40 | Bab 40

861 64 3
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku


"SAH?"

"Sah!" tutur kedua-dua saksi dengan penuh yakin.

Akhirnya tamatlah juga usia hidup berbujang aku. Aku tak mampu memikirkan bagaimana bride lain mampu nampak gembira ketika mereka disahkan menjadi milik seorang lelaki yang mereka cintai.

Mungkin mereka gembira kerana ayah, ibu, saudara-mara mereka ada bersama. Aku tidak dan tidak akan sesekali. Terbit juga rasa mahu mempunyai keluarga. Mungkin aku ditakdirkan mempunyai peluang bersama keluarga dalam keadaan yang singkat. Mungkin Tuhan telah tentulah yang masa bersama keluarga aku bersama suami lebih lama.

InshaAllah.

Naufal menghampiriku yang berada di belakang tirai. Dia, seperti pengantin lelaki lain. Berpakaian baju melayu bersampin serta bersongkok. Makcik-makcik bawang yang tidak dijemput turut hadir bersama bagi menambahkan dosa mereka.

Ada tadi aku dengar yang mereka katakan Naufal tak layak buat gadis yang buta. Ada yang katakan bahawa aku tersalah pilih kerana Naufal ada kerja, aku menganggur. Ah, biasalah kan. Dosa mereka itu lebih tinggi.

Aku merasakan Naufal memaut tangan kananku dan terasa jari manisku diselitkan dengan satu benda. Benda apa lagi kalau bukan cincin.

Kemudian, pergelangan tanganku tiba-tiba dipakai sesuatu. Aku mahu bertanya namun aku gentar jika soalanku mampu membangkitkan pandangan orang ramai.

Bau wangian daripada badan Naufal mula mencium di sekitar tubuhku. Haba juga makin terasa apabila Naufal mencium dahiku selepas aku menyalaminya.

"Aulia" panggil Naufal perlahan.

"Hm?" Aku angkat kepala untuk memandang wajahnya meskipun tak mampu.

Sedih, itu yang aku rasa sekarang ini.

Pengantin lain di hari bahagia dapat menikam mata masing-masing. Menikam mata! Alahai, seronoknya jika aku dapat lakukan perkara sedemikian. Tapi, aku tak mampu.

"Terima kasih" katanya lalu mencium dahiku sekali lagi. Bunyi makcik bawang dah bunyi. Haa, sudah.

Nak ke makcik? Nikahlah, nikah.

Spontan selepas itu, muka aku merona merah. Tak pernah lagi aku merasakan perasaan malu jika berada bersama Naufal. Kali ni, lain sikit.

Kan dah halal. Hak hak.

"Untuk apa?" soalku perlahan.

Naufal menyentuh kepalaku lembut dan berbisik di telinga kananku.

"Terima kasih sebab cintakan saya"

Mehh, haba mula naik ke suhu yang tinggi. Usikan Naufal membuat hatiku berdegup kencang. Eh eh, dia ni.

Usai majlis akad nikah, majlis kecil-kecilan diadakan. Keluarga Naufal menjemput saudara mara dan keturunan kerabat mereka. Manakala aku, mereput di sofa ruang tamu.

Blind Girl Where stories live. Discover now