3%

2.7K 316 94
                                    


HYUNG.

🍳🍳🍳

Jarum pendek tepat berdetik pada nombor 6.30 petang, Jungkook memakirkan kereta hitam miliknya.

Seusai itu, Jungkook keluar dari perut kereta lalu mengorak langkah ke pintu. Pin password pada pintu keselamatan dimasukkan.

Jungkook mendaratkan beg kerjanya di bawah lantai sebelum menangkap imej Jihyo yang sedang melihat anak tangga.

Jungkook tersenyum "Jadi tangga tu lagi dapat perhatian awak daripada saya lah ye?", Jungkook melakukan lakonan cemburunya.

Jihyo tersentak dengan kehadiran suara itu pantas menoleh "Jungkook!", jerit Jihyo.

Jihyo berlari anak terus menghentam tubuh Jungkook, dipeluknya badan jejaka itu. Jungkook pula membalas pelukan tersebut dengan putaran 360°.

Memang ini rutin harian pasangan JungHyo saat Jungkook balik dari kerja pasti dan mesti Jihyo menyambut kepulangan jejaka itu dengan satu pelukan hangat.

Dahi dilagakan, senyuman pula tidak langsung lekang "Macam mana hari-hari awak?", kata Jungkook menjauh.

"Berbeza"

Jungkook berkerut dahi penuh tanda soal "Apa yang beza?"

Senyuman ringkas tapi manis itu dihadiahkan kepada Jungkook, 5 saat berdiam.

"Taehyung oppa dah balik", senafas ayat sahaja dapat membuatkan Jungkook terbentang mata luas.

JungSHOOK dibuatnya "Dia ada dekat mana sekarang?"

"Bilik tetamu", jawab Jihyo.

Tanpa berlengah mendengar sahaja kepastian keberadaan Taehyung lantas sahaja Jungkook ingin menapak menaiki anak tangga.

Tetapi dihalang Jihyo, dada Jungkook ditahannya. Jungkook mampu melihat dari arah ini sahaja.

"Apa kata kita bagi dia masa berehat kejap? Dia baru balik sayang, kesian oppa", tutur Jihyo.

"Tapi awak tahukan 8 tahun saya berpisah dengan hyung saya", bidas Jungkook mempamerkan wajah simpati.

Jihyo menerkup kedua pipi Jungkook "Saya tahu tu, tadi saya nampak dia penat sangat. Mungkin sebab penat sangat dia suruh saya hantar makanan dalam bilik dia"

Jungkook mengangguk lemah.

"Sekarang lebih baik awak pergi mandi dulu dan lepas tu makan. Lepas makan, awak boleh jumpa oppa okey?", nada ayat akhir dicomelkan.

Jungkook mencebik "Okey sayang" dicium sekilas pipi Jihyo.

Itu mencuit hati Jihyo sendiri "Alaa awak ni, tak lari pun lah oppa tu"

Seketika Jungkook tersentak"lari?" mata Jungkook yang tadi seperti bayi kini kelihatan marah. Dia benci perkataan tu, dia tak suka.

"Jangan sebut perkataan tu lagi", kata Jungkook dingin tanpa menoleh malah hanya melangkah pergi.

Jihyo terkasima "Hurm???"


🍳🍳🍳


; ❀ Jihyo's pov.

; ❀ Jihyo's pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] 𝘮𝘰𝘭𝘦 | TaehyungWhere stories live. Discover now