3

4.5K 12 0
                                    


DAH TAK KENAL AKU?

Saiful yang sedang membaca buku menoleh ke sebelah. Tertarik pula mata, menatap Rose yang sedang tidur. Dia tergelak sendirian. Dapat idea nak kenakan gadis ni.

Rose terjaga dari lena apabila dengar suara orang menahan gelak. Dia memisat mata. Selendang di kepala, cuba dikemaskan. Putar sana putar sini, sudah kepala sendiri yang pening.

Rose renung Saiful, hairan. Apahal lelaki ni tergelak sendiri sambil main handphone. Rose perhati kiri kanan depan belakang. Kebanyakan penumpang dah tidur, dia ni saja yang masih aktif. Terlebih makan gula ke?

Rose naik geram. Kacau betul lah, mamat ni. Orang nak tidur pun terganggu dengar gelak dia. Untungnya penumpang lain dapat orang sebelah yang tahu nak hormat.

"Apa gelak-gelak? Ganggu lah orang nak tidur. Bising!" Rose bebel lagi. Luku kepala baru dia tahu.

"Muka cantik, tapi masa tidur ternganga mulut. Siap ada air liur basi..." Saiful sambung gelak mengekeknya yang masih terkawal nada. Tapi orang sebelah ni, masih dengar.

Siapa yang dia maksudkan tu? Rose hairan. Dipandangnya Saiful asyik belek telefon.

"Awak cerita pasal siapa ni?"

"Ni..." Saiful menunjukkan pic yang telah diambil tadi. Terbuntang mata Rose melihat gambarnya di situ. Kurang ajar mamat ni, boleh dia ambil gambar Rose masa Rose tidur?

Rose rasa kepalanya mahu meletup. Ini sudah melampau. Berketap sudah gigi dan gusi. Nada nak menengking, tapi terpaksa diperlahankan kerana kebanyakan penumpang sedang tidur.

"Berani yea awak ambil gambar saya tanpa izin saya? Baik awak padam sekarang, sebelum saya..." giginya dikancing geram. Besar kecik je, dia tengok Saiful ni.

Lelaki itu gelak lagi, "sebelum awak apa?" Tak takut langsung direnung tajam gadis ini.

"Sebelum saya, bunuh awak! Padam sekarang!" Rose sudah naik angin taufan. Muka sudah merah padam.

Saiful ketawakan Rose " Relakslah. Biasa lah, tidur nganga mulut ni. Comel apa awak? Macam ular sawa dah kenyang lepas baham kambing. Cer tengok? Sama kan?..."

Meletop kepala Rose dibuatnya.

"Kurang ajar..." Rose terus meletakkan tangan ke leher lelaki ini lalu terus mencekiknya. Dia peduli apa! Saiful terkapar-kapar nak bernafas. Tak sangka, Rose ambil tindakan drastik begini. Beraninya dia.

"Okey.. Okey.. Sorry...soryy.. Sa...say..saya akan padam... Erkkk...tolong lepaskan saya, mati saya nanti!" Saiful sudah rasa nafas dipenghujung. Nampaknya perempuan ni, akan kotakan apa dia cakap.

"Padam sekarang!" Arah Rose nada geram.

Saiful tanya menunggu terus padam. Kecut perut dia dibuatnya.

"Tahu takut! Lain kali, kalau nak main-main dengan perempuan lain, boleh lah! Tapi bukan dengan aku, faham? Duduk situ diam-diam, jangan berani kacau aku lagi!" Ugut Rose hilang segala sopan santun.

Saiful mengelengkan kepala. Kecut perut.

Rose memeluk tubuhnya, menyimpul geram yang tak hilang. Rose terbayang gambar tadi. Buruknya muka dia masa tidur. Kalau orang tahu, mahunya direject Rose bulat-bulat. Kat luar bukan main cantik, tapi masa tidur, lingkup.

