"Lee."
"Manis." Tangan mereka bercantum, senyum mereka bersatu. Senyum yang lebih kepadda kerisauan berganda untuk Lee.
"Panggil saya, Uncle Lee." Tambah Lee lagi.
Anak kecil berumur dalam lingkungan lima tahun itu mencondongkan kepala. Memandang Lee dengan dahi berkerut seribu."Kenapa Manis tak boleh panggil Papa?"
Huh?"Papa?" Paparich? Aku setakat sepuluh ringgit adalah.
"Ibu Manis kata, uncle ni Papa Manis." Confident dengan riak bersungguh-sungguh.
"Ibu?" pakat ulang balik perkataan-perkataan yang Manis sebut.
"Ibulah. Ibu tu ibu Manis, isteri Papa." Ahhh... sudahh... datang mimpi mana pulak tiba-tiba dia ada isteri ni... masak...
Riak Dane sama terkejutnya seperti air muka Lee waktu Manis mula-mula menerpa padanya petang itu. Manis dah hanyut dibuai mimpi. Tidur beralaskan tilam nipis hapak yang memang terdiam di ruang tamu. Lena berselimut Dora the Explorer yang cukup-cukup membalut tubuh kecil itu. Perlahan daun pintu dirapatkan. Selipar jamban diparkir di rak kasut.
"Anak siapa pulak ni?" Soal Dane. Dia ambil tempat di sebelah Lee. Lee hulur kotak Malboro Lite pada teman serumahnya itu. Sebelum Dane mintak, biar dia dulu suakan. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima kan.
"Manis."Dane berpaling dari menghidupkan rokok.
"What?" Zaman bila punya nama tu.Dan sejenis Lee lah kalau tidak menjawab soalan yang ditanya.
"Dia kata, nama dia Manis."
O...key. "Dan?"
"Dia kata aku Papa dia." Rokok nak tiba dihujung disedut sehingga habis. Muncung rokok selamat mencium asbak.
"Bermakna?" Dane masih kelam dengan hala tuju perbualan ini. Lee buat muka sebal. Teruk benar pemahaman budak Dane ni.
"Aku tahu kau sekolah tak habis, tapi bangang tu jangan tunjuk sangat. Nanti orang benci." Tempelak Lee, sakit hati bila Dane tayang muka bodoh. Yang tidak dibuat-buat bodohnya.
"Maksud aku, betul ke kau ni Papa dia?"Dane betulkan soalan agar tidak distereotaipkan sebagai bangang oleh Lee. Sesungguhnya, lelaki yang macho seperti dia tak sesuai dikatakan bangang. Hanya Lee saja yang tak menjelaskan betul-betul. Apa ingat semua orang reti baca fikiran.
"Kau rasa?" Lee pulang soalan dengan soalan. Dia juga tak ada jawapan. Orang kata, budak kecil tak pandai menipu. Dalam kes Manis ni, tak pasti lagi sama ada budak kecil itu bercakap benar atau tersilap orang. Ikut hati Lee, dia pilih alasan kedua. Entah celah mana dari ingatannya yang hilang sampai Manis teganya mengaku dia sebagai bapa. Simpang malaikat 44. Teruna yang suci dan naif lagi dia ni.
"Tak ada surat rujukan ke? Atau gambar pengesahan?" Bahasa pegawai kerajaan. Dah ala-ala kaunter pertanyaan di pejabat pendaftaran negara.
Amboi. "Kau ingat ini pertukaran pelajar ke? Ada... Gambar mak dia katanya. Aku rasa aku pernah nampak perempuan tu, tapi aku tak ingat kat mana." Still, disini masih lagi dia mahu mempertahankan tahta kesuciannya.
Dane mengangguk macam kaunselor tak bergaji. "Mana gambar tu?"
Lee juih bibir ke meja kopi tepi kerusi malas yang penuh barang. Mangkuk maggi dua minggu lepas pun masih tersadai tak bercuci. Dane memanjangkan badan ke depan, mencapai kepingan gambar itu dengan hujung jari.
"Kalau aku pernah nampak, kau pun mesti sama kenal. Cuba kau ingat balik." Lee cuba memancing ingatan Dane. Dia sendiri memang tak boleh nak recall siapa perempuan yang didakwa sebagai ibu Manis itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/128572810-288-k473257.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Manis
HumorDalam satu pertemuan tak dijangka di depan rumah, Lee terjerat di dalam permainan yang tidak menguntungkan dirinya. Masakan tidak, dia terpaksa membela Manis yang tiba-tiba sahaja muncul di depan pintu dan mengaku dia berbintikan Lee! Gila. Memang...