"Kau yang mainkan aku,Bae Jiseul!"Aku terus memandang ke arah Jungkook. "Saya mainkan awak?"
"Kau tipu keluarga aku untuk kahwin dengan kau.Kau guna ilmu sihir kan?"
Aku rasa muka aku macam diberi tamparan berkali-kali dengar perkataan-perkataan tu daripada Jungkook.
"Saya malas nak cakap,dengan awak.Terserahlah awak nak fikir apa.Saya nak tidur."Aku mengiringkan badan aku membelangkangkan Jungkook lalu menyumbat earphone ke dalam telinga.Aku malas nak dengar apa-apa sekarang ni.Jungkook memang melampau.
Tiba-tiba Jungkook memberhentikan kereta di bahu jalan.Earphone yang aku pakai dia cabut dengan kasar.
"Bila aku nak kau dengar,dengar.Jangan kurang ajar sangat."
"Awak menyakitkan hati saya,buat apa saya dengar?"balas aku dengan linangan air mata.
Jungkook terkesan dengan kata-kata aku lalu memandang mata aku lama."Ikutkan hati,aku tak nak sakitkan hati kau.Kalau kau tak paksa aku kahwin dengan kau,mungkin aku layan kau baik."
Jungkook memegang rambut aku yang tergurai di hadapan lalu menyelitkannya di belakang telinga aku.Dalam sekelip mata,Jungkook menolak aku sehingga belakang badan aku terkena pintu kereta."Sebab aku suka kau."
Jungkook terus mencium bibir aku kasar tanpa sempat aku cakap apa-apa.Nafas aku mula tak teratur tapi aku cuba mengawalnya.Bila Jungkook cuba menyelak baju aku,aku terus memegang tangannya.Hati aku hancur,dia suka aku sebab benda ni bukan sebab suka aku sepenuh hati.
"Awak bukan suka saya,awak suka saya untuk ini."
Kata-kata aku membuatkan Jungkook tersentak,dia terus menjauhkan diri daripada aku dan kembali memandu seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Bunyi sesuatu pecah di dapur membuatkan lamunan aku terhenti.Aku mengerutkan dahi.Aku dah tak bela kucing,macam mana boleh jatuh?
Tiba-tiba dua lelaki bertopeng memunculkan diri dengan pisau di tangan mereka.Bullshit.
"Bagi apa yang kitorang nak."
Aku mengeluh perlahan,nasib baik aku hanya membawa beberapa not duit sahaja.Selebihnya tertinggal di kereta Jungkook.
"Saya tak ada barang kemas,saya cuma ada beberapa won je."
"Kau,pergi tengok bilik dia.Biar aku-"Lelaki yang lebih tinggi itu memandang aku dengan pandangan lain macam.Aku rasa tak sedap hati dan hanya mampu berdoa kepada Tuhan agar dia tak buat apa-apa kat aku.
"Rompak maruah dia."
Damn!Aku mengundurkan diri sejauh mungkin namun malang menimpa apabila aku jatuh terduduk di atas sofa.Tanpa aku sedar,air mata mengalir laju dan orang yang aku fikir sekarang ni cuma Jungkook.
"Janganlah nangis."Lelaki tinggi itu mula mendekati aku dan cuba untuk menyentuh aku tapi aku menepisnya tangannya berkali-kali. "Jangan!Keluar dari rumah aku!!!"Lelaki tinggi itu terus menampar aku sekuat hati sehingga bibir aku berdarah.
"Kalau kau nak hidup,bagi je apa aku nak?"Lelaki tinggi itu mengacukan pisau di leher aku,membuatkan aku tertelan air liur.
Lelaki tinggi itu mula bertindak agresif bila dia menolak aku sehingga terbaring.Aku berusaha sedaya upaya untuk melepaskan diri tapi sia-sia.
"Kau milik aku,perem-"Belum sempat lelaki itu menghabiskan kata-katanya,dia sudah jatuh terjelepuk di lantai.
"Jangan mimpi,dia aku punya seorang."
YOU ARE READING
[UNCOMPLETED] 11:11 | Am I Your Wishes? + jjk
Fanfiction"Are we end up already?" +++++ "Aku akan-" "..pastikan kau terseksa kahwin dengan aku."