FH | 20

1.4K 133 80
                                    

1.Tempat paling lembab di dunia ialah Tulunendo, Columbia, Amerika Selatan. Ia menerima 11,770 miloimeter hujan setahun.

2.India mengeluarkan 146 juta tan buah-buahan dan sayuran setiap tahun, menjadikannya pengeluar kedua terbesar di dunia selepas China.

3.Manusia ke-5 bilion lahir di Zagreb, Croatia pada Julai 1987. Hari itu diisytiharkan sebagai Hari 5 Bilion.

4.Setitik air mengandungi 1.7 quintillion (1,700,000,000,000,000,000) molekul.

5."Kalaulah aku dilatih dalam bidang teknikal, dah lama aku menyerah kalah," kata King Gillete selepas berjaya mencipta pisau cukur - setelah berusaha tanpa jemu lapan tahun!

6.Nyamuk adalah pembawa penyakit berbahaya. Tahukah anda nyamuk juga mempunyai 47 batang gigi.

7.Suatu ketika dahulu para penduduk kampung terpencil di Amerika Tengah amat takut kepada coklat. Mereka anggap coklat mempunyai kuasa ghaib yang boleh menarik minat syaitan dan kuasa-kuasa ghaib jahat. Akibat kepercayaan itu, pada abad ke-18, tiada sesiapa di kalangan mereka yang berumur di bawah 60 tahun dibenarkan minum air coklat. Orang-orang alim yang melanggar peraturan tersebut akan dipulaukan.

8.Air terjun buatan manusia yang paling besar di dunia terletak di Guinlin, selatan China, iaitu 72 meter lebar dan 45 meter tinggi.

9.Ratu Elizabeth, permaisuri Britain yang meninggal dunia dalam usia 101 tahun pada 2002 adalah juga maharani terakhir bagi negara India.

10.Legenda menyebut Monalisa adalah wanita bernama Lisa Gherardini, isteri Francesco del Giocodo, seorang pembesar Florence, Itali. Bagaimanapun apabila potret isterinya itu siap pada 1503, Francesco enggan membayar walau sesen pun kepada Leonardo da Vinci sebab dia tidak sukakan lukisan tersebut. Malah dia tidak ambil pun lukisan berkenaan. Hanya 10 tahun kemudian barulah lukisan itu dibeli oleh Francis I, Raja Perancis dengan harga 492 aun emas (kira-kira AS$300,000 nilai sekarang). Kini potret yang dibenci oleh suami Monalisa itu bernilai lebih AS$100 juta!....

___________

Maaf tak dapat sediakan gambar seperti biasa dan lampat update. Sorry. Kebelakangan ni sibuk sikit. Tengah tumpu pada buku Bicara Hati Lara.Jangan lupa baca untuk info terkini.

Fakta Hebat ©Where stories live. Discover now