1.Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.
2.Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai 'bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama yang mempunyai 'bar code' adalah 'chewing gum' Wrigleys.
3.Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.
4.Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
5.Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
6.Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
7.Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
8.Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.
9.Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
10.Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di bawah paras beku pernah dicatitkan.
YOU ARE READING
Fakta Hebat ©
Non-Fiction"Fact that we didn't know" Highest Ranking: -7 In NonFiction -8 In NonFiction