"Ego tandanya sayang. Jangan sesekali menganggap 'ego' itu sombong. Kerana itu bukanlah maksud sebenarnya~"
~~~~~~~~~~~
Hye,nama saya Evvy Annysia. Hidup keseorang semenjak kehilangan ibu dan ayah tersayang. Tiada adik beradik. Selalu dianggap malang dan pelik. Tiada satu pun keistimewaan yang ada pada diri saya.
"Semua berdiri. Selamat pagi cikgu!" evvy yang mengelamun tadi cepat-cepat berdiri.
"Selamat pagi cikgu!" bilang si evvy sambil berdiri.
KRIK..KRIK..KRIK..KRIK. Keadaan kelas sunyi sekejap.
"Hahahahahahahaha!" satu kelas ketawa melihat evvy yang tiba-tiba berdiri dan mengucapkan selamat sejahtera walaupun tiada guru yang masuk ke kelas.
Evvy menunduk malu. Untuk kali yang ke berapa dia dimalukan oleh pelajar.
"Ehh. Budak nerd. Kau jangan jadi bodoh sangat boleh kah?" bilang si Rencelin selaku pelajar hot dan terkenal di sekolah sambil tolak kepala evvy.
Evvy hanya mendiamkan diri. Tidak tau mau jawab apa sama perempuan yang sedang menolak kasar kepalanya. Perlahan-lahan setitik air mata jatuh dari mata evvy.
"Ehh. Perempuan ni nangis lah guys. Cengeng betul larhh" bilang si rencelin sambil tersenyum puas. Entah apalah salah evvy sampai dia melakukannya begitu.
Satu kelas penuh dengan gelak ketawa murid.
"Ehh. Sudah lah tu. Cikgu mau masuk kelas kita. duduk tempat masing-masing." bilang ketua kelas yang kasi main-main si evvy tadi.
Evvy cepat-cepat lap air mata dia dari jatuh. Tiba-tiba seorang guru matapelajaran bahasa melayu juga selaku guru kelas masuk bersama dengan dua orang pelajar lelaki.
"Berdiri. Selamat pagi cikgu!" bilang tu ketua kelas untuk kali yang ke-2.
"Selamat pagi cikgu." serentak murid-murid yang berada di dalam kelas mengucapkan salam.
"Selamat pagi. Duduk." bilang tu cikgu.
"Terima kasih cikgu." sekali lagi murid berkata dengan serentak lalu duduk di atas kerusi masing-masing.
Baru saja evvy mau duduk,kerusinya ditarik seseorang.
BUKKK!! evvy jatuh terduduk ke lantai kerana kerusi yang ingin dia duduk ditarik oleh rencelin. Sekali lagi!
Untuk ke sekian kalinya murid-murid di dalam kelas mentertawakan evvy.
PAKK! rotan cikgu tepat mengena pada meja guru. Lantas murid-murid diam.
"Rencelin,kamu ikut cikgu ke bilik disiplin selepas kelas ini habis." bilang cikgu syuhada. Rencelin menayangkan muka selamba.
"Ermm Cikgu, kasi kenal lah kami sama tu dua orang hot guy." bilang salah seorang perempuan gedik di dalam kelas.
"Oh ya. Sebelum cikgu terlupa,kamu akan dapat kawan baru. Kamu berdua,silalah perkenalkan diri kamu." bilang cikgu syuhada senyum.
"Oh. Saya Daven Frankie. Kamu boleh panggil saya Daven. Selamat berkenalan." bilang tu lelaki di sebelah kanan cikgu sambil senyum.
"Kalau saya mau panggil kamu darling boleh? Kamu ni handsome lah." bilang pelajar perempuan gedik yang tadi.
Tiada jawapan daripada Daven. Lelaki di sebelah kiri cikgu masih mendiamkan diri dengan muka cool. Uhh! Boleh tahan handsome juga dorang dua ni tau! Urghh! Evvy,back to your sense!
Cikgu syuhada cepat-cepat siku tu lelaki cool.
"Nama saya Alvin." bilang tu lelaki sombong. Ok,saya tarik balik kata-kata saya yang tadi.
"Kalau saya panggil kau sayang boleh cool guy?" bilang tu perempuan gedik tadi.
"Boleh jangan gedik sangat kah perempuan?" bilang si Alvin sombong. Tediam tu perempuan terus. Rasakan!
"Ok,kamu berdua boleh duduk di sebelah Evvie. Evvie,perkenalkan diri kamu sama dorang sebap dorang akan duduk di sebelah kamu nanti." bilang cikgu syuhada. Erkk! Saya?
Perlahan-lahan evvy berdiri. Semua mata tertumpu padanya sekarang.
"Erm..na.. Nama saya.. e..evvy a..annysia. Se..selamat berkena..lan." bilang si evvy gagap.
Lalu,daven duduk di sebelah kanan evvy. Alvin pula duduk di sebelah kiri evvy.
"Hye,nama saya daven." bilng si daven memperkenalkan dirinya untuk kali ke-2. Evvy menganggukan kepalanya lalu senyum
Evvy lalu melihat lelaki yang berada di sebelah kirinya. Dia senyum sama si alvin. Si alvin jeling dia! Jeling tu guys! Evvy sabar ja.
"Ermm. Selamat berkenalan." bilang si evvy senyum. Kena jeling untuk kali kedua.
"Ishh. Sombong." bilang si evvy perlahan tapi masih boleh didengari alvin.
"Apa? Kau panggil saya sombong!?" bilang si alvin marah.
"Yup. Aik? Kau dengar juga pula. Fikir tuli sudah tadi." untuk pertama kalinya evvy menjawab! Wow!
Alvin merengus geram. Ego tercabar la tu!
Lalu,pembelajaran bermula seperti biasa.
~~~~~~
"Hye evvy!" bilang si Daven senyum.
"Hi." bilang si evvy membalas senyum si daven.
"Ermm. Boleh nanti kita tiga balik sama-sama kah nanti? Ada perkara yang perlu dibincangkan." bilang si daven.
Evvy tekejut. Dia segera menggeleng.
"Sorry. Tapi,saya nda kenal kamu. Kamu nda kenal saya. So,buat apa saya mau ikut kamu?" bilang si evvy berani.
'Nanti saya kena buat apa-apa oleh kamu susah lagi .' bilang si evvy dalam hati.
Alvin yang seolah-olah tau dengan apa yang evvy cakap menjeling menyampah.
"Ihh. Sorry k? Badan kau bukan taste kami." bilang si Alvin sombong.
"Ihh! Sombong!" bilang si evvy. Yup,memang pun alvin sombong! Hahaha.
Lalu,seorang guru lelaki muncul membawa rotan. Memang semua guru wajib bawa rotan kah ni!? Seram!
Seperti biasa,pembelajaran bermula seperti biasa.
Bersambung~
YOU ARE READING
The HIDDEN TRUTH
Fantasy'Malang'. Satu perkataan yang sering digunakan ke atas seorang perempuan bernama Evvy Annysia yang berumur 17 tahun. Seorang budak remaja yang sering dipulaukan dan diejek kerana satu tragedi. Ibu bapanya yang meninggal semasa ingin mengambil keputu...