19 | Bab 19

960 79 3
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

1 Syawal

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar..

PAGI hari raya pertamaku dimulakan dengan pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Aku dan ibu menuju ke masjid berdekatan rumah dengan berjalan kaki.

Usai pulang daripada masjid, aku terus bersiap-siap dengan pakaian baju raya. Mesti ramai yang tertanya-tanyakan? Hahaha. Aku mengenakan baju kurung moden serta shawl berwarna pink muda. Inner pun aku pakai, kang kena marah ngan ibu pulak.

 Inner pun aku pakai, kang kena marah ngan ibu pulak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lawa ke dak aku nih? Hehe. Stokin of course aku pakai, sebab takut ada kaum adam yang akan datang rumah aku. Tak boleh harap jugak.

Lagi-lagi dia tu. Sapa lagi kalau bukan si Haidar ngan Farish. Dua-dua tak boleh diharap. Aku syak, ibu dah text diorang untuk datang. Ikut hang lah nohh..

Twit..twitt..

Bunyi mesej yang baru masuk dari fon aku, menyentak akan aku yang nak pin jarum kat tepi telinga. Mujur aku sempat lepas, kalau masuk jugak dalam telinga aku. Aku jatuhkan hukuman gantung buat si penghantar mesej itu. Ambiklah hang nanti.

Tangan kanan terus menggapai telefon aku yang berada di atas katil. Skrin telefon yang menyala dengan mesej tanpa nama, membuatkan aku hairan. Siapa lak dia ni.

Unknown
Hai

Me

Waalaikumussalam :)


Unknown

Hehe. Hallo dear. My baby sis, buat pe tu?


Me
Maaflah, saya tak berminat untuk mendapatkan insurans 🤗 Takdir saya, saya berserah kepada Allah SWT.


Unknown

Eh ini bukan insurans, kami dari perkhidmatan bank islamic ingin menjemput anda ke....

Me
Maaf, salah number. Matriaye


Aplikasi Whatsapp aku tutup. Malas mahu berbual dengan manusia yang suka membuang masa orang lain. Banyak benda lagi aku kena buat kat bawah.

Blind Girl Where stories live. Discover now