사기꾼
LIAR.
🍳🍳🍳
; ❀ Jihyo's pov.Setelah Taehyung pergi, aku termenung sekejap memikirkan hal tadi. Apa yang baru sahaja lepas berlaku? Taehyung kenapa?
Aku menetapkan pendirian aku bahawa dia sebenarnya mabuk ye dia mabuk nothing more.
Kemudian telinga aku menangkap bunyi kod pin masuk rumah ditekan, itu pasti Jungkook dengan pantas aku berlari ke katil dan pura-pura tidur.
Aku sendiri tidak pasti kenapa aku perlu lakukan itu sedangkan aku tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Mungkin sebab aku takut Jungkook akan tanya banyak soalan, macam kenapa aku terjaga malam-malam ni dengan muka pucat?
Aku memejamkan mata dan terasa katil bergerak seperti nya Jungkook berada disebelah aku dan keadaan kembali tenang.
Aku terasa Jungkook melingkari tangannya memeluk aku dan bibirnya pula mendarat di rahang aku. Aku nak lebih dari sekadar ciuman, susah sangat kah permintaan itu?
"Sayang, saya tahu awak tak tidur lagi", kata Jungkook membuatkan aku tertanya-tanya macam mana dia tahu?
"Ma-cam mana awak tahu?", soal aku memusingkan tubuh menghadapnya.
"Saya terserempak dengan Taehyung dekat depan pintu bilik kita"
Terkejut? Ye!
"Ta-Taehyung oppa?", harap sangat Taehyung tak kata apa-apa pasal hal tadi.
"Ye, dia kata awak tak boleh tidur. Awak minta dia temankan awak tidur. Jaga dekat depan pintu", jawab Jungkook.
; ✿ End pov.
"Penipu", desis hati Jihyo "A-Awak percaya?"
Jungkook tidak menjawab kerana terlalu penat dan telah disorong masuk ke alam mimpi yang indah.
Jihyo mengeluh, sudahlah hari jadinya tidak diingat Jungkook.
Nasib dirinya mempunyai sifat kesabaran yang tinggi kalau tidak sudah lama dia minta cerai dengan Jungkook.
🍳🍳🍳
; ❀ Taehyung's pov.
Ini bukan apa yang aku harapkan selama 8 tahun aku dalam penjara yang penuh dengan dosa-dosa lama.
Kerusi beroda ditarik aku untuk duduk berhadapan meja berlaci. Seusai duduk, laci belah kanan aku buka dan terdapat sekeping gambar si dia tersenyum memandang aku.
"Kau buat kesabaran aku hampir meletus Jihyo. Aku tak nak semua ni berlaku tapi kau...", gambar itu aku usap.
Senyuman jahat terukir "...kau yang minta untuk jadi macam ni. Aku tak kesah sesiapa pun yang halang aku asalkan kau milik aku seorang"
YOU ARE READING
[C] 𝘮𝘰𝘭𝘦 | Taehyung
Fanfiction❝You loves my mole and you kiss them everyday❞ + perasaan cemburu menebal membuatkannya hilang arah, dia mahukan kembali hak miliknya. Dia; Kim Taehyung. ©2017, julaikhaaa ❀ kim taehyung ❀ song ji hyo