"Amirul jom makan"jemput ibunya selepas amirul sampai ke rumah.
Ketika makan , Amirul termenung dan tersenyum seorang diri.
"Kamu ni kenapa senyum macam tengok emas ni? kamu ok tak?"Tanya Ibunya yang risau tentang anaknya"ok je. Ibu , abang balik tk minggu ni?"
"mungkin"
"oh ok.Saya sudah kenyang. Terima Kasih ibu masakkan".Kata AmirulMasuk sahaja biliknya, Amirul membuka baju dan masuk ke tandas.
Di dalam tandas pun termenung memikirkan Perempuan yang baru bertemu dengannya.Selepas mandi, Amirul pun baring di atas katilnya dan melihat telefonnya.
Tiada seorang pun yang mesej nya..Hanya ada pesanan tentang drama nya sahaja...Amirul Pun Tertidur memikirkan tentang pelajar baru di kelas mereka tadi..."Ayra Ayra Ayra"....Amirul terbangun kerana terkejut dengan mimpinya tadi dan elok sahaja dia bangun , ibunya masuk ke bilik untuk mengejutnya.
"Kamu ok tak?"
"hmm..entahlah. Takpe lah ibu keluar dulu nanti saya turun"
"Apa Yang aku fikirkan ni" ayat itu bermain dikepala Amirul sehingga dia termenung di mana- mana sahaja
"Takkanlah kot. Aku dah terkena ke?"
'DEMAM CINTA?'