꿈
DREAM.🍳🍳🍳
Terlihat akan sekujur tubuh jejaka dikenali berlumuran darah di atas tengah-tengah jalan yang gelap dan kelam.
Song Ji Hyo dengan tidak sengaja terlihat tubuh itu. Jihyo menjadi curious lalu didekatkan dirinya pada tubuh itu secara perlahan.
Semakin hampir dirinya ke tubuh itu semakin tidak teratur sistem pernafasannya. Terasa dirinya hilang kawalan, nafas pula tiba-tiba menjadi sesak dan lututnya terasa lemah, air mata pula sudah jatuh mengalir.
Mulutnya diterkup terkejut melihat sekujur tubuh yang berlumuran darah itu ialah Jeon Jungkook, suaminya.
"Sa-ha-sa-sayang!", jerit Jihyo ketakutan melihat keadaan Jungkook. Biji mata hitamnya bergetar kerana takut dan keliru.
Jihyo lantas menapak jauh.
Sesekali Jihyo dikejutkan oleh pancaran cahaya kenderaan yang menyilaukan pandangannya. Bunyi enjin kenderaan itu cukup jelas ditelinga.
Ye memang betul sangkaan Jihyo bahawa itu adalah kereta sedang bergerak semakin melaju dengan halaju pecutan seperti mahu melanggar tubuh Jungkook yang sudah seperti mayat itu.
Jihyo makin terkejut dipandang silih berganti kereta itu dan tubuh lemah Jungkook "SAYANG!! ANDUWAE!! JEON JUNGKOOK!! JUNGKOOK!!!!!!!!!!!!!!"
VRRROOOMMM!! BOOM!!
"ARGHH!!", jerit Jihyo tercangkung sambil menerkup telinga, air mata deras tidak henti mengalir.
Dirinya terasa takut melihat secara langsung tubuh Jungkook dilanyak kereta. Jihyo cuba untuk lari tetapi hakikatnya kakinya terasa mati.
Kereta tadi dikuak pintu seseorang, mata kabur Jihyo menangkap kurang jelas gerangan yang gila membunuh Jungkook sebegitu kejam.
"K-KAU SIAPA HAA!!", marah Jihyo seiringan dengan tangisan.
Sepertinya gerangan itu seorang lelaki, lelaki itu lalu mencangkung agar dirinya sama paras dengan Jihyo, Jihyo terkejut bagai nak gila.
Taehyung.
"Hei sayang, apa sayang buat dekat sini? Aww shush", jari telunjuknya menyentuh bibir Jihyo "Jangan cakap apa-apa, aku tahu kenapa sayang ada dekat sini"
Jari jemari Taehyung galak mengusap menghapuskan air mata Jihyo. Jihyo mengigil ketakutan memandang lelaki itu.
Tersedu-sedan Jihyo disitu.
YOU ARE READING
[C] 𝘮𝘰𝘭𝘦 | Taehyung
Fanfiction❝You loves my mole and you kiss them everyday❞ + perasaan cemburu menebal membuatkannya hilang arah, dia mahukan kembali hak miliknya. Dia; Kim Taehyung. ©2017, julaikhaaa ❀ kim taehyung ❀ song ji hyo