"Marah ke? I'm sorry..." suara Saiful mendayu pula. Rose sakit hati tak terkata.

Saiful tegur lagi melalui lagu, "sorry sorry sayangku, I love You! Sorry sorry sayangku, I miss You!" Rose lagi geram. Dia nyanyi pulak dah. Lagu sapa entah, tak ingat pula penyanyinya.

Rose hadiahkan jelingan maut.

"Saya minta maaf okey. Saya ikhlas," mata Saiful meredup sayu. Rose merengus.

"Aku tak peduli kau ikhlas atau tak. Tapi, kalau kau tahu apa kau buat tu, biadap apasal kau buat juga? Kau dah lama hidup ke, sampai nak mati kat tangan aku?" Fuyooo, dah macam ayat samseng Rose bagi. Muka bengang lagi membukti.

"Awak ni saya gurau je..." Saiful mengusik Rose yang nampak cantik walaupun sedang marah.

"Gurau pun agak-agaklah. Kau rasa tak nak hidup, kau cubalah buat lagi!" Saiful tersengih melihat gadis ini marah. Entah kenapa dia suka.

"Hishh, semua perempuan suka selfie kan? Yang awak marah ni, sebab gambar ni gambar curi kan? Tak sempat awak nak kontrol cun. Tak sangka saya, awak ni cantik kat luar, tapi buruknya masa tidur. Bayangkan kalau gambar ni tersebar ..." Rose mengigit bibir menahan marah yang kian meletus.

Tak habis-habis lagi menaikkan darah aku. Buruk pun, janganlah hina. Ingat aku ni, suka sangat ke, nak tidur ternganga macam tu? Aku pun nak tidur dalam keadaan ayu dan masih cantik. Tapi nak buat macam mana, diluar kawalan.

"Kau telefon mak bapak kau sekarang?" Kepala Rose sudah meletup. Hilang sabar.

"Apasal pulak?" Hairan Saiful tetiba sebut mak bapak. Nak mengadu kenakalan Saiful ke?

"Suruh diorang tunggu jenazah kau sampai kat Alor Setar nanti...." Lama Saiful berfikir barulah dia faham. Cara pandang Rose tu seolah-olah nak telan dia hidup-hidup.

"Tak kan awak nak bunuh saya?"

"Ingat aku takut sangat, masuk penjara? Kena gantung? Dah tersurat aku mati cara macam tu, aku reda je. Asalkan hati aku puas dapat bunuh orang yang ada rahsia terbesar aku!" Rose membeliakkan matanya, menakutkan lelaki ini.

Saiful mengangkat tangan, "err, maaf awak, janganlah marah. Saya dah delete kan gambar tu. Ni hah tengok. Actually, awak tak nampak buruklah. Awak nampak comel sangat masa tidur. Saja je saya tak puji sebab takut awak perasan." Saiful sengih tawar.

"Dah hina aku, tak payah lah nak ambil hati pulak. Sekali lagi kau buat, pelempang aku naik ke muka kau. Koma terus masuk kubur. Tak payah nak minta maaf, maaf. Maaf kau tu, tak laku untuk salah yang besar ni!" Rose memeluk tubuhnya geram.

"Okey, janji tak buat lagi." Dia angkat tangan macam orang berikrar.

Rose malas nak melayan. Dia bangun menuju ke toilet. Rasa nak buang air kecil pula.

"Excuse me, bagi laluan!" Saiful langsung tak berganjak.

"Ke mana?" Risau pula Saiful, Rose nak tukar tempat duduk. Dia baru saja nak berbaik-baik.

"Kau bukan suami aku lah, yang aku kena repot. Tepi lah!" Kasar sudah bicara Rose. Orang macam ni, tak layak dapat layanan baik.

Mahu tak mahu Saiful memberi laluan. Air muka Rose kelat sungguh. Bengang betul dia dengan Saiful.

><>

PELINDUNG SEORANG PUTERI (MIA KIFF)Where stories live. Discover now