15%

2.4K 278 109
                                    

WARNING:
Tiada TaeHyo moment.




🌸🌸🌸

이복 형제
STEP BROTHER

🍳🍳🍳

"Kau nak apa?", tanya Taehyung dingin.

Memandang dengan perasaan marah dan dendam yang sudah lama tersemat simpan didalam hati. Dirinya diajak secara tiba-tiba oleh perempuan bernama Puan Kim.

"Mana manners kau orang muda? Ingatkan lepas masuk penjara kau lebih beradab", sinis wanita 40-an itu.

Taehyung tersengih tidak percaya "Yang patut masuk penjara tu, kau Puan Kim ohh aniy sepatutnya suami kau yang patut masuk penjara"

"Aww sekarang kau nak ungkit pasal kematian bapak kau ke?"

Melihat sahaja wajah dibuat-buat Puan Kim itu sedikit sebanyak membuatkan hati nya panas membara.

"Kau nak apa sebenarnya jumpa aku ni?", soal Taehyung mengetap gigi menahan api kemarahan dari meletus.

"Saja, nak tengok muka anak aku lepas keluar penjara"

"Aku bukan anak ka-"

"Yes you're. Accept the fact son, aku lahirkan kau 9 bulan 10 hari", kata Puan Kim menaikan api kemarahan Taehyung.

"Kau tak pernah sekali pun lawat aku dekat penjara dan kau tahu tak, aku memang tak berharap langsung kau lawat aku. Kesimpulan dekat sini, aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni", ujar Taehyung bingkas bangun dan terus pergi.

Belum sempat Taehyung pergi lebih jauh "Song Ji Hyo macam mana?"

Nama gadis itu menusuk ke gegendang telinga, di toleh ke arah Puan Kim dengan wajah yang mendata.

"Tak sangka Taehyung, yeoja yang selama ni mendapat tempat pertama dalam hati kau kini beralih hati dekat orang lain dan lebih teruk lagi orang lain tu Jeon Jungkook", saje Puan Kim mahu melihat riaksi Taehyung bagaimana.

"Kau-"

"Oh yeah, aku dah tak boleh panggil Song Ji Hyo sekarang. Aku kena panggil dia Jeon Ji Hyo bajayeo Kim Taehyung-sshi?", senyuman kejahatan Puan Kim dapat menambatkan hati Taehyung untuk membunuhnya sekarang juga.

"Kau nak apa dengan aku? Urusan kau dengan aku tak ada kena mengena dengan Jihyo", bidas Taehyung.

Puan Kim turut bangun memandan Taehyung yang lebih tinggi daripadanya "Memang aku tak ada urusan apa-apa dengan Jihyo tapi titik kelemahan kau ada pada dia. Kau faham maksud aku?"

Taehyung mengepal tangan menahan geram "Kau" "Nak" "Apa?"

"Aku nak kau meringkuk dalam penjara selamanya", jawab Puan Kim.

Kini senyuman sinis bertukar pula ke wajah Taehyung "Suami kau bunuh Appa kandung aku, kau ambil semua harta Appa lepas dia kena bunuh dengan suami kau, kau buang aku. Apa lagi kau na ha? Well denda aku dah habis Puan Kim dan aku rasa orang dah lupa pasal kematian anak kau, Kim Guan Lin"

[C] 𝘮𝘰𝘭𝘦 | TaehyungWhere stories live. Discover now