FH.21| Maklumat Pendek

1.7K 118 30
                                    

John Walker, ahli kimia yang tinggal di Stockton-on-tees, England dipercayai orang yang pertama mencipta mancis batang seperti yang ada sekarang. Dia tidak pernah mendedahkan komposisi bahan kimia yang digunakannya tapi mula menjual batang-batang mancis itu di kedainya pada 7 April 1827. Harganya satu syiling untuk 50 batang dan dua pens bagi kotaknya. Untuk memercikkan api, seseorang itu perlu mencarik batang mancis pada kertas pasir yang dilipat.

Mancis dicipta oleh tahanan politik bernama Ludwig Kamerer, yang dipenjarakan dalam sebuah sel gelap dalam tanah di Istana Hohensperg dekat Karlsruhe, Jerman. Dikatakan Kamerer memperuntukkan masanya di dalam kurungan yang gelap itu dengan membuat pelbagai ujian dan secara tidak sengaja mendapati geseran posporus dengan sulfur boleh menghasilkan api. Bagaimanapun tidak diketahui tarikh tepat mancis ini dicipta.

Ada juga yang beranggapan mancis mula dicipta oleh ahli kimia Hungary bernama Janos Irinyi. Bagaimanapun, dia kemudian menjual hasil ciptaannya itu dengan harga yang murah. Janos seterusnya membuat kilang mancis tetapi mati pada 1895 dalam keadaan papa kedana.

 Janos seterusnya membuat kilang mancis tetapi mati pada 1895 dalam keadaan papa kedana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

John Walker

· Runtuhan Kota Atlantis Sudah Ditemui?

Pada Mei 2001, seorang jurutera marin yang sedang menjalankan kajian sonar di perairan Cuba telah menemui ketulan batu-batu aneh 2,000 kaki di dasar laut. Ketulan itu hampir sama saiz dan bentuknya, tersusun rapi seperti sebuah kota. Naik ke permukaan, beliau melaporkan kepada ketuanya. Lebih ramai penyelam dihantar untuk memeriksa batu-batu tersebut. Timbul satu andaian: adakah ia runtuhan kota Atlantis yang lenyap ditelan bumi? Kajian terus dijalankan sehingga kini tapi belum ada yang berani mengesahkannya.

Beberapa tahun sebelum itu, para penyelam pernah menemui struktur batu-batu ganjil di luar pesisir kepulauan Bimini, dekat Bahamas. Penemuan ini mengemparkan dunia dan ramai beranggapan ia merupakan puing-puing Kota Atlantis yang dicari-cari sejak sekalian lama. Batu-batu itu tersusun rapi membentuk tembok panjang.

Berlainan dengan tanggapan sejarawan, pakar geologi mengatakan struktur itu bukanlah aneh. Ia boleh terbentuk melalui proses semula jadi, cuma jarang berlaku. Mana satu yang betul?

 Mana satu yang betul?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Fakta Hebat ©Where stories live. Discover now