21 | I Need You

1K 87 61
                                    

"Macam mana awak boleh demam,Jungkook?Semalam awak okay je?"kata Lisa sambil memegang dahi aku.Aku tidak mengendahkan kata-kata Lisa.Fikiran aku melayang memikirkan di mana Jiseul berada.

Tiba-tiba tombol pintu berpusing lalu muncul seseorang di sebalik pintu dengan senyuman namun dalam beberapa saat senyumannya memudar.Aku berasa puas melihat riak mukanya.Baru dia rasa perasaan aku.

"Tak boleh lama lagi?"perli aku terhadapnya.Jiseul memandang aku dengan pandangan geram.Kisah pula aku,dia tidak sepatutnya meninggalkan aku dengan lama. "Awak kenapa?" Jiseul menyoal aku sambil mengetap bibir.

"Kau itu yang kenapa.Apa kau buat dengan Yugyeom?Curang?" soal aku sinis sambil menjelingnya. Jiseul tergelak dengan kata-kata aku membuatkan aku memandangnya tajam.Perempuan ini..

"Apa awak kata?Curang?Awak itu tak curang?" kata Jiseul lalu memandang ke arah Lisa.Lisa membuat muka menyampah dengannya. "Perempuan macam kau tak layak untuk dia,Jiseul.Kau terlalu murah untuk dia."

Jiseul memandang Lisa sambil menaikkan sebelah kening. "Oh,ya?Kau pula-"

"Diam,perempuan." Aku memotong kata-kata Jiseul kerana jengkel dengan perangainya.Cukuplah berpura-pura.Aku muak dengan muka naifnya.

"Jungkook..."

"Aku telefon tak berangkat.Kau ingat aku apa?"

Jiseul menundukkan muka sambil mengenggam tangannya.Aku dapat merasakan badannya menggigil.

Selepas beberapa minit,Jiseul mengangkat mukanya.Aku terkejut kerana pandangannya penuh amarah bukan wajah merah dengan air mata yang mengalir seperti selalu.

Dia berjalan ke arah aku lalu merampas telefon daripada tangan aku.Mukanya dingin,aku hampir tidak percaya ini Jiseul.

"Awak nak saya curang sangatkan?" Jiseul memandang tepat ke arah mata aku lalu mendail nombor seseorang dan meletakkan telefon itu ke telinganya.

"Taehyung-ah."

Mata aku membesar apabila mendengar nama lelaki itu.Jiseul...apa kau cuba lakukan?

"Awak boleh datang hospital?"

"...."

"Tak,bukan saya."

"...."

"A..awak datang ambil saya.Bilik nombor 11.Saya perlukan awak." Aku bagai mendengar hati aku meretak apabila mendengar Jiseul berkata seperti itu.Aku terus merampas telefon itu daripadanya dan memandangnya.

"Apa kau buat ini?"

"Curang.Itu yang awak nak sangat kan?"

Aku tersentak lalu menggigit bibir.Kenapa dengan dia kali ini?
Aku memandang Jiseul,muka dia kosong.Tidak berperasaan.Di mana Jiseul yang lemah untuk aku?

"Kau..."

"Hei,perempuan.Kau nak dia sangatkan?Ambil." Jiseul memandang Lisa sambil menaikkan sebelah keningnya.Aku bagai tidak percaya dengan apa yang aku dengar.Dia..dia betul-betul nak tinggalkan aku..kenapa sakit sangat ini?Kenapa aku ada perasaan macam ini?

"Jiseul..." Aku cuba memanggilnya namun diendahkan.Aku memandang ke arah matanya,pandangan lembut Jiseul...tak ada.Muka dia dingin dan dia tidak teragak-agak untuk meninggalkan aku.

"Jiseul?" Suara ini tidak lain tidak bukan milik Taehyung.Jiseul menolehkan kepala ke arah Taehyung dengan senyuman,membuatkan aku hampir gila.Dia tidak sepatutnya tersenyum untk lelaki lain selain aku.Gila,aku memang sudah gila!Aku sepatutnya menyukai Lisa tapi sekarang perasaan untuk Lisa itu kosong.Aku hanya mempergunakan dia untuk membuat Jiseul sakit hati dengan aku.Ah,kejamnya aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 20, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[UNCOMPLETED] 11:11 | Am I Your Wishes? + jjk Where stories live. Discover now