Bunyi penggera jam membuatkan mata aku terbuka luas.Dengan keadaan mamai,aku mengambil telefon di tepi katil lalu ditutup.Aku menggosok mata untuk menghilangkan ngantuk.Jungkook yang masih terlena aku perhatikan.Dia memang ideal type aku.Boleh jadi comel dan boleh jadi kacak.Wajah Jungkook yang tertidur dengan mulut separuh terbuka membuatkan aku tersenyum sendiri.Dia masih nampak naif walaupun perangai dia liar.Aku tak dapat kawal perasaan aku untuk mencium dahinya.Jungkook nampak terganggu membuatkan aku terus menjauhkan diri.Tak pasal-pasal aku kena maki.
Kaki aku melangkah menuju ke dapur untuk membuat sup ayam.Cuaca yang sejuk selepas hujan memang sesuai untuk membuat sup ayam,lagipun Jungkook suka sup ayam.
Aku mengambil pengikat rambut lalu mengikat rambut aku style ponytail.Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sup ayam aku kumpulkan.Dada ayam yang dibeli di pasar raya minggu lepas aku keluarkan agar ia mencair.
Aku leka memasak sehingga tidak sedar yang Jungkook berada di belakang aku.Aku cuba mengawal pernafasan apabila Jungkook merangkul leher aku dari belakang lalu meletakkan kepalanya di bahu aku.Dahi aku berkerut apabila dahinya terasa panas.Aku memusingkan badan aku lalu menolak badannya perlahan.Jungkook hanya memandang aku dengan muka pucat.Aku memegang dahi Jungkook dan lehernya.Sah,demam.
"Awak duduk dulu.Saya nak habiskan masak sup ni.Nanti awak boleh makan." Jungkook nampaknya mengabaikan kata-kata aku.Dia merangkul leher aku semula dan meletakkan kepalanya di bahu aku.Mulut Jungkook tidak berkata apa-apa.
Aku mengeluh perlahan lalu membalas pelukan Jungkook.Dia semakin mengeratkan pelukannya bila aku balas pelukan dia.Aku menepuk belakang badannya perlahan seakan menepuk badan budak kecil.Tiba-tiba aku rasa geli hati.Aku yang kena hujan paling banyak tapi dia pula yang demam.Jungkook,Jungkook.
"Saya yang kena hujan awak pula demam."
"Kau hidup setahun dari aku tu yang antibodi kau kuat." balas Jungkook dalam dakapan aku.Suara dia agak serak. "Ada-ada jelah awak ni."Aku tertawa kecil sambil mengusap kepalanya.
"Aku suka peluk kau.Aku macam pernah rasa pelukan ni.Hangat dan selesa." Dahi aku berkerut apabila mendengar Jungkook berkata seperti itu. "Jungkook,awak ada accident ke?"Dia mengeleng di dalam pelukan aku.
Dia tak accident tapi kenapa dia macam ni?Kalau dia hilang ingatan mestilah Halla atau Yein bagitahu aku tentang hal ini tapi diorang cuma kata Jungkook berubah.Itu je.Hem,perasan aku je agaknya.Aku terlebih tengok drama.
"Jungkook,saya hantar awak duduk kat sofa ya?"
"Tak nak.Aku nak peluk kau."
"Habis siapa nak masak?Awak?"
"Yelah.." Jungkook mengangkat kepalanya lalu membuat muka.Aku mencubit hidung Jungkook dan cuba untuk memapahnya namun Jungkook menolak. "Aku demam je pun."kata Jungkook lalu berjalan dengan perlahan menuju ke sofa.Aku hanya mengukirkan senyuman ke arah Jungkook dan menyambung memasak sup ayam yang terbengkala tadi.
Sup ayam yang siap dimasak aku masukkan ke dalam mangkuk kecil.Mangkuk kecil berisi sup ayam itu aku letakkan di atas meja makan. "Jungkook-ah.Kajja?" Jungkook memandang aku lama sebelum mengangguk perlahan.
Jungkook menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan aku.Aku menghulurkan sudu besi kepada Jungkook.Dia membalas huluran aku dan terus menghirup sup itu tanpa meniupnya terlebih dulu.Akibatnya, bibir Jungkook merah kerana sup tadi.Aku tersenyum sendiri.Dia masih sama.Cuai.
"Awak masih sama."kata aku dengan senyuman terukir.Aku mengambil sudu daripada tangan Jungkook lalu meniup sup ayam itu untuknya.Aku menghalakan sudu itu ke mulutnya tapi dia buat gaya yang comel.Hati aku hampir cair dan itu salah satu sebab tangan aku bergerak dan akibatnya sudu aku pegang tadi jatuh dan terkena tangan aku.Adoi.
YOU ARE READING
[UNCOMPLETED] 11:11 | Am I Your Wishes? + jjk
Fanfiction"Are we end up already?" +++++ "Aku akan-" "..pastikan kau terseksa kahwin dengan aku."