ⓔⓝⓐⓜ

278 9 0
                                    

Baju aku tukar kalut. Jam tangan sudah menunjukkan jam 9.45 . Macam mana la aku boleh leka tadi? Buku aku masukkan ke dalam beg. Aku main sumbat je. Dah tak kesah dah berkedut ke tidak.

"Hai Sya. Kau ada kelas ke? Kalut semacam jer?" Tegur si Sophia. Ejaan je macam minah saleh tapi aku panggil dia Peah jugak. Malas nak bersabdu sabdu bagai. Peah cukup. Dia pon mula mula memberontak habis tapi last last redha je.

"Ha'ah Peah. Dah lewat ni. Kelas aku start pukul 10 sekarang dah 9.50" jawabku sambil menyarung stokin di kaki.

"9.50? Baru pukul 8.50 la Sya. Kau ni betul ke tak? Dah tak pandai tengok jam eh?" Aku berpaling muka ke arah Peah yang tengah hirup kopi panas. Sedapnya kopi panas time hujan ni.

Telefon bimbit aku keluarkan. Eh kenapa baru 8.50 pulak ni? Tadi bukan 9.50 ke? Jam tangan pula aku lihat. Pukul 9.50. Aduh aku tertipu. Jam ni rosak rupanya.

Aku bangun semula dan hempaskan diri keatas katil. Bayangan Hafiz Adam mula muncul. Senyuman dia buat aku bahagia. Tapi kenapa? Siapa kau Hafiz Adam? Dah kenapa aku fikir pasal dia pulak ni. Aduh mak aii. Pening kawe. 3 lelaki dalam masa yang sama? Kenapa perlu korang muncul dalam hidup aku?

"Arghhhh!!!" Aku menjerit kuat dengan menekup muka ke bantal. Peah yang sedap minum air kopi panas tersembur. Terkejut punya pasal.

"Kau kenapa weh? Sakit ke?" Aku ingat kan nak marah aku rupa rupanya risau. Sayang Peah. Kalau dengan Eda confirm makan hempukan dia dulu baru dia tanya.

"Aku sakit. Sakit hati. Kenapa perlu lelaki lelaki tak guna tu muncul depan aku?!" Akhirnya terluah jugak. Peah tayang muka pelik.

PAKKK!!!

Satu hempukan melayang dekat belakang aku. Peah menayangkan muka tak bersalah lepastu sambung minum kopi balik.

"Kau dah kenapa pukul aku? Sakit tahu tak? Aku bagitahu umi aku nanti" Jeritku sekadar Peah je yang dengar.

"Dah kau buat aku panik. Mana aku tak pukul? Bengong punya kawan." Katanya lalu menyambut ketawa kami bersama. Fikiran aku kembali teringatkan tentang lelaki lelaki tersebut. Aduh serabut!

"KAU kenapa Eda? Termenung jauh jer aku tengok? Baru putus eh?" Eda yang sedang kacau air guna straw sambil termenung melihat kearahku. Matanya berkaca. Air mata mula turun satu persatu. Gelas yang berisi air dihadapannya aku larikan. Kang nanti minum air mata pulak.

"Kau kenapa ni Da? Jangan la menangis macam ni?? Cuba cerita." Pujukku sambil menggosok lengannya.

"Aku rasa macam dipermainkan again kau tahu tak?? Dia mainkan perasaan aku. Dia mungkin tahu yang aku minat dia tapi kenapa dia buat aku macam ni?? Kalau dia tak nak aku ganggu atau kacau dia,tak perlu kot guna cara halus. Cakap jer la terus terang" Eda masih dalam esakannya. Aku dah tak tahu nak cakap apa dah.

"Okay sekarang kau cuba bagitahu aku kau nak aku buat apa?" Tanyaku ikhlas. Kawan dalam kesusahan kan mesti la kita bantu kan walaupun kita pon tengah susah sekarang.

"Stop cakap pasal dia depan aku. Full stop! Aku nak move on dan aku tak nak jadi bodoh lagi" jawab Eda lalu mengelap air mata dengan bersungguh sungguh. Haish cepat betul move on.

"Tapi kau masih cintakan dia. Please turunkan sikit ego kau Eda" pujukku. Kalau Eda give up sekarang, rancangan aku nak dekatkan mereka semakin nipis. Tak boleh tak boleh

"Kau fikir ego aku je? Habistu mamat yang ego tinggi melangit tu macam mana? Siapa kawan kau sekarang? Dia ke aku?" Eda mula memberontak. Tangan Eda yang mengetuk kuat meja di kafe itu menjadi bisikkan manusia yang terdapat disitu.

"Okay look. Aku tak berpihak kepada siapa siapa okay. Aku tak nak persahabatan kita yang dah nak masuk 7 tahun berpisah sebab benda ni. Semua orang ada sebab tersendiri. Mungkin dia pon takut nak luahkan perasaan dekat kau. Dia takut kau reject dia. Macam tu jugak kau. Tak apa meluahkan asalkan kau jangan jadi terdesak sebab cinta yang belum tentu sampai ke jinjang pelamin. Aku nak kau bahagia dengan pasangan kau Eda. Tak salah kita cuba untuk kejar cinta kita. Jadi tolong,tolong sangat sangat jangan kata diri kau bodoh. Dia yang bodoh sebenarnya sebab tak nampak kau punya usaha tapi Allah nampak kan? Kalau betul dia jodoh kau Allah akan hantar jugak dalam pelbagai cara" pesan ku

LELAKI ITU ✔Where stories live. Discover now