BAB 5

5.2K 23 2
                                    


PERTEMUAN TERAKHIR?

"Awak, kita dah sampai ke Aloq Setaq!" Rose dikejutkan Saiful. Sempat dia lelap sekejap dengan kepala yang sakit. Tapi dia ambil jalan selamat, tutup muka dengan majalah. Bimbang lelaki ni ambil gambar, update pesbook. Tak pasal-pasal viral satu dunia.

"Hurmm, dah sampai ke?" Malas-malas, Rose bangun. Rasa nak mengeliat.

Rose menurunkan majalah dan pandang sekeliling. Semua penumpang sudah bersedia nak turun. Saiful pun dah bangun mengambil beg dia kat atas.

Rose ikut serta. Saiful membantu mengangkat bagasinya sekali.

"Nak saya tolong bawakkan?" Baik pula, Saiful ni. Rose mencekak pinggang.

"Tak payah." Saiful angkat bahu. Dia masih mahu terus berbual sebelum mereka ke haluan masing-masing.

" By the way, awak. Perjalanan saya langsung tak rasa lama, kerana awak ada disisi saya..." Lembut bicara Saiful menyentuh hati Rose sekejap.

Tapi itu kata Saiful, bagi Rose sakit jiwanya menghadap karenah Saiful yang pelbagai tu. Cuma, kalau diingatkan jasa baik lelaki ini yang begitu ambil berat masa dia sakit kepala tadi, buat Rose rasa selesa juga disisi lelaki ini. Cuma awalnya memang azab.

"Tak pernah dengar orang bosan sepanjang berdua dengan saya. Apapun, thanks sebab bagi ubat dan air tadi. Dah lega sakit kepala saya. Part itu, saya okey dengan awak, tapi part lain, awak ni memang menyakitkan hati!"

Saiful meletus tawa. "Kebenaran tu pahit, tapi berterus terang lebih baik dari menipu kan? Sekurangnya, ada juga kenangan manis dari saya untuk awak. Jom, turun."

Mereka beriringan turun ke stesen KTM Alor Setar. Hari raya pun, masih ramai yang mengunakan perkhidmatan keretapi. Agaknya baru berpeluang balik kampung kot? Tiket awal habis.

"Err, Cik Rose. Boleh minta nombor phone?" Rose ternganga. Tak habis lagi mamat ni nak mendekati dia?
"Nak buat apa?"

"Nak jemput awak datang majlis kahwin saya lah nanti..." Rose senyum sinis.

"Bagilah kad kahwin." Rose menadah tangan.

"Err, kad kahwin tak ada lah pulak."

"Kalau macam tu, saya hantar doa je, semoga awak berbahagia dengan bakal isteri awak..."

Saiful menahan Rose dari terus berjalan.

"Awak kena datang, manalah tahu kalau-kalau awak yang berada sebelah saya, masa saya bersanding nanti..." Saiful meninggalkan sisa gelaknya.

Rose mencekak pinggang.

"Jangan nak berangan sangatlah. Jaga tunang tu baik-baik. Awak cukup bertuah tau, ada perempuan nak awak yang serabai macam orang utan ni. Kalau saya, memang tak lah. Dahlah, saya nak balik. Antara kita dah tak ada urusan. Setakat ni saja, pertemuan kita okey?"

"Okey, saya faham. Tapi, saya yakin pertemuan lain, mesti ada antara kita."

"Kalau jumpa pun, saya buat-buat tak kenal. Assalamualaikum!"

Menonong Rose berjalan menuju ke pemandu teksi yang sudah tersenyum megah mendapat pelanggan. Pemandunya non muslim.

"Iya cik, nak ke mana?"

"Kampung Padang Wat, Langgar."

Pemandu teksi tu, mengaru kepala.

"Langgar ke, Langgaq cik?" Rose rasa tersindir. Lama sudah diluar negeri, loghat kedah pun, melayang. Dia lupa dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

"Samalah tu uncle! Boleh ke, tak boleh?" pemandu teksi berbangsa India itu tersengih. Menyedari ketelanjurannya.

"Maaf cik. Boleh, boleh takdak masalah. Jemput masuk cik.." Rose masuk ke dalam teksi dan membiarkan pemandu teksi itu menyimpan bagasinya di bonet.

Telefon bimbit dikeluarkan. Tiada panggilan masuk langsung. Rose tepuk dahi. Patutlah, dia tukar simkad tadi, macam mana orang nak hubungi dia? Mesti mak ayah tak dapat call. Tapi tak apalah, alang-alang tiga tahun merajuk tak balik, sesekali buat suprise apa salahnya.

Bercakap soal merajuk, malas Rose nak panjangkan lagi.

'Mak ayah, Rose pulang. Maafkan Rose ya? Rose janji, tak akan merajuk lagi dan lari jauh-jauh. Ros tak bahagia pun, hidup Rose lagi banyak masalah. Agaknya itu balasan sebab abaikan mak ayah kat kampung kot..' Desis dalam hati.

Lambat pula drebar teksi ni nak bertolak. Dia buat apa lagi? Anyam ketupat ke? Rose dah tak sabar balik kampung. Rindu nak makan ketupat mak, soto mak, laksa mak, rendang mak dan kuih-muih mak. Rindunya kat ayah, adik dan abang.

Terbuntang mata Rose tiba-tiba Saiful masuk duduk di sebelah. Patutlah lama sangat, rupanya lelaki ni naik sekali.

"Eh, awak?" Saiful buat-buat terkejut.

"Kenapa kita satu teksi?" Rose naik angin sudah.

"Mungkin satu haluan..."

Rose berpaling dan memeluk tubuh. Menyampahnya. Lantak lah kat mana haluan lelaki ni, Rose tak hingin nak ambil tahu.

Teksi mula bergerak, membawa dua penumpang pulang ke destinasi yang dituju.

"Kat mana kampung awak?" Rose berdecit mendengarnya. Sibuk je nak tahu.

"Tak ada sebab nak beritahu awak."

"Eleh, macam lah nanti saya tak tau..." Saiful mencebik-cebik mulutnya. Sengaja dia menyakat Rose dan buat gadis ni marah.

"Awak ni, memang sengaja ikut saya kan? Dari tadi, asyik mengatal je dengan saya?" Rose menerjah terus.

"Tolonglah saya nak ikut awak? Ingat saya ni, lelaki tak ada maruah ka? Nombor phone pun kedekut nak bagi, apa ke hal nak follow awak sampai ke rumah? Ingat kat dunia ni, dah pupus ka perempuan cantik sampai nak terkejaq awak? Yang cantik, yang muda, lagi ramai lah dari awak. Jangan nak perasan. Saya pun nak balik rumah saya beraya lah!" elok sampai Kedah, terus dengar loghat dia. Tadi, cakap KL lah sangat.

Rose geram. Amboi, pandai kenakan Rose balik. Jangan mamat ni satu kampung pula, entah anak siapa dia ni.

"Tinggal mana?"

Saiful angkat bahu.

"Saya tiada urusan dengan awak. Pertemuan antara kita, dah tamat." Saiful memulangkan paku buah keras membuatkan Rose naik berang.

Rose memujuk hati bersabar kerana dia yang mulakan dulu. Kalau diikutkan hati, mahu saja Rose buka pintu dan tendang lelaki ni keluar teksi biar masuk dalam sawah padi tu, kena sengat ikan keli, ICU 5 hari.

Semakin dekat nak sampai rumah, semakin berdebar hati Rose. Kenapalah lelaki ni, tak turun dulu? Risau pula aku kalau dia tahu mana aku tinggal.

Saiful perasan yang Rose dok kerling dia, tapi dia buat tak tahu. Sibuk membelek telefon.

Nampaknya Rose kena ambil tindakan drastik.

"Uncle, berhenti depan masjid tu?" drebar teksi akur lalu menghentikan teksi disitu.

"Turun kat sini ka? Jalan nak masuk Kampung cik, kat dalam tu?"

Rose rasa nak luku saja uncle ni. Yang dia pecah lubang, Rose tinggal kat situ pasal apa? It's okey, kampung ni luas. Bukan senang lelaki ni nak cari dimana Rose tinggal.

"Takpa, adik saya datang ambil saya nanti. Saja tak nak susahkan uncle," Rose bertanya tambang lalu membayarnya. Tinggal lah dia di tepi jalan tu. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PELINDUNG SEORANG PUTERI (MIA KIFF)Where stories live. Discover now