8%

2.4K 293 151
                                    

약속
PROMISE.





🍳🍳🍳

Ditengah malam yang hening, pasangan JungHyo tidur seperti biasa tetapi dengan perasaan yang berbeza.

Jihyo melelapkan matanya tetapi tidak tidur, isteri mana yang mampu tidur lena kalau si suami berkelakuan pelik secara drastik.

Disudut yang lain, Jungkook berdiri tegak disisi katil melihat terus tubuh isterinya yang disangkakan tidur.

Diraup kasar rambutnya "Urgh Jungkook, dia isteri kau. Kau tak patut buat semua ni", katanya dalam hati.

Kemudian Jungkook merangkak naik ke katil menuju ke tubuh Jihyo lalu dipeluknya gadis itu.

"Maafkan saya Jihyo"

Jihyo terkejut pantas dia menoleh dilihat anak mata Jungkook beberapa saat, diusap pipi jejaka itu lembut.

"Saya tahu awak kusut dengan kerja, saya faham dan awak tak perlu pun mintak maaf", ujar Jihyo tersenyum manis.

Jungkook menghembus nafas lega "Apa kata sebagai tebus kesalahan saya ignored awak tadi, esok kita pergi dinner berdua. Ottae?"

Jihyo sejurus mengangguk dengan cadangan Jungkook. Sudah agak lama mereka tidak keluar bersama atas faktor Jungkook sibuk.

"Jungkook, saya dah nak daftar semester baru. Saya nak cakap pasal tu tadi tapi awak nampak penat", kata Jihyo tersengih sedih.

"Ahh mian sayang", Jungkook tertunduk.

"Aniyeo, gwenchana"

Sekali lagi Jungkook tersenyum "Dah jom tidur", Jungkook menarik tubuh Jihyo ke pangkuannya dan memeluk gadis itu terus ke alam mimpi.




🍳🍳🍳

Pada waktu petang kira-kira pukul 5, Song Ji Hyo diberitahu Jungkook untuk bersiap-siap kerana hari ini mereka akan makan diluar berdua tanpa Taehyung pfft.

Jadi Jihyo pergi bersiap di dalam bilik air yang bersambung dengan bilik tidur mereka. Seusai mandi dan memakai bathrobe, Jihyo keluar dari bilik air.

"Apa patut aku pakai malam ni ye?", kata Jihyo menapak keluar dari bilik air.

Dan dirinya dikejutkan dengan kehadiran Taehyung dibirai katil JungHyo berhadapan dengannya.

"Taehyung..."

Dari tadi Taehyung menunduk menangkap dengar kehadiran Jihyo yang melihatnya.

"Apa awak buat de-kat sini?", soal Jihyo.

Taehyung membisu menunduk.

Ketika itu anak mata Jihyo dilarikan ke arah tangan Taehyung yang memegang bingkai gambar perkhawinan Jihyo dan Jungkook yang sepatutnya berada di atas meja solekkan.

Sepertinya Taehyung tidak mahu lepas memandang bingkai gambar itu langsung.

"Nampak yang kau gembira dalam gambar ni", Taehyung bersuara.

[C] 𝘮𝘰𝘭𝘦 | TaehyungWhere stories live. Discover now