mengapa Cikgu Shahir pilih dia?" bidas Wanie.

"Cinta tidak boleh dipaksa, Wanie! Hati saya menginginkan Fasha, bukan awak. Bagaimana saya mahu meneruskan hidup bersama awak kalau hati saya ada pada Fasha?" jawab Shahir serius. Apa, cinta ini umpama barang dagangankah? Cinta ini melibatkan hati dan perasaan. Satu perkara yang tidak boleh dibuat main.

"Wanie tak peduli! Wanie mahu Cikgu Shahir pilih Wanie!" desak Wanie.

"Saya sudah buat pilihan. Saya pilih Fasha. Maaf," tegas Shahir lagi.

Wanie hentak kaki lantas terus keluar dari restoran itu.

Shahir menghela nafas lega apabila bayang Wanie sudah hilang daripada pandangan matanya. Agak-agak memang gaya Wanie hentak-hentak kaki dahulu sebelum pergi begitu sahaja kot? Ah, tidak kisahlah! Yang penting, Wanie sudah beredar!

"Kenapa mengaku yang saya bakal tunang awak? Tidak memasal si teddy bear itu cemburu! Saya peliklah dengan awak. Awal-awal lagi sudah tolak cinta dia. Saya juga yang awak terhegeh-hegeh nak." Bengang Fasha mengenangkan tindakan Shahir tadi.

"Sekejap, awak panggil dia teddy bear?" Meletus tawa Shahir.

Fasha tepuk dahi.

"Jangan ubah topik, okey!" bidas Fasha keras.

Mr ABC Miss Mata DuitanWhere stories live. Discover now