BAB 1

4.4K 14 0
                                    


BILA DIA MUNCUL SEMULA 


Rose rasa diekori seseorang. Dia perlahankan langkah. Siapa pula buat kerja bodoh ni? Dok ikut dia, bukannya dia ada duit. Dia cuma ada maruah ja. Itu yang mahal pun. Rose mengeluarkan spray dari begnya. Buat senjata.

Perlahan-lahan dia berpaling ke belakang. Rose nampak satu susuk tubuh memakai jaket hitam dan mengangkat hood menutupi kepalanya. Misteri lagaknya tu. Boleh jadi penyangak, penculik atau perogol?

Menyedari Rose terperasankan lelaki itu, lelaki itu berhenti.

Pelik kelakuan dia. Siapa lelaki ni? Dia memakai kaca mata hitam. Hai nak buat jahat pun, masih nak bergaya lagi. Susah nak kenalpasti muka lelaki ni. Tak jelas.

Senyum sinis muncul dari bibir lelaki itu membuat Rose panik. Lantas Rose menghayun langkah. Pantas menahan bas dan menaikinya. Ingatkan selamat namun lelaki itu sempat menyelinap masuk ke dalam bas. Rose semakin tak keruan apabila lelaki tersebut menghampiri Rose yang terpaksa berdiri kerana tiada tempat kosong.

Ramainya orang dalam bas ini membuatkan Rose terpaksa berhimpit dengan lelaki itu. Badan Rose tertolak oleh orang belakang, sehingga dia terpaksa merapatkan diri ke tubuh lelaki itu.

Rose menampan tangannya ke dada lelaki itu untuk menghalang dari tubuhnya terlalu dekat.

"Hai..." suara lelaki itu menyapa. Rose memberanikan diri, mendongak kepala.

Wajah asing itu diamati.

"Hai.." balas Rose perlahan. Segan. Tolakan orang belakang buat Rose rimas. Dan paling Rose bengang, dia semakin rapat dengan lelaki ini. Hai, aku jerit kang! Bengang betul lah!

"Sorry..." Perlahan nada lelaki itu. Eh, kenapa pula dia minta maaf?

"For what?"

"Sentuh awak..." berderau darah Rose dengar nada misteri lelaki itu.

Rose jadi tak keruan. Dia semakin takut. Lebih-lebih dia tak nampak sepasang mata lelaki itu tapi dia yakin, lelaki itu sedang merenungnya. Hurm, lelaki ni nak apa dari dia? Nak jerit ke, nak buat apa ni?

Rose menarik nafas, tenangkan diri. Relaks Rose, lelaki ni belum buat-buat apa lagi. Apapun, dia kena bersedia berdepan kejahatan. Silat Jurus 10 Tok Mudim sebelah kampung, akan digunakan untuk mempertahankan diri. Sasarannya sudah pasti pada kelemahan lelaki itu.

Mujurlah bas hampir ke destinasi. Dia menekan loceng bas dan segera turun tanpa menoleh ke belakang lagi.

Derap kaki dari belakang Rose memaksa dia berhenti. Rose berpaling. Tak sangka lelaki tadi masih ikut dia.

Rose pandang lelaki itu tajam. Mereka kini berhadapan. Lelaki berjambang itu senyum tipis.

"Apa masalah encik ni? Kenapa ikut saya dari tadi? Saya rasa saya tak kenal encik tapi awas ya? Jangan sesekali cuba nak apa-apakan saya sebab saya ni, belajar silat tau!" Tegas nada suara Rose yang sebenarnya dah kecut perut pun.

Dia mengayakan teknik silat yang selalu dia ponteng kelas tu.

Lelaki itu menghulurkan sesuatu membuatkan Rose terkedu. Purse milik dia? Bukan ada dalam handbag ke?

Rose panik memegang handbagnya dan memandang lelaki itu.

"Macam mana boleh ada kat encik? Encik mencuri ke?" Hishh, tak akan pencuri nak pulangkan balik. Ke dia menyesal mencuri sebab ada RM5 ja dalam tu. Dia kasihan kat aku tersalah curi. Ingatkan kaya. Cis!

PELINDUNG SEORANG PUTERI (MIA KIFF)Where stories live. Discover now