05 | Bab 5

1.4K 120 12
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

Setibanya kami di kem, kami diarahkan untuk mendirikan khemah. Disebabkan form 4 tinggal 8 orang sahaja BSMM, aku tidur dengan Shafiqah, Nisa dan Aisya. Yang lain Farah, Fizah, Rina dan Khai tidur di sebelah khemah kami.

Seperti yang diarahkan kami form 4, perlu menyediakan makanan buat semua ahli. Kemudian, kami mula berarak ke satu tempat yang lapang dan makanan diagihkan.

Apabila ternampak satu tong besar yang berisi dengan nasi di dalam, aku dan Aisya segera mengangkatnya lalu diletakkan ke atas kerusi. Berat tu tak payah tanya, teramat sangat.

Lauk yang sudah siap dimasak, kami susun dengan kemas di atas meja hidangan. Apabila terlihat kelibat peserta BSMM, kami bersedia untuk mencedok nasi dan lauk.

"Lebih sikit dik!"

Aku keluh. Garangnya abang.

"Eiw, banyak sangat ni"

Aku jeling. Mengada.

"Tambah lagi. Lapar ni"

"Pft, ayam pedas"

"Nak sayur"

"Weh, nak pinggan satu"

Satu persatu alasan kami tahan dengan sabar. Geram tu tak payah tanya, rasa macam nak lempar je senduk ni.

Setelah tiba giliran Hanif, aku menghulurkan senduk kepada Shafiqah. Malas lah nak letak, nanti kena marah pulak. Jadi, aku ke stesen yang lain di mana aku diarahkan untuk mengisi air.

Aku mengambil satu gelas lalu diisikan dengan air oren, belum sempat aku minum, air tersebut telah dirampas.

Aku menjengel mataku dengan kasar malah suaraku sudah mula ingin keluar sebelum..

Hanif memadangku dengan senyuman palsu. Air yang aku ambil tadi sudah berada di tangannya malah tinggal separuh.

"Thanks. Tahu-tahu je aku nak isi air kejap lagi"

Err..




SELEPAS ASAR, akan diadakan pertandingan bola tampar antara pasukan. Pasukan BSMM lawan KRS.
Pengakap lawan Puteri Islam. Yang lain lawanlah juga. Bomba lawan Polis.

Aku mengambil tempat di atas pasir dan di tempat teduh bawah pokok. Tikar yang tersediakan sudah penuh.

"Go BSMM!"

"Go KRS!"

"Go Pengakap!"

"Go Puteri Islam!"

"You can do it, you can do it,!!"

"Fight! Fight!"

Sorakan demi sorakan semakin gamat kedengaran. Aku jadi tak keruan bila dengar. Mana satu BSMM punya sorak pun aku tak tahu.

Semua berpakaian berwarna sampaikan aku tak cam mana satu pasukan aku. Tapi, bila nampak Hanif, tahu dahlah pasukan aku duduk mana.

Gaya dia bermain tu lasak gila. Terpaku aku. Pantas cekap. Well ketua pengawas wajib hebat. And yang penting nak jaga maruah agar sentiasa macho.

"Aulia, BSMM dapat pergi ke peringkat akhirlah!" jerit Shafiqah di sebelahku. Dia memegang lenganku.

"Yeke?. Tak sedar pulak dah pusingan akhir. Rasa baru di permulaan" aku cuba mencari helah. Cover malu.

Blind Girl Where stories live. Discover now