29 | Bab 29

826 64 8
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku



TONGKAT berwarna silver dipegang erat di tangan kanan. Langkah kaki dibawa masuk ke dalam dan belum sempat aku melangkah,  dia sudah terpelecok.

"Shit!" getusku perlahan. Dengan muka tahan malu, aku bangkit semula dan mula berjalan seperti biasa. 

"Ehh bos! Meh saya tolong" suara Helena mula menyapa. Tangannya menyentuhku, namun aku menepis tangannya kasar.

"Tak payah. Aku boleh jalan sendiri. Aku buta je, bukannya cacat"

"Haih,  yelah bos. Tapi, saya ikut bos dari belakang tau" ujar Helena. Aku endahkan  dan mula berjalan semula seperti orang buta.

Dah sah kan aku buta,  mestilah aku jalan as orang buta. Bukannya macam orang biasa.  Beginilah kehidupan aku,  sunyi tanpa teman dan kisah yang terpendam pada masa lalu,  masih aku ingat.

Apabila kiraan langkah sudah tepat, aku mula menarik kerusi dan duduk. Beginilah rutin aku setiap kali ke kafe, kira langkah mana meja yang selalu aku akan duduk. Kemudian, seharianlah aku duduk di situ mendengar suasana kafe.

"Bos nak air?"

"Tak nak" tegasku.

"Makan? Mesti bos lapar kan kan? Kek tiramisu ada, bos nak?" soal Helena dengan gaya ingin mengumpan.

"Tak nak. Kau bagilah iphone atas pinggan sekalipun,  aku tak akan makan. Aku tak ada mood nak makan hari ni. Kau blah je lah before aku hempuk kan dengan tongkat aku"

"Yelah, yelah. Kalau ada apa-apa, bagitahu tau"

"Hm" aku angguk sahaja. Helena mula beransur.

°°°

NAUFAL POV

Stereng kereta aku pusing ke kanan dan tempat parking aku hampiri. Kereta aku tempatkan di hadapan sebuah kafe kemudian,  aku mula melangkah masuk ke dalamnya.

'Ya Allah, rindunya aku'

"Assalamualaikum" kataku di meja kaunter. Seorang gadis manis menjawab. Aku terus bertanya.

"Cik Aulia ada?" jari jemari diketuk beberapa kali di atas meja.

"Ada. Encik siapa?"

Anak mata gadis itu mula meliar-liar di sekeliling kafe seolah-olah mencari seseorang. Haih,  pandanglah muka aku yang hensem ni, nak jugak dia pandang belakang aku.

"Saya kawan dia"

"Kawan mana? Kawan tadika ke kawan sekolah rendah ke kawan sekolah menengah ke kawan universiti ke kawan serumah ke kawan sejati ke kawan-"

"Kawan sehingga jannah" balasku menghentikan bebelannya.

Banyak kerenah jugak lah budak ni. Aku lempang kang pecah jugak manis dia tu jadi masin.

"Hokay. Kejap eh, saya tanya si empunya dulu kalau nak jumpa"

Aku mengangguk dan dia mula menuju ke tingkat dua. Almaklumlah, kafe ni ada dua tingkat. Selalunya tingkat dua ni hanyalah untuk pasangan halal sahaja.  Alah, like romantic date ah kat atas ni. 

Blind Girl Where stories live. Discover now