Penyesalan

17 2 0
                                    

"Ini ke tanda-tanda yang aku dapat dalam mimpi itu?Sungguh aku menyesal, sungguh aku menyesal."Kata Amirul pada malam tersebut.

Selepas sahaja kejadian tu terjadi, Amirul terus berubah menjadi dirinya yang dulu.Dia selalu kemurungan dan termenung memikirkan kejadian yang telah dilakukannya.Dia amat menyesal.

"Kalaulah aku ada mesin masa untuk ulangi semula hari tersebut , aku pasti buat dan luahkan apa yang aku rasa terhadap kau Ayra."Kata Amirul.

Sekarang dia sering bersendiri didalam biliknya.Dia seolah-olah orang baru menggantikan Amirul yang lama.Setiap hari berdoa kepada tuhan agar ditemukan kembali bersama buah hatinya.

"Adakah aku berubah pendirian aku demi seorang wanita?Tetapi hati aku memang sudi, kenapa aku terluka sebegini rupa?"tanya Amirul didalam hatinya.

Hari orientasi Tingkatan 1 telah tiba.Amirul dapat memasuki kelas yang kedua kerana keputusannya yang cemerlang.
Tetapi

Dia masih tidak gembira.Tiada satu benda pun yang boleh buat dia gembira melainkan bertemu semula dengan Ayra.Dia berharap Ayra tidak jadi berpindah dan masuk ke sekolah yang sama dengannya.

Our FutureWhere stories live. Discover now