01 | Bab 1

3.4K 185 50
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku


TAHUN 2019

10 TAHUN SEBELUMNYA.

AKU menoleh ke arah pemandangan di cermin kereta ibuku. Mataku terpaut dengan bangunan yang tersergam indah di hadapan mataku.

Hari ini merupakan hari pertamaku menjadi remaja berumur 16 tahun di sekolah elit ini. Aku merupakan pelajar baru dan ini pertama kali aku menjejak kaki ke sekolah ini.

Setibanya di pintu pagar utama, aku mencium lembut tangan kanan ibuku sebelum digalas beg Body Glove berwarna ungu dan botol air dipegang erat di tangan.

Setelah kereta ibuku berlalu dari ekor mata, aku terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah dengan bismillah agar aku dapat dipermudahkan sepanjang berada di sini. Haish, berdebar pula hati ni.

Tatkala aku berjalan mengelilingi bangunan yang teramat sunyi ini, malah hanya sesetengah pelajar sahaja yang dapat dilihat. Jam di tangan aku mula menunjukkan pukul 7:00.

Lewat ke?

Aku menuju ke pejabat sekolah yang sememangnya aku ikut melalui arah yang telah dilabelkan. Nak tanya pengawal sekolah, macam tak selamat pulak. Tak pepala kena label mengorat pak guard.

Ketika aku menyusuri bangunan pejabat yang gelap, aku dapat merasakan ada seseorang di belakangku. Haba! Itu, yang aku rasa.

Aku mahu berpaling ke belakang dan menegurnya. Namun, kepala aku seolah-olah berkata tidak! Jadi, aku membuat keputusan untuk berjalan tanpa menoleh.

Langkahku terhenti akibat kaki yang umpama dipaut dengan batu. Lututku terasa lemah. Figura itu turut berhenti. Aku perlahan-lahan memandang wajah insan di belakangku.

Perlahan-lahan dan Ya Allah, alangkah terkejutnya aku.

Insan itu ialah lelaki?. Berkemeja biru ala-ala pengawas sekolah. Bersongkok hitam umpama pendakwah. Segak bergaya dan ada rupa. Badannya lebih tinggi dari aku. Yerlah aku hanyalah setinggi 160.

Badannya kira-kira 180 cm atau kurang. Mata aku ralit memandangnya sehingga anak matanya menikam anak mataku. Aku terdiam. Tidak mampu berkata-kata.

Dalam matanya, sungguh indah apabila ditatap. Sesuci murni saja aku tengok mata dia ini. Lama kami berpandangan sehingga dia menyebut.

Astaghfirullahalazim.

Lelaki itu terkesima lantas menundukkan wajahnya. Aku pun begitu tetapi aku beralih ke arah lain. Lama kami berdiam sehingga aku mula ingin berundur setapak  sebelum dia sempat bersuara.

"Aulia Mardhiah?"

'Aduh cair aku dengar suara dia!'

"Ye saya"

"Aku diarahkan untuk bawa kau ke pejabat sekolah. Ni arahan daripada pengetua" tegas suaranya umpama menggunakan suara veto seorang pengawas disiplin.

"Ye?. Kenapa kau tak bagitahu aku tadi? Aku ni sesat dari tadi baru nak bagitahu? Eh eh" kepala digelengkan tanda kecewa. Patutlah tak jumpa pejabat dari tadi, ada orang mengikut rupanya.

Dia mula tertawa kecil. Aku terpersona melihatnya, namun aku masih tahu batas-batas pergaulan sebagai seorang gadis.

"Jomlah" aku berkata.

"Okay okay"

Kami mula bergegas.




SEPANJANG perjalanan pulang dari pejabat sekolah, kami banyak mendiamkan diri. Tiada langsung suara yang kedengaran. Lagipun, aku bukannya petah berbicara.

Blind Girl Where stories live. Discover now