"Maaf Natasha, saya terpaksa meninggalkan awak."
Amirul terbangun terkejut kerana termimpi perkara yang sama.
"Adakah perkara yang sama akan terjadi sekali lagi?"Bisik Amirul yang tidak boleh menerima kenyataan.
Pada esoknya, dia pergi ke kelas Natasha untuk bertemu dengannya tetepi satu berita mengejutkan yang bahawa Natasha sudah berpindah ke luar negara mengikut bapanya.
"APA?! NATASHA PINDAH! KENAPA MESTI AKU YANG MERASAKAN PEDIH HATI INI!"jerit Mirul didalam hatinya.
Dia berasa amat sedih.Setelah satu kegembiraan datang, satu malapetaka terjadi.Dia seolah-olah orang yang paling sedih di sekolah itu apabila tahu yang Natasha pindah ke luar negara mengikuti bapanya atas urusan kerja.
Dia pulang ke rumah dengan muka yang sangat muram.Dia melihat ke arah telefonnya dan mendapati ada mesej yang tertulis:
"Amirul Maafkan Saya Kerana Tidak Beritahu Awak Yang Saya Nak Pindah. Ada Jodoh Kita Bertemu Ya?
I❤️U Mirul""Kenapa Natasha?Aku sayangkan kau."
Kata Amirul sambil menangis.Pada esok hari, sampai sahaja Amirul di sekolah, Danish terus kejarnya.
"Amirul, Ada berita buruk"Kata Danish Keletihan.
"Apa dia?"Tanya Amirul
"Ayra, Dia Baru je meninggal dunia semalam kerana terlibat dalam kemalangan kereta nya.Keluarganya selamat, dia je yang tidak"Kata Danish.
Amirul jatuh, dia jatuh ke lantai seperti kakinya tidak berfungsi lagi.Dia menjadi lemah, fikirannya kosong.Dia lagi sekali telah kehilangan seorang lagi insan yang paling dia sayang.
"Bertabah bro. Aku faham"kata Danish.
Lidah Amirul kelu , dia tidak boleh kata apa-apa.Dia bukan kehilangan kata2 cinta, tetapi kehilangan cinta hatinya.
"Apa salah aku? sampai kena macam ni?"tanya Amirul sambil menitiskan air mata kepada Danish